Friday, May 16, 2014

Sedih, sedih bila tinggalkan apa yang kita suka

Aku suka baca, spesifik baca novel, baca buku baca benda yang boleh buat aku pikir

Tapi sedih bila tengok buku RAM Magis, Aku Bercerita masih berbalut kemas atas rak. 

Sedih tengok buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang kulitnya sudah kusam, kertasnya sudah sikit lunyai

Sedih, kerana lunyai bukan aku belek tapi bergolek-golek dalam beg-serba-serbi-ada yang aku bawak pergi kerja. 

2 minggu lepas muka surat 15 bertanda, sekarang masih kat situ. 

Dalam 14 minggu aku berintership hanya 2 buku yang aku baca, Blues Orang Jelebu dan Gantung. 

Rutin harian 3 bulan yang tidak berubah Isnin hingga Sabtu, 8 pagi hingga 6 petang, aku dekat site. Kerja.

Balik rumah aku masak. makan. tengok tv, terlelap begitu saja. 

Ahad sedaya upaya aku elak dari bazirkan dengan tidur. 

Aku keluar bersosial. Aku joging. Aku shoping. Mengeratkan silaratulrahim. Cuma Rabu, malam aku berusrah. Itupun aku paksa pergi sebab kat sini tak ada yang mengingati macam kat universiti.

Kerja buat aku hilang keseronokkan atau memang aku yang dah tak seronok. 

Bencinya. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio