Monday, October 17, 2016

17/10/16

jika tuhan buka aib, tentulah kita ini manusia terhina. 

kau kata kita kawan dunia akhirat. aku tak tahu kau sudah terlalu jauh.  

demi sedekad masa, moga kita jumpa jalan pulang. 

demi Allah aku sayang kau dunia dan akhirat. 

Saturday, September 24, 2016

25-09-16

Dear Chaotic.Me

It is very unpleasant Sunday morning, tak dak air, period cramp, lapar tapi malas masak but apparently rajin update blog :B. 

Group Whatsapp kerja bertubi-tubi message masuk. Eco World ni tak tahu ke, kitaorang ni kalau kerja Ahad bos bayar 10 ringgit je sejam. Memang tak la nak buang masa pergi ronda site, which is this is the only day yang boleh rehat. Semalam time orang kerja tak ada pulak nak mintak update, nak tanya kenapa mozek tak ada grouting. Stress wey!!!! 

Dah lah tengah period. Tak pasal nangis seround.

Dan cerita minggu ni, dah 2nd week attend master's class. Wey rasa macam tak percaya aku sambung master, Dah la Semenyih- Shah Alam makan sejam jugak nak travel sana. Sejam kalau tak jam. Sejam yang akan jadi sangat penat-mengantuk-tapi-berkobar nak pergi belajar :D

Jumaat lepas punya kelas, lecturer boleh buat sejam kelas berkenalan dan decide nak ada replacement class untuk cover topic yang dia tertinggal. gitu. Full time student okay la, tapi tuh, 4 orang part time student yang kerja sabtu- nak negotiate macam mana lagi dengan bos? one of them  aku lah! 

Tapi sebab kelas berkenalan dia tu la aku macam terfikir kejap sebab aku sambung master. Dalam kelas tu ada 25 student. 

15 full time student 
10 part time

13 fresh graduate yang belum sambut graduation day yang nak mendalami ICPM (13 jawapan sama-cliche sangat)

1 amik study leave untuk sambung master sebab nak apply ICPM dalam kerja (kalau kerja dengan goverment, boleh apply study leave and gaji jalan ke?)

2 part time student yang frust dengan system government, nak belajar ICPM dan apply kat tempat kerja

1 part time student nak amik alih company bapak. 

1 part time student kerja dengan company international, tapi in process nak bukak company sendiri

1 part time student, registered architect yang nak explore ilmu ICPM sebab dia selalu jadi PM. 

1 full time, former statistician yang frust sebab dulu dapat kos lelong. nak belajar pasal construction tapi tak ada peluang time degree. 

1 part time, based civil engineering yang dah ada strong career, tapi nak strengthen lagi sebab dah naik pangkat

1 part time student, saja nak amik master and dah boring dengan routine kerja <----Aku. 

Bila fikir-fikir balik antara sebab aku nak ambil master; 

1. Hari tu aku attend full day course dengan CIDB, and i was like, Allah aku still boleh belajar ni ( sit in a class and listen to the lecture with concern and argue)

2, Aku dah penat kerja dekat site, so with this master i hope it can bring me to the planning team. 

3. Aku nak ada master. Bukan nak jadi lecturer, It just aku nak master. ( This one is my wish list after not performing in SPM)

4. Aku dah tua, So nak kena ambil master cepat-cepat sebelum aku lagi tua. 

Bila orang tanya, zura nak sambung PhD tak?


No, not yet. not in the planning yet. Tapi masa hadapan siapa yang tahu kan. 

Love. 
Zuuu'raaaa.

Wednesday, August 3, 2016

Mengalah

"never give up on this project" 

Haha, I'm give up since 23.11.2015

Sejak aku hantar surat resign ke 2. 
Sejak aku tak kerja lebih dari 6. 
Sejak aku balik awal tepat jam 5. 
Sejak aku tak menangis lagi hal kerja. 

I'm done. 

Dan hari ni, aku kat broga. Di taman permainan dengan durian masam sebiji, cuba cari semula rasa mengalah yang hilang dalam meeting lewat petang semalam. 



03082017

review meeting dengan bos- bos eco majestic. Sampai hati bos aku "ada meeting dekat hq". 

to SPM eco majestic, thanks for digging back how I regret, frustrated and "hate-but-love-so-much-relationship with this project. 

nanti lah cerita. nak pergi nangis kejap. 

Sunday, July 17, 2016

Syukur

i was way too complaining about my job and it is getting too much. padahal aku suka kerja ni, suka dengan rakan sekerja, dengan bos-bos pun sangat okay. it is just the client. 

ya client. aku dah menyampah. serabut. sakit hati yang amat. 

tak boleh nak jadi positif. permudahkan ya Allah. i choose to start this, so i have to finish this. a month more may be. 

rindu nak rasa excited pergi kerja. macam hari tu cuti raya 8 hari, dekat kampung lagi aku dah planning nak buat apa, apa nak setle, inspection semua. punya lah excited. 

sampai hari Khamis aku just nak hari ahad cepat-cepat sampai. Allahu. 

grant me patient 
grant me tolerance
make me wise 
make me positive

bagi aku rasa kesyukuran. 
bersyukur dengan semua nikmat yang Kau bagi pada aku. 

Wednesday, July 13, 2016

Sama

sama 

site manager
project executive
site supervisor 

scope kerja banyak sangat.

thanks 

sebab aku naik pangkat lagi 

project manager. 

seronok betul. 

bos bagi arahan. 

tau-tau kerja dah siap. tip top. 

woi aku pun nak jadi bos la. 

or 

senior supervisor aku. 

tolong ulang balik arahan bos. 

cis bedebah. Bukan dia cakap bahasa cina pun dengan aku. 

ko tak nak buat tak apa. 

baik ko diam. 

korang nak tengok projek ni melingkup. 

tengok lah nanti. 

Mai mood menyampah aku. aku cuti tak datang kerja. biar mereput semua kat sini. 

tunggu je lah.

tunggu sampai aku mereput. 

Monday, July 11, 2016

#2 girlfriends

intan nur fahana

minah ni dah jadi mak buyung dah. aku ni single mingle lagi. nampak tak kau dah tua 😏. 

kami panggil dia pacat. kesian. padahal nama punya la sedap. last- last melekat nama pacat. kalu sebut intan aku buat tak kenal je, buat tak dengar. siapa entah nama intan tu huhu. nama pacat melekat sebab ada senior nama pacat. aku dah lupa either dia duk suka senior tu or senior tu duk suka dia. kalu prep malam ada la LDP duk bertingguk kat meja guru. jaga kelas la kononya sampai nak g jamban pun nak bagitahu LDP huh! dan kelas pacat ni pacat senior tu la y jaga. sampai sekarang la duk melekat nama pacat tu. nanti dia dah beranak aku nak panggil lintah pula. pacat pernah dapat surat dari pacat senior. tapi tu surat tipu. aku dengan Nadwa yang tulis. jahat sungguh. 

cat ni dia punya perangai nampak je macam naif, stok baik-baik padahal dia la yang duk ajar buat benda- benda jenayah ni. pacat ni dia punya jahat dalam diam. tahu- tahu dah kena. sensetif jugak kadang- kadang. tambah- tambah bila mai PMS dia kekeke. kalau bab belajar pandai sikit je dari aku, sebab dia duk kelas depan- depan. aku dari form 1 selalu duk kelas belakang. padahal sekolah tu takde pun duk bagi ranking kelas. tahu-tahu hujung tahun kelas aku la banyak budak kena repeat paper, dekan boleh bilang dengan jari. kelas produce paling banyak penjenayah dan kelas yang cikgu tak berapa suka. gitu. kelas aku la tu. pacat ni kalu duk kelas aku, lebih kurang aku je pandainya hahaha

dia ni pengawas pusat sumber, padahal rajin baca novel je pun. aku ni baca buku teks sejarah dari baring boleh bangun duduk, punya la eager bab- bab membaca ni. last- last aku g interview pengawas pusat sumber tak dapat der. yang ni takyah cerita la frust dia macam mana. pengawas pusat sumber ni cita- cita aku dari darjah satu kot. pacat oni selamba je cikgu pilih. huh! pilih kasih. 

nak print lirik lagu, cerpen pendek bagai sume bagi kat minah ni. tanggung beres. kat sekolah dulu mana ada kedai komputer bagai. kau boleh print kat makmal komputer atau pusat sumber je. bahan nak print pulak mesti lah bahan pelajaran. lirik lagu tak termasuk dalam bahan pelajaran k. paham-paham je la macam mana nak seludup. 

kenangan yang aku takleh lupa ngan dia, hurmm pecah rumah warden amik telefon yang kena rampas. dia duk teman aku. rumah warden tu tak kunci. telefon yang kena rampas ada dalam drawer kat rak TV. macam mana kami tahu? malas la aku nak cerita. yang duk suggest kat aku, yang bagitahu teknik nak gi amik, malas lah aku nak cerita. hurmm. kenangan yang buat aku sedih sepanjang form 4. sobs. 

pacat ni sangat lah mementingkan persahabatan yang terjalin. hari jadi semua orang dia ingat. sebelum dia kahwin tiap-tiap tahun dia la orang pertama yang ucap selamat kat aku. aku pulak hurmm, orang yang ke 124 kot. tapi sejak kawen dia dah slow sikit, dah jadi orang ke 3 gitu hahahaha. kesian jugak kat dia sebab kadang- kadang tu nampak la dia punya effort nak coop ngan activity orang single. tak apa cat, tahun depan lepas 3 lagi kawen aku ni ha a yang kena coop dengan bini-bini orang. entah- entah aku ni mereput je kat rumah. tunggu anak raja mari pinang aku. 

berita paling happy tahun ni, bila pacat pregnant. aku punya happy rasa nak pergi cerita kat semua orang. excited yang amat. rasa macam nak dapat anak sedara sendiri. moga Allah perlihara dan permudahkan semua urusan kau cat. moga dapat baby comel macam aku ni ha kikiki. moga, suami and coming baby bahagia dunia akhirat cat. 

Intan Nur Fahana moga kita bersahabat sampai surga. 

pacat dan suami 

Sunday, July 10, 2016

#1 girlfriends

mereka ni antara perempuan-perempuan yang selalu ada masa sedih dan masa gembira.  mereka antara perempuan- perempuan yang aku harap akan bersahabat didunia dan disurga nanti. 

maizatul nadwa. 

roommate since form 1. 1st kenal macam kerek yang amat. ye lah sebab haji razi, bapak dia antara gang2 dato pa gitu. Kira dia ni time kecik dah berdukung  ngan dato pa la. keras kepala, degil tapi cepat nangis. tambah- tambah cerita pasal famili. Dari form 1 tiap- tiap tahun ada je laki yang dia aim, motivation ke kelas katanya. 

form 3, satu tahun aku tak bercakap dengan dia. aku pun dah lupa kenapa. tapi masuk form 4 dapat sebilik lagi. aku tak tahu la dia tahu ke tak, aku bawak Mira ahmad, bwp jumpa cikgu rhyna mintak nak tukar bilik. aku cakap tak nak sebilik dengan nadwa.

cikgu tu memang tahu aku dah tak ngam dengan minah ni, selamba badak cikgu cakap, 

tak apa la, saya nak rapat kan silaturahim awak, tak elok bergaduh, yang jauh Kita rapat- rapatkan. gitu. nampak tak manusia tak tahu masa depan. aku, cikgu rhyna, atau Mira ahmad atau Nadwa sendiri tak tahu masa depan macam mana. 

penyesalan mesti lah kat cikgu, kat bwp. bila aku dan nadwa bersatu kembali melengkapkan gang ponteng surau. 

minah ni kepala bab reunion, nak jumpa sana sini dia lah mastermind, padahal mak bapak dia lebih kurang parents aku je, pantang anak-anak keluar balik lambat. tapi wa degil sikit, dia tak kisah. Dan aku ni takut yang amat dengan mak aku. 

cerita bab keluar melepak sampai ke malam ni sampai sekarang pun tak habis lagi. rasanya tahun depan kot kalau slow sikit pun, sebab ramai dah nak jadi bini orang. 

dia punya tragis sampai nak kena pukul dengan kayu golf katanya, aku punya lagi tragis, mak tak cakap dengan aku 2 hari k. 

banyak sangat kenangan cam best ngan minah ni. dalam ramai2 dia dengan intan, Ada special place sikit kat hati aku ni, ye lah dah dari aku hari pertama masuk mrsm dorang manusia yang sudi nak berkawan dengan aku ni. sudi buat jenayah dengan aku. susun cup megi sampai tinggi melangit. sama-sama melangut kat pagar hijau nak beli tomyam time maghrib sampai lari masuk kebun sebab takut kena tangkap dengan warden hensem. yang ada time sakit demam, time aku nangis. ya aku ni selalu nangis sebab selalu ada masalah discipline. lepas tu menyesal dikemudian hari. gitu. 

masa upper form, zaman kegemilangan wa, cikgu-cikgu sayang, ramai kawan laki. senior laki pun suka duk usik dia sebab wa ni Ada minat kat sorang senior. gila kau punya tak tahu malu minah ni, satu sekolah tu aku rasa tahu dia minat senior tak hensem tu. senior tu tak suka dia pun bahahahahhaa. 

Kira  memang zaman kegemilangan wa la, ngan siap jadi mentor biologi lagi. lain la ngan aku siap kena masuk kelas pemulihan add math ngan kimia pulak. 

zaman tu aku penat berkejaran ngan kes disiplin yang bertimpa- timpa. sobs. kawan pun aku pilih2. kawan yang baik ngan aku budak 8 ekor ni, budak kelas perempuan sahaja dan budak perempuan kelas 3F. tu pun aku pilih2. atau aku di pilih kekekeke. 

wa time kat mrsm dulu kau tak akan pernah dapat tengok dia pakai tudung selain kaler hitam kecuali tudung sekolah.  tudung nak g sukan, nak g prep nak g beli tomyam semua kaler hitam. sebab masa tu duk cakap dia hitam, kalau pakai tudung kaler lain lagi la bertambah- tambah gelapnya. padahal aku ni pun hitam jugak. kalau g kelas pakai celak k. sampai cikgu pun dah tak tahu dia ni pakai celak. nampak tak dia punya dah sebati tu macam mana. 

dia ni nampak je macam anak orang kaya taste orang bandar sebab dulu-dulu duk kaler rambut bagai. tapi paling aku meluat suka dengar lagu rock kapak, lagu sengau meleleh- leleh gitu. punya la besunguh siap g pasar time outing g cari kaset rock kapak. belinya satu je. lepas tu dia main ulang hari2. aku yang tak suka ni pun dah terhafal tanpa sengaja. dah tu nak tido pun duk pasang, lepas tu mula la mimpi hantu bagai bila duk dengar lagu pusara dilebuh raya. tau2 je dah tido sebelah aku. 

cerita sama-sama kena denda susun selipar, cuci tangga, cuci jamban cabut kemucup, kena tengking, kena marah bagai nak rak biasa, cerita biasa. rutin tiap-tiap minggu. tapi wa ni walopun masalah disiplin dia pun lebih kurang aku je, jangan buat lupa pernah kena calon jadi badan wakil pelajar k. aku rasa kalau betul jadi badan wakil pelajar cikgu tak payah risau dah nak cari sponsor activity bagai. bapak dia boleh satel je. tapi tu la, last2 mereput jadi ahli koperasi jual keropok.

aku rasa cerita best-best yang jadi kat aku ngan dia ni banyak masa duk ponteng surau je. ni ada satu, memang sampai mati aku tak akan lupa. Kira ni paling cam best la bila duk buat jenayah berdua. jenayah bukan ponteng kelas, hisap rokok ke apa, ponteng surau je pun. Bukan ponteng solat. ponteng tak solat kat surau. tapi kitaorang punya warden, lembaga disiplin pelajar (LDP) ngan gang-gang biro puteri ni macam obses sangat nak tangkap pelajar ponteng surau. 

Ada satu hari tu, warden dah siap meronda bagai, LDP terjerit-jerit buat countdown kat bawah, puteri-puteri berpusu-pusu keluar nak g surau aku ngan dia selamba lepak dalam bilik. warden membebel-bebel suruh cepat turun. aku tukar baju kurung, pakai tudung turun bawah. aku lengang depan warden bagi signal aku dah turun. nadwa dah memang degil tak nak turun. tak tahu la mana dia menyorok. lepas Maghrib aku naik balik. yer lah, aku tak mandi lagi kot. 

naik aspuri elok je minah tu ada kat bilik. bilik kitaorang ni selang 3 bilik ngan rumah warden je. elok siap nak g mandi. lampu bilik paling hujung Ada orang buka. sah. sah warden buat double check. apa lagi, aku masuk locker aku, dia masuk locker dia. punya jantung berdebar tu tak payah cakap la walaupun kitaorang ni kategori professional. takut dia tu sama je rasa macam form 1 dulu. 

aku duduk diam, aku baca doa. doa kat Tuhan jangan kena tangkap la. kalau kena tangkap kena tulis nama then hujung minggu denda. tak rock la kalau dah upper form kena tangkap lagi. biar adik-Adik junior je yang cuci jamban ni. 

lepas tu dari belah locker aku nampak warden tu masuk bilik kitaorang. terus dia g aim locker nadwa. minah tu mampu sengih je la bila warden tu bukak pintu. 
ayat paling sadis. 

nadwa kenapa awak duduk dalam locker? gelap-gelap macam ni. duduk sorang-sorang. awak sakit ke? kalau ada masalah boleh cerita kat saya. 

aku tahan gelak, silap hari bulan locker aku pun dia bukak. 

panjang la warden tu duk tanya, nampak tak dia punya take care nya kat student. cuma student yang degil macam kitaorang je tak lut dengan kasih sayang. 

warden tu suruh pergi mandi siap-siap pergi surau. nadwa iyakan je. elok warden tu keluar, aku keluar locker gelak bagai nak rak. tu je la modal bahan minah ni selain wa hitam. 

awak sakit ke? bahahahaha. 

Allah. Demi Allah aku sayang kau dunia dan akhirat. moga Kita steady single sampai ketemu jodoh. aumm. 


wa dah putih sekarang. cuma senyum je tak reti-reti lagi. 

yang lain bersambung entry lain.





Saturday, June 18, 2016

13th Ramadhan

I read a post said that 

the most terrifying thing during Ramadhan, is when we found out the true evil in us is actually us, not the syaitan.

and I read a short story, telling about a kid asking his father. 

kid: why during Ramadan, we still doing sin thing, even syaitan have been locked in the hell? 

the father stir his coffee and as his kid to look into the cup. his father ask

father: why this spoon keep stirring although I had stop? 

kid: because it follows the coffee. 

father: right, because it follows the coffee for a some time but it will stop eventually. 
it is like ourself. 

when syaitan has been locked, we actually still behaving like syaitan as he been with us in the other months. he convince us to do sin and he let us use to live with that. 

but this will stop like the coffee. if we live by trying to avoid commit the sin, we will used to it. Ramadhan is a month that you have the chance to transform yourself, all by yourself. 

keep doing the good thing and it will naturals yourself. 




Monday, June 13, 2016

9 Ramadhan 2016

aku tak ingat pernah tulis pasal ni ke tak tapi hari ni untuk kesekian Ramadhan ni antara momen-momen yang aku rindu. 
semalam baru sembang dengan adik aku. sahur 8th Ramadhan, lepas aku kejut dia bangun, buka peti ais dan berdiri lama. 

dia kata tak tahu nak makan apa. 

aku senang, kurma dan susu.

penyudahnya, balik kerja semalam aku belikan roti untuk dia. tapi tak makan pun, sebab 9th Ramadhan ni aku bangun panaskan lauk berbuka semalam. 

momen yang kami sama-sama rindu, bila  bangun sahur kat rumah. kami hanya bangun cuci muka dan makan. semua sudah siap. 

siap nasi dan lauk dalam pinggan, air masak dan air bersusu kat sebelah. dengan kurma. sungguh, cuma duduk dan makan sahaja. semua sudah siap. 

mak akan bangun masak nasi, masak lauk, dia bersahur minum susu sahaja, dah siap dia kejut ayah. ayah bangun, bubuh nasi dalam pinggan, tuang air semua, baru kejut kami yang macam budak kecik walaupun umur sorang2 dah tua bangka. 

1st Ramadhan 2016 umur aku dah 25, tapi still mak ayah siapkan sahur. 

dan hari ni, bila jauh dari mak dan ayah, aku rasa sayu tengok tomyam dalam mangkuk. 

bertapa anak mereka yang sulung ni tak pernah bangun nak siap kan sahur.

hari ni sahur mak dan ayah berdua sahaja, untuk kesekian lama. sebab adik yang bongsu dah masuk poli. 


sayunya. 

Sunday, May 22, 2016

Him #4

"maturity comes with experience not age"

he is not mature enough for me. yet I blame on his ageπŸ˜‘

please

be wise
be leader 
be patience 
be conquerer
be knowledgeable 

I want to live with that. 


Wednesday, May 11, 2016

#pbakl 2016

08.05.16

my very 1st pesta buku antarabangsa kl. 

tak sempat nak explore semua pun. 

masuk je terus aim pergi karangkraf sebab nak cari buku RAM

jalan2 pusing nampak gempak star, beli lawak kampus 4 biji

jalan nampak longgok2 buku lelong bahasa inggeris. amik sebiji

then cari dubook. grab 4 buku phewwww~

patah balik Dewan A beli kamus dewan yang makcik pesan.

pastu pergi food court beli karipap😬

😭

bakpo duk rushing~~

sebab kita bawak orang πŸ˜…

dia dari masuk Dewan sampai kat dubook menguap tak henti. 

tak... tak marah pun. aku pulak yang rasa bersalah. sebab bawak orang yang takda eager dengan buku. 

the only entertainment yang dia dapat rasanya bila tolong pusing wheel kat gempak star. tu pun dapat gambar katun πŸ˜…. kalu dapat iPad takda la rasa bersalah sangat kan.

if,

aku pergi sorang, 2 jam pun tak cukup rasanya.

mahu aku pergi jajah satu2 booth buku indie

mahu aku berlama2 kat dubook cari buku yang kena dengan jiwa. 

mahu aku mengcangkung tepi rak baca 2 3 muka sebelum decide nak beli. 

penghabisanya 


piala dunia 2010- tak aku tak minat bola pun tapi sebab Lucius Maximus

membedah p.ramlee- goodread review

malaiur manikam- aku baca 2 pages

sunan- nak lengkapkan trilogy sunan

sense and sensibility and sea monster- baca 1 page and penulis orang yang sama tulis pride and prejudice πŸ˜’

proletar dua menara- sebab orang sama yang tulis dari DTMK

next pesta buku

aku kena pergi sorang πŸ’πŸ»

or aku bawak orang yang aku tak akan rasa bersalah buang masa dia, buat dia jadi boson yang amat, buat dia hilang sabar πŸ™Š

Dan orang tu aku tahu dia memang nak buang masa, tak kisah bila bosan dan sabar banyak 😍

#pbakl kat maeps best sebab dekat dengan rumah 😬

say no to pwtc 😠

Move On Kawan. Move On.

kadang2 bila kita dah terlalu selesa kita jadi lupa 

kita ni siapa 

kita ni sebagai apa

kita ni tiada apa

jadi kita hidup dalam dimensi baru 

kongsi semua 

cerita segala

dan bila tersedar

kita ni kawan atas dasar apa 

"senyum kelat"


step back few steps. 

move on. 

Friday, April 15, 2016

Relationship Status #3

Define your relationship 

He

Mr More Than A Friend

I

Ms Let's Give A Try


Now we are trying to be more than a friend.





Sunday, March 27, 2016

crying shoulder

bila nanges nak sangat kol dia ni. he used to be my crying shoulder. not a good advisor pun but a good listener. 

tapi sejak dia kawen, aku da cari minah ni. kadang2.

kadang2 nanges sendiri. 

tapi sejak ada dia tu, yang hantar resume untuk apply new crying shoulder, aku jadi serba salah. 

nak jadi crying shoulder bukan bole jadi sehari dua or seminggu dua. its about time. 

instead of nanges kat dia. aku kol minah tu. tapi still have intention nak kol ex crying shoulder tu πŸ™Š

nangis dulu baru wasap dia, and truly said, ni bukan hubungan sehari dua, it will take a long way to go. 

untuk rasa selesa orang tu dengar kita nangis, sedut hingus meleleh, mumble sebab words dah tak clear sebab tak tahu nak nanges ke nak cakap, come at the same time, it will take a long time. 

ex-crying shoulder used to be my bestfriend. i have to up stand some barrier to respect his marriage. 

minah tu a very good listener and advisor. 

new crying shoulder- needs alot of effort to build up the comfortness. from both of usπŸ˜‘

Friday, March 18, 2016

Kau Aku Kita #2

Kita ni macam apa? 

Kita ni manusia la

i mean kita ni macam mana, relationship

undefined. 

Bukan kawan, kita bukan kawan kan? 

Bukan kot. 

Kita cakap takde kata ganti nama

Kau aku, rasa kurang ajar. 

guna nama. phewww

sudahnya bila tanya sape 

keluar ehem.... kepala angguk tunjuk diri sendiri. 

kelakar gila! 

kau tanya berkias, aku jawab berkias. 

Mampus. Dua- dua tak faham. 

Nak kena pakai posman ke? 

Sigh! 

Friday, March 4, 2016

jodoh #1

kata orang kena cari orang yang sayang kita sangat2 bukan kita yang melebih2 sayang kat dia. 

kalau semua orang fikir, nak, rancang benda sama tak ke semua orang tak berjodoh. 

sebab semua nak cari orang yang melebih lebih sayang kat dia 

aku?

nak jadi orang yang melebih2 sayang kat orang tu ☺️

tapi 

aku banyak cela.

jadi kena cari orang yang sayang aku sangat2 sampai kekurangan aku pun dia rasa cantik, manis saja 

kena cari jodoh yang aku perlu, bukan aku hendak πŸ’ͺ🏻

Thursday, March 3, 2016

teaser jodoh

kena cari jodoh yang kita perlu. bukan kita hendak. 

keperluan dan kehendak tu kan berbeza. 

Wednesday, February 24, 2016

'Puan Nora'

semalam 23.02.2016 genap 2 tahun keje dengan macro, keje kat site...Dari 1 site jadi 2, lepas tu 1 balik.

bertapa 2 tahun ni telah menumbuhkan  perasaan riak dengan ilmu site, padahal realitinya pengajaran, pengetahuan, hubungan dengan kerja hanyalah picisan sahaja. banyak lagi nak kena belajar. 

jejaka yang kat site, yang masuk lebih kurang sama masa dah ada ura2 nak tukar company. Bukan sebab company ni tak bagus tapi dorang ada matlamat nak improve kan diri dengan hal2 site. Ada yang cakap nak g high rise, Ada yang kata nak g buat jambatan...masuk cabang lain selain buat landed housing. 

aku? aku nak g high rise ke? serius? buat kerja macam sekarang tapi high rise? 

tak kan sebagai seorang perempuan yang keje construction nak aim pergi tempat yang lebih teruk,lebih penat Dari buat landed housing? 

lepas tu target ko dalam kerjaya apa?

dari practical bila orang tanya apa target dalam construction, aku cuma cakap aku nak jadi macam Puan Nora dari I&P. 

tipycal career woman, yang bergaya  tapi tak over, masuk site dengan sangat helpless macam makcik2 datang tengok rumah yang dorang dah beli. duduk dalam bilik meeting sebelah client's  project manager. setiap pandangan cadangan yang keluar dari mulut pm  akan diakhiri, what do you think Puan Nora. nampak tak dia punya power macam mana. 

it's proven with words and action. apa yang Puan Nora cakap everyone was like ....hurmmm betul....yup right thing to do. 

even jalan dekat site, diam until when people want her thought, then boom ! 

that kinda of 'Puan Nora' yang aku aim dalam kerjaya. 


sampai sekarang aku tak tahu pun apa position dia dalam company tu. 

lepas ni kau nak buat apa? 

entah. 

Wednesday, February 17, 2016

17.02.16

hari ni krisis emosi lagi kat site. pukul 2.40 da cabut balik ha ha ha. padan muka sape pun aku tak tahu lah nak cakap sebab lagi memberat pada padan muka aku. keje berlambak lambak ada hati cabut balik awal. 

nak release tension call la minah ni, cerita sama dia. ingat nak kol mamat yang biasa aku cari, tapi sebab dia da nak kawen lagi 15 hari tukar plan. kena biasa kan sembang ngan orang lain la. 

sembang punya sembang memang la tak ingat da keje membukit tu plus esok meeting ngan subcon, jumaat meeting ngan GM lagi. apa pun tak ready. konfiden cakap lantak lah apa nak jadi ngan hidup kau mazura. 

"bos ko tak marah ke ko balik awal ni"

"kisah pulak dia, aku lagi la tak kisah. lantak la apa nak jadi. aku rasa dia pun da tak berani nak tengok aku stress"

macam gampang punya konfiden level 😁

bos tu PM aku la, ada lagi bos besar, GM yang datang site sebulan sekali barangkali. 

tengah bersenang lenang kat rumah GM kol. 

menggelabah tahik kucing. 

GM datang site ke? kenapa GM kol? sebab Ada orang report aku takdak kat site 😲

😡 kecut perut wey. 

walopun sekarang da tak takut ngan PM, aku da start takut ngan GM. cis! 

2 kali incoming call baru angkat, tu pun siap clear throat lagi. waaaaarggghh takut woi. hari ni aku makan gaji buta 3jam 20 minit, tolak sejam sebab keje time lunch. gaji buta 2 jam 20 minit. 

sangat. 

Kau masuk keje pun pukul 8.30 mazura woiiii. 




Monday, January 25, 2016

Master dream~

having 2 days seminar CCD under CIDB make me realised I still can study. 

I still have the eager to study, theoretically. 

sit in a class, listen to the lectures and have interest in the topic discussed without feeling sleepy or bored. 

I can further my master! 

(+_+)y

IAllah, at least. at least to have master! 

dosa kerja

hari tu, jalan2 kat site, masuk satu rumah tengok orang lantai susun batu simen atas tangga. I was like 

what the? 

bos tangga ni lari, curi sikit la, adjust pakai batu. 

(-_-)' structure. 

jalan keluar rumah nampak batu simen NSC road and drainage

jalan masuk balik, gelabah

abang pakai batu mana ni? 

tu angkat yang kat depan, orang longkang punya

tu bukan barang kita, mana boleh ambil

itu orang tak tahu bos. 

(-_-)' like seriously

tu namanya curi. 

let's not become a contractor that take ease to steal everything. 

jom. 

Tuesday, January 19, 2016

aku perempuan

sabtu lepas pic infra datang site office, site Engineer pic projek satu lagi tu layan dia, mana nak alih, mana nak korek, lorek2 dekat drawing. habis bincang pic tu tanya,

sape in charge projek yang satu lagi? 

site Engineer panggil aku, introduce kat dia 

selamba gemok dia je cakap 

you boleh ke? 

and i was like 

(-_-)

sebab aku perempuan.

terguris hati dan perasaan iollss


kbye.

19012016

hari ini

marah cow pasal inspection waterproofing tak lepas2 dengan hujan asyik duk unpredictable je

marah, lepas tu menyesal. typically me. sangat. 

period pained. pukul 3 dah balik rumah. 
bos kata go and see the doc. 

aku assume walopun dia tahu aku nak balik berehat rehat je, dia dah tak nak marah aku. 

sebulan ni, suka hati je nak datang pukul berapa, balik pukul berapa. kalau dia marah kompem aku ungkit balik janji janji dia yang tak tertunai kat aku

ill make him never forget why i sent the resign letter. janji dia bergunung-gunung tapi haprak, semua still macam dulu2 saja.

cuma aku dah ada aiman, suka hati je aku arah, aku marah. padan muka dia. sabar je la keje dengan aku yang banyak emo ni.

dalam pada tak puas hati keje macam tahi, belum pernah lagi aku hantar resume kat company lain. 

hate that i love my job, my bosses and the company. 

bertahan lagi 3 4 bulan je. 

Restructured time

that moment when you realise, you are 25 and lots of things do not achieve yet. 

Sigh.

things that to be done before end of single life

things to be done to full fill precious time

Restructured time and planning. 

Sunday, January 3, 2016

Wish List

2015

1. to be better Muslim❌
2. travel as much as i can❌
3. further study ❌ or stay until the end of project✅
4. loose some weight✅
5. buy a house✅

2016

1. to be a better MuslimπŸ™πŸ»
2. travel as much🚘
3. loose 5kg moreπŸ’ͺ🏻
4. working into developer companyπŸ‘·πŸ»
5. further studyπŸ“š
6. 5k savingπŸ’³


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio