Wednesday, September 30, 2015

sejuk beku

Hari ni keluar site pukul 9 malam. Jalan pergi tempat parking dengan laki orang bawah bintang2 bertaburan. tak romantik sebab dia laki orang. 

Drive balik rumah, singgah pam minyak ( minyak naik harga start 12 malam). pandu lagi sampai rumah 9.40 malam. perut lapar, ketuk bawang putih, potong tomato degan cili padi, campak megi Kari dengan telur sebiji. 5 minit dah masuk dalam mangkuk siap untuk dimakan. 

tak. ni bukan cerita ngorat laki orang. 

tak. ni bukan artikel kutuk kerajaan sebab minyak naik harga

tak. ni bukan kongsi resepi masak megi kari

ni cerita pasal bertapa aku harap laki aku nanti bole makan megi kari sedap tiap kali aku balik kerja matahari sudah tenggelam. 

aku tak harap dia masak untuk aku sebab aku tak nak nampak jahat disitu. 






hari ni megi Kari. 

besok mungkin nuget ramly

Lusa kita makan sosej dengan ketang

esok2 kita makan lagi makanan sejuk beku

setiap kali saya balik keje malam.

ahah! 

Monday, September 21, 2015

People

The most important people who I love. 

Parents
Mak
Ayah

Siblings
Adik
Angah
(apparently i love my adik more that my angah) hah! memang aku pilih kasih pun

Friends

MJSC Jeli
Nadwa
Intan
Azie
Yana
Shalu
Win
Zurin

Nadia - she is not one of the gang but she is one of us (Nadwa, Intan, Nadia, Me)
Diela- Sahabat jauh di mata, sahabat dekat dihati. 

PLKN
Nadia (one of my friends at MJSC Jeli)

Matriculation
Yana
Tikah 
Kak Ros
Suaidah
Am
YB (she is the one who always sit next to me at the second semester- her real name is Amirah)

UTHM

BPC
Che Na
Kak Ida 

Palapes
Mariam (matriculation classmate)
Hasno
Meor
Reza
Kak Aimi
Sal
Aning
Dong
Kak Umai

Workplace
Idfan
Zafiq
3 Boses ( Chan, Cheow, Lim)

Love the OTHERs too but in the next level. Memang aku pilih kasih pun. Huh!

Future
Him & They



Friday, September 11, 2015

Dosa

Aku rasa aku makin jauh dari Tuhan. 

"Kenapa?"

Sebab aku amalkan dosa kecil. 

"Jadi?"

Aku tak nak Allah lupa pada aku. 

"Dosa ni macam MLM."

"Bila kau buat satu akan ada lagi satu, ikut belakang."

"Macam pantun Melayu,"

"Siakap senohong ikan gelama duri
Bercakap bohng lama-lama mencuri"

"Hari ni satu titik hitam, "

"Cukup rajin kau buat dosa. Hati merah dah tak nampak."

Nak satel balik macam mana?

"Kau rasa?"

Takut dengan Tuhan. 

Heh, 

Tau takpe. Work on it. For yourself. Please!
 

Monday, September 7, 2015

1

hari-hari berlalu dengan kerugian sebab aku ni manusia pelupa. momen indah macam tv dah habis siaran. nampak warna tapi gitu-gitu saja. ingat-ingat lupa bzzzzzzz... cakap pasal lupa sesungguhnya fakta buat aku gembira tersangat-sangat. sebab sekelip mata aku rasa aku berada dalam kelompok orang bijaksana. tahukah anda bahawa semakin tinggi IQ seseorang semakin bertambah penyakit lupanya. tak tahu kenapa. tak google pun. sebab fakta ni cukp buat aku gembira. bila cakap IQ tinggi rasa aku ni setaraf doktor-doktor. pandaaaiiii sangat :").

jadi hari ini, aku set up meja jepun sebelah katil letak laptop, susun speaker. walaupun meja ni buat bilik aku jadi kecik dan semak, tapi ni pelaburan untuk masa hadapan. masa yang akan buat aku senyum kambing bila baca bertapa bodohnya hidup dulu-dulu aku ni. tak nak buat azam sebab pasti bin kompem tak akan tercapai. buat usaha kecil saja. B). nak menulis...banyak-banyak walaupun merapu.

eyh macam azam je. kbye.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio