Sunday, July 17, 2016

Syukur

i was way too complaining about my job and it is getting too much. padahal aku suka kerja ni, suka dengan rakan sekerja, dengan bos-bos pun sangat okay. it is just the client. 

ya client. aku dah menyampah. serabut. sakit hati yang amat. 

tak boleh nak jadi positif. permudahkan ya Allah. i choose to start this, so i have to finish this. a month more may be. 

rindu nak rasa excited pergi kerja. macam hari tu cuti raya 8 hari, dekat kampung lagi aku dah planning nak buat apa, apa nak setle, inspection semua. punya lah excited. 

sampai hari Khamis aku just nak hari ahad cepat-cepat sampai. Allahu. 

grant me patient 
grant me tolerance
make me wise 
make me positive

bagi aku rasa kesyukuran. 
bersyukur dengan semua nikmat yang Kau bagi pada aku. 

Wednesday, July 13, 2016

Sama

sama 

site manager
project executive
site supervisor 

scope kerja banyak sangat.

thanks 

sebab aku naik pangkat lagi 

project manager. 

seronok betul. 

bos bagi arahan. 

tau-tau kerja dah siap. tip top. 

woi aku pun nak jadi bos la. 

or 

senior supervisor aku. 

tolong ulang balik arahan bos. 

cis bedebah. Bukan dia cakap bahasa cina pun dengan aku. 

ko tak nak buat tak apa. 

baik ko diam. 

korang nak tengok projek ni melingkup. 

tengok lah nanti. 

Mai mood menyampah aku. aku cuti tak datang kerja. biar mereput semua kat sini. 

tunggu je lah.

tunggu sampai aku mereput. 

Monday, July 11, 2016

#2 girlfriends

intan nur fahana

minah ni dah jadi mak buyung dah. aku ni single mingle lagi. nampak tak kau dah tua 😏. 

kami panggil dia pacat. kesian. padahal nama punya la sedap. last- last melekat nama pacat. kalu sebut intan aku buat tak kenal je, buat tak dengar. siapa entah nama intan tu huhu. nama pacat melekat sebab ada senior nama pacat. aku dah lupa either dia duk suka senior tu or senior tu duk suka dia. kalu prep malam ada la LDP duk bertingguk kat meja guru. jaga kelas la kononya sampai nak g jamban pun nak bagitahu LDP huh! dan kelas pacat ni pacat senior tu la y jaga. sampai sekarang la duk melekat nama pacat tu. nanti dia dah beranak aku nak panggil lintah pula. pacat pernah dapat surat dari pacat senior. tapi tu surat tipu. aku dengan Nadwa yang tulis. jahat sungguh. 

cat ni dia punya perangai nampak je macam naif, stok baik-baik padahal dia la yang duk ajar buat benda- benda jenayah ni. pacat ni dia punya jahat dalam diam. tahu- tahu dah kena. sensetif jugak kadang- kadang. tambah- tambah bila mai PMS dia kekeke. kalau bab belajar pandai sikit je dari aku, sebab dia duk kelas depan- depan. aku dari form 1 selalu duk kelas belakang. padahal sekolah tu takde pun duk bagi ranking kelas. tahu-tahu hujung tahun kelas aku la banyak budak kena repeat paper, dekan boleh bilang dengan jari. kelas produce paling banyak penjenayah dan kelas yang cikgu tak berapa suka. gitu. kelas aku la tu. pacat ni kalu duk kelas aku, lebih kurang aku je pandainya hahaha

dia ni pengawas pusat sumber, padahal rajin baca novel je pun. aku ni baca buku teks sejarah dari baring boleh bangun duduk, punya la eager bab- bab membaca ni. last- last aku g interview pengawas pusat sumber tak dapat der. yang ni takyah cerita la frust dia macam mana. pengawas pusat sumber ni cita- cita aku dari darjah satu kot. pacat oni selamba je cikgu pilih. huh! pilih kasih. 

nak print lirik lagu, cerpen pendek bagai sume bagi kat minah ni. tanggung beres. kat sekolah dulu mana ada kedai komputer bagai. kau boleh print kat makmal komputer atau pusat sumber je. bahan nak print pulak mesti lah bahan pelajaran. lirik lagu tak termasuk dalam bahan pelajaran k. paham-paham je la macam mana nak seludup. 

kenangan yang aku takleh lupa ngan dia, hurmm pecah rumah warden amik telefon yang kena rampas. dia duk teman aku. rumah warden tu tak kunci. telefon yang kena rampas ada dalam drawer kat rak TV. macam mana kami tahu? malas la aku nak cerita. yang duk suggest kat aku, yang bagitahu teknik nak gi amik, malas lah aku nak cerita. hurmm. kenangan yang buat aku sedih sepanjang form 4. sobs. 

pacat ni sangat lah mementingkan persahabatan yang terjalin. hari jadi semua orang dia ingat. sebelum dia kahwin tiap-tiap tahun dia la orang pertama yang ucap selamat kat aku. aku pulak hurmm, orang yang ke 124 kot. tapi sejak kawen dia dah slow sikit, dah jadi orang ke 3 gitu hahahaha. kesian jugak kat dia sebab kadang- kadang tu nampak la dia punya effort nak coop ngan activity orang single. tak apa cat, tahun depan lepas 3 lagi kawen aku ni ha a yang kena coop dengan bini-bini orang. entah- entah aku ni mereput je kat rumah. tunggu anak raja mari pinang aku. 

berita paling happy tahun ni, bila pacat pregnant. aku punya happy rasa nak pergi cerita kat semua orang. excited yang amat. rasa macam nak dapat anak sedara sendiri. moga Allah perlihara dan permudahkan semua urusan kau cat. moga dapat baby comel macam aku ni ha kikiki. moga, suami and coming baby bahagia dunia akhirat cat. 

Intan Nur Fahana moga kita bersahabat sampai surga. 

pacat dan suami 

Sunday, July 10, 2016

#1 girlfriends

mereka ni antara perempuan-perempuan yang selalu ada masa sedih dan masa gembira.  mereka antara perempuan- perempuan yang aku harap akan bersahabat didunia dan disurga nanti. 

maizatul nadwa. 

roommate since form 1. 1st kenal macam kerek yang amat. ye lah sebab haji razi, bapak dia antara gang2 dato pa gitu. Kira dia ni time kecik dah berdukung  ngan dato pa la. keras kepala, degil tapi cepat nangis. tambah- tambah cerita pasal famili. Dari form 1 tiap- tiap tahun ada je laki yang dia aim, motivation ke kelas katanya. 

form 3, satu tahun aku tak bercakap dengan dia. aku pun dah lupa kenapa. tapi masuk form 4 dapat sebilik lagi. aku tak tahu la dia tahu ke tak, aku bawak Mira ahmad, bwp jumpa cikgu rhyna mintak nak tukar bilik. aku cakap tak nak sebilik dengan nadwa.

cikgu tu memang tahu aku dah tak ngam dengan minah ni, selamba badak cikgu cakap, 

tak apa la, saya nak rapat kan silaturahim awak, tak elok bergaduh, yang jauh Kita rapat- rapatkan. gitu. nampak tak manusia tak tahu masa depan. aku, cikgu rhyna, atau Mira ahmad atau Nadwa sendiri tak tahu masa depan macam mana. 

penyesalan mesti lah kat cikgu, kat bwp. bila aku dan nadwa bersatu kembali melengkapkan gang ponteng surau. 

minah ni kepala bab reunion, nak jumpa sana sini dia lah mastermind, padahal mak bapak dia lebih kurang parents aku je, pantang anak-anak keluar balik lambat. tapi wa degil sikit, dia tak kisah. Dan aku ni takut yang amat dengan mak aku. 

cerita bab keluar melepak sampai ke malam ni sampai sekarang pun tak habis lagi. rasanya tahun depan kot kalau slow sikit pun, sebab ramai dah nak jadi bini orang. 

dia punya tragis sampai nak kena pukul dengan kayu golf katanya, aku punya lagi tragis, mak tak cakap dengan aku 2 hari k. 

banyak sangat kenangan cam best ngan minah ni. dalam ramai2 dia dengan intan, Ada special place sikit kat hati aku ni, ye lah dah dari aku hari pertama masuk mrsm dorang manusia yang sudi nak berkawan dengan aku ni. sudi buat jenayah dengan aku. susun cup megi sampai tinggi melangit. sama-sama melangut kat pagar hijau nak beli tomyam time maghrib sampai lari masuk kebun sebab takut kena tangkap dengan warden hensem. yang ada time sakit demam, time aku nangis. ya aku ni selalu nangis sebab selalu ada masalah discipline. lepas tu menyesal dikemudian hari. gitu. 

masa upper form, zaman kegemilangan wa, cikgu-cikgu sayang, ramai kawan laki. senior laki pun suka duk usik dia sebab wa ni Ada minat kat sorang senior. gila kau punya tak tahu malu minah ni, satu sekolah tu aku rasa tahu dia minat senior tak hensem tu. senior tu tak suka dia pun bahahahahhaa. 

Kira  memang zaman kegemilangan wa la, ngan siap jadi mentor biologi lagi. lain la ngan aku siap kena masuk kelas pemulihan add math ngan kimia pulak. 

zaman tu aku penat berkejaran ngan kes disiplin yang bertimpa- timpa. sobs. kawan pun aku pilih2. kawan yang baik ngan aku budak 8 ekor ni, budak kelas perempuan sahaja dan budak perempuan kelas 3F. tu pun aku pilih2. atau aku di pilih kekekeke. 

wa time kat mrsm dulu kau tak akan pernah dapat tengok dia pakai tudung selain kaler hitam kecuali tudung sekolah.  tudung nak g sukan, nak g prep nak g beli tomyam semua kaler hitam. sebab masa tu duk cakap dia hitam, kalau pakai tudung kaler lain lagi la bertambah- tambah gelapnya. padahal aku ni pun hitam jugak. kalau g kelas pakai celak k. sampai cikgu pun dah tak tahu dia ni pakai celak. nampak tak dia punya dah sebati tu macam mana. 

dia ni nampak je macam anak orang kaya taste orang bandar sebab dulu-dulu duk kaler rambut bagai. tapi paling aku meluat suka dengar lagu rock kapak, lagu sengau meleleh- leleh gitu. punya la besunguh siap g pasar time outing g cari kaset rock kapak. belinya satu je. lepas tu dia main ulang hari2. aku yang tak suka ni pun dah terhafal tanpa sengaja. dah tu nak tido pun duk pasang, lepas tu mula la mimpi hantu bagai bila duk dengar lagu pusara dilebuh raya. tau2 je dah tido sebelah aku. 

cerita sama-sama kena denda susun selipar, cuci tangga, cuci jamban cabut kemucup, kena tengking, kena marah bagai nak rak biasa, cerita biasa. rutin tiap-tiap minggu. tapi wa ni walopun masalah disiplin dia pun lebih kurang aku je, jangan buat lupa pernah kena calon jadi badan wakil pelajar k. aku rasa kalau betul jadi badan wakil pelajar cikgu tak payah risau dah nak cari sponsor activity bagai. bapak dia boleh satel je. tapi tu la, last2 mereput jadi ahli koperasi jual keropok.

aku rasa cerita best-best yang jadi kat aku ngan dia ni banyak masa duk ponteng surau je. ni ada satu, memang sampai mati aku tak akan lupa. Kira ni paling cam best la bila duk buat jenayah berdua. jenayah bukan ponteng kelas, hisap rokok ke apa, ponteng surau je pun. Bukan ponteng solat. ponteng tak solat kat surau. tapi kitaorang punya warden, lembaga disiplin pelajar (LDP) ngan gang-gang biro puteri ni macam obses sangat nak tangkap pelajar ponteng surau. 

Ada satu hari tu, warden dah siap meronda bagai, LDP terjerit-jerit buat countdown kat bawah, puteri-puteri berpusu-pusu keluar nak g surau aku ngan dia selamba lepak dalam bilik. warden membebel-bebel suruh cepat turun. aku tukar baju kurung, pakai tudung turun bawah. aku lengang depan warden bagi signal aku dah turun. nadwa dah memang degil tak nak turun. tak tahu la mana dia menyorok. lepas Maghrib aku naik balik. yer lah, aku tak mandi lagi kot. 

naik aspuri elok je minah tu ada kat bilik. bilik kitaorang ni selang 3 bilik ngan rumah warden je. elok siap nak g mandi. lampu bilik paling hujung Ada orang buka. sah. sah warden buat double check. apa lagi, aku masuk locker aku, dia masuk locker dia. punya jantung berdebar tu tak payah cakap la walaupun kitaorang ni kategori professional. takut dia tu sama je rasa macam form 1 dulu. 

aku duduk diam, aku baca doa. doa kat Tuhan jangan kena tangkap la. kalau kena tangkap kena tulis nama then hujung minggu denda. tak rock la kalau dah upper form kena tangkap lagi. biar adik-Adik junior je yang cuci jamban ni. 

lepas tu dari belah locker aku nampak warden tu masuk bilik kitaorang. terus dia g aim locker nadwa. minah tu mampu sengih je la bila warden tu bukak pintu. 
ayat paling sadis. 

nadwa kenapa awak duduk dalam locker? gelap-gelap macam ni. duduk sorang-sorang. awak sakit ke? kalau ada masalah boleh cerita kat saya. 

aku tahan gelak, silap hari bulan locker aku pun dia bukak. 

panjang la warden tu duk tanya, nampak tak dia punya take care nya kat student. cuma student yang degil macam kitaorang je tak lut dengan kasih sayang. 

warden tu suruh pergi mandi siap-siap pergi surau. nadwa iyakan je. elok warden tu keluar, aku keluar locker gelak bagai nak rak. tu je la modal bahan minah ni selain wa hitam. 

awak sakit ke? bahahahaha. 

Allah. Demi Allah aku sayang kau dunia dan akhirat. moga Kita steady single sampai ketemu jodoh. aumm. 


wa dah putih sekarang. cuma senyum je tak reti-reti lagi. 

yang lain bersambung entry lain.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio