Wednesday, February 24, 2016

'Puan Nora'

semalam 23.02.2016 genap 2 tahun keje dengan macro, keje kat site...Dari 1 site jadi 2, lepas tu 1 balik.

bertapa 2 tahun ni telah menumbuhkan  perasaan riak dengan ilmu site, padahal realitinya pengajaran, pengetahuan, hubungan dengan kerja hanyalah picisan sahaja. banyak lagi nak kena belajar. 

jejaka yang kat site, yang masuk lebih kurang sama masa dah ada ura2 nak tukar company. Bukan sebab company ni tak bagus tapi dorang ada matlamat nak improve kan diri dengan hal2 site. Ada yang cakap nak g high rise, Ada yang kata nak g buat jambatan...masuk cabang lain selain buat landed housing. 

aku? aku nak g high rise ke? serius? buat kerja macam sekarang tapi high rise? 

tak kan sebagai seorang perempuan yang keje construction nak aim pergi tempat yang lebih teruk,lebih penat Dari buat landed housing? 

lepas tu target ko dalam kerjaya apa?

dari practical bila orang tanya apa target dalam construction, aku cuma cakap aku nak jadi macam Puan Nora dari I&P. 

tipycal career woman, yang bergaya  tapi tak over, masuk site dengan sangat helpless macam makcik2 datang tengok rumah yang dorang dah beli. duduk dalam bilik meeting sebelah client's  project manager. setiap pandangan cadangan yang keluar dari mulut pm  akan diakhiri, what do you think Puan Nora. nampak tak dia punya power macam mana. 

it's proven with words and action. apa yang Puan Nora cakap everyone was like ....hurmmm betul....yup right thing to do. 

even jalan dekat site, diam until when people want her thought, then boom ! 

that kinda of 'Puan Nora' yang aku aim dalam kerjaya. 


sampai sekarang aku tak tahu pun apa position dia dalam company tu. 

lepas ni kau nak buat apa? 

entah. 

Wednesday, February 17, 2016

17.02.16

hari ni krisis emosi lagi kat site. pukul 2.40 da cabut balik ha ha ha. padan muka sape pun aku tak tahu lah nak cakap sebab lagi memberat pada padan muka aku. keje berlambak lambak ada hati cabut balik awal. 

nak release tension call la minah ni, cerita sama dia. ingat nak kol mamat yang biasa aku cari, tapi sebab dia da nak kawen lagi 15 hari tukar plan. kena biasa kan sembang ngan orang lain la. 

sembang punya sembang memang la tak ingat da keje membukit tu plus esok meeting ngan subcon, jumaat meeting ngan GM lagi. apa pun tak ready. konfiden cakap lantak lah apa nak jadi ngan hidup kau mazura. 

"bos ko tak marah ke ko balik awal ni"

"kisah pulak dia, aku lagi la tak kisah. lantak la apa nak jadi. aku rasa dia pun da tak berani nak tengok aku stress"

macam gampang punya konfiden level 😁

bos tu PM aku la, ada lagi bos besar, GM yang datang site sebulan sekali barangkali. 

tengah bersenang lenang kat rumah GM kol. 

menggelabah tahik kucing. 

GM datang site ke? kenapa GM kol? sebab Ada orang report aku takdak kat site 😲

😵 kecut perut wey. 

walopun sekarang da tak takut ngan PM, aku da start takut ngan GM. cis! 

2 kali incoming call baru angkat, tu pun siap clear throat lagi. waaaaarggghh takut woi. hari ni aku makan gaji buta 3jam 20 minit, tolak sejam sebab keje time lunch. gaji buta 2 jam 20 minit. 

sangat. 

Kau masuk keje pun pukul 8.30 mazura woiiii. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio