Monday, July 11, 2016

#2 girlfriends

intan nur fahana

minah ni dah jadi mak buyung dah. aku ni single mingle lagi. nampak tak kau dah tua 😏. 

kami panggil dia pacat. kesian. padahal nama punya la sedap. last- last melekat nama pacat. kalu sebut intan aku buat tak kenal je, buat tak dengar. siapa entah nama intan tu huhu. nama pacat melekat sebab ada senior nama pacat. aku dah lupa either dia duk suka senior tu or senior tu duk suka dia. kalu prep malam ada la LDP duk bertingguk kat meja guru. jaga kelas la kononya sampai nak g jamban pun nak bagitahu LDP huh! dan kelas pacat ni pacat senior tu la y jaga. sampai sekarang la duk melekat nama pacat tu. nanti dia dah beranak aku nak panggil lintah pula. pacat pernah dapat surat dari pacat senior. tapi tu surat tipu. aku dengan Nadwa yang tulis. jahat sungguh. 

cat ni dia punya perangai nampak je macam naif, stok baik-baik padahal dia la yang duk ajar buat benda- benda jenayah ni. pacat ni dia punya jahat dalam diam. tahu- tahu dah kena. sensetif jugak kadang- kadang. tambah- tambah bila mai PMS dia kekeke. kalau bab belajar pandai sikit je dari aku, sebab dia duk kelas depan- depan. aku dari form 1 selalu duk kelas belakang. padahal sekolah tu takde pun duk bagi ranking kelas. tahu-tahu hujung tahun kelas aku la banyak budak kena repeat paper, dekan boleh bilang dengan jari. kelas produce paling banyak penjenayah dan kelas yang cikgu tak berapa suka. gitu. kelas aku la tu. pacat ni kalu duk kelas aku, lebih kurang aku je pandainya hahaha

dia ni pengawas pusat sumber, padahal rajin baca novel je pun. aku ni baca buku teks sejarah dari baring boleh bangun duduk, punya la eager bab- bab membaca ni. last- last aku g interview pengawas pusat sumber tak dapat der. yang ni takyah cerita la frust dia macam mana. pengawas pusat sumber ni cita- cita aku dari darjah satu kot. pacat oni selamba je cikgu pilih. huh! pilih kasih. 

nak print lirik lagu, cerpen pendek bagai sume bagi kat minah ni. tanggung beres. kat sekolah dulu mana ada kedai komputer bagai. kau boleh print kat makmal komputer atau pusat sumber je. bahan nak print pulak mesti lah bahan pelajaran. lirik lagu tak termasuk dalam bahan pelajaran k. paham-paham je la macam mana nak seludup. 

kenangan yang aku takleh lupa ngan dia, hurmm pecah rumah warden amik telefon yang kena rampas. dia duk teman aku. rumah warden tu tak kunci. telefon yang kena rampas ada dalam drawer kat rak TV. macam mana kami tahu? malas la aku nak cerita. yang duk suggest kat aku, yang bagitahu teknik nak gi amik, malas lah aku nak cerita. hurmm. kenangan yang buat aku sedih sepanjang form 4. sobs. 

pacat ni sangat lah mementingkan persahabatan yang terjalin. hari jadi semua orang dia ingat. sebelum dia kahwin tiap-tiap tahun dia la orang pertama yang ucap selamat kat aku. aku pulak hurmm, orang yang ke 124 kot. tapi sejak kawen dia dah slow sikit, dah jadi orang ke 3 gitu hahahaha. kesian jugak kat dia sebab kadang- kadang tu nampak la dia punya effort nak coop ngan activity orang single. tak apa cat, tahun depan lepas 3 lagi kawen aku ni ha a yang kena coop dengan bini-bini orang. entah- entah aku ni mereput je kat rumah. tunggu anak raja mari pinang aku. 

berita paling happy tahun ni, bila pacat pregnant. aku punya happy rasa nak pergi cerita kat semua orang. excited yang amat. rasa macam nak dapat anak sedara sendiri. moga Allah perlihara dan permudahkan semua urusan kau cat. moga dapat baby comel macam aku ni ha kikiki. moga, suami and coming baby bahagia dunia akhirat cat. 

Intan Nur Fahana moga kita bersahabat sampai surga. 

pacat dan suami 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio