Sunday, December 14, 2014

Heartache

My girlfriend asked me

Do you admire him?
Do you wait for him to come to you?

And my answered

I do admire him
But i'm not waiting for him.






























How do i wait since he doesnt asked
even give a signal.

Heartache.


Wednesday, December 3, 2014

Aku Ada Barah Otak *tajuk macam haram

berkurun lama~ ku rasakan~

sangat berkurun tak jejak jari kat sini. rindu nak menulis dan rasa menyesal berbakul-bakul sebab tak menulis. penyesalan yang tak ada penghujungnya sebab aku rasa sejak dua menjak ni aku dilanda penyakit dimetia *sedap pula bunyi penyakit ni, atau dalam bahasa melayunya penyakit lupa sekejap atau dalam bahasa pasarnya nyanyuk. 

Aku jadi risau jugak sebenarnya sebab aku selalu sakit kepala yang kritikal, maksudnya telan penadol tak ada kesan, atau pejam mata nak tidur rasa dunia menari-nari. Lepas pergi klinik, telan ubat bayar mahal baru okay. Agak menakutkan jugak sebab, apa kata kalau aku ni tiba-tiba ada kanser otak *nauzubillah atau barah atau apa-apa penyakit yang merbahaya. 

Dr tak berapa nak hensem tu siap pesan, kalau dalam masa 2 hari ni sakit kepala tak hilang, awak datang balik. Katanya mungkin ada penyakit yang merbahaya. Gila Dr ni buat aku cuak. Balik rumah aku siap google2 lagi bahagian-bahagian kepala. kalau sini sakit apa, situ sakit apa. Gitu punya takut. Masa tu sakit bahagian belakang kepala. Kata En Google tu, kalau sakit sekejap-sekejap, tak belarutan mungkin disebabkan tersalah posisi tidur atau tekanan yang mana menarik otot-otot dileher lalu menyebakan sakit kepala, tapi kalau sakit berpanjangan, lama-lama tu mungkin tanda awal ada tumor pada otak. Tengok gila kau tak cuak. 

sakit ni agak kerap jugak bulan lepas. tambahan bila malam2 sebelum tidur hati aku jadi sayu, lepas tu aku menangis takut mati, takut aku bangun besok aku dalam kubur. apa kata ni petanda 100 hari sebelum kematian ke, tak fasal2 aku google pulak tanda-tanda kematian. Argghh, kepala aku lagi sakit sebab stress. 

tapi sekarang dah jarang2 sakit kepala, sakit kalau aku lambat mandi bila seharian keluar, sakit bila aku kena hujan atau sakit sebab aku tak makan yang mana kesan daripada gastrik *ya ya ya macam2 sakit aku ada. tapi sejak 2 menjak ni aku selalu lupa. bayangkan bila balik rumah aku dah panjat tangga sampai tingkat 2, kadang2 dah sampai tingkat 5 *rumah aku, baru aku cendana aku dah tekan ke alarm kereta? lor kamera tertinggal kat seat belakang atau henfon tertinggal atau homaigosh dompet dalam kereta, kereta tak kunci. lalu aku turun balik, kereta kadang2 kunci kadang2 tak. 

Jadi berbalik kepada penyesalan sebab aku dah lama tak menulis di blog, di tablet mahupun didalam diari, aku takut aku nanti jadi lupa..aku lupa apa jadi dalam hidup aku, aku lupa kenangan dengan keluarga, aku lupa kawan2, aku lupa cerita2 sedih aku, mahupun cerita2 bahagia, cerita aku dan angan2. Jadi aku tanamkan azam aku nak rajin2 menulis, kalau tak kat sini, mungkin dalam tablet *yang mana pembelian tablet ini adalah untuk memupuk kerajinan aku menulis, atau kalau takde kat tab may be dekat tumblr. IAllah aku nak buat tumblr 365 challenge dan kalau aku rajin melebih2 aku nak kongsi jawapan tu kat sini. 

Azamnya nak mula 1st January 2015 sebab nanti cukup satu tahun gitu, tapi ehem, aku takut aku lupa aku nak buat challenge ni bhahaha

*puhliss aku tak akan lupa la, sebab aku dah tulis kat sini miahahaaha

*apa kata kalau aku lupa password belog ni

*apa kata kalau aku lupa aku ada belog hahaha

Ya Allah kuatkan lah ingatan aku. Amin :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio