Thursday, April 10, 2014

Gloomy Moody Mode.

Hari yang gloomy dengan hujan yang mencurah curah buat mood untuk bekerja hilang dibawa arus air hujan walopun tak deras macam sungai. Tak aku bukan salahkan hujan bawa mood aku pergi tapi bila pms aku datang semua benda salah dan walaupun salah aku aku tetap nak berada dipihak yang betul. Argghhh. Dulu bila tak ada mood nak masuk kelas aku ponteng saja, aku kira berapa kali, dan jarang sekali aku ponteng memandangkan aku hanya ada 3x peluang untuk ponteng. Tapi bila kerja walaupun tak ada mood nak datang keje aku kena jugak gagahkan diri jejak kaki site. Adoyai.

Mood hari ni nak pergi jauh dari orang, literally orang yang kenal aku dan orang yang aku kenal. Bawa sebotol air ribena dan satu bar coklat atau satu termos kopi dengan biskut kering. Dua pilihan gitu tapi menu kedua macam lagi best saja. Bawa satu buku yang boleh buat aku menangis, gelak dan rasa takut pada satu masa. Baca dan nikmati kopi panas erk, memang aku nak menu yang kedua sebab sekarang tengah hujan, baca buku sambil tengok pokok yang goyang ditiup angin.

Nak pergi jauh....sungguh. *nangis

Oh lelaki, jika perempuan kamu berperangai pelik dalam satu satu bulan mohon kamu bersabar sebab kami sedang berperang, erk hormon tengah berperang dalam kami, semua nak keluar, jadi ermm tidak stabil, yang akan menyebabkan satu perasaan yang erm..nak marah..marah sangat sampai rasa nak jerit jerit, tapi bila lepas marah rasa nak nangis sebab dah marah marah, sedih, rasa terasing...rasa tak disayangi..rasa terancam erm lepas yu rasa geram, meluat benci then rasa sedih balik lepas tu happy bahahaha. Nampak tak bertapa tak stabilnya graf perasaan ni, kalau nak buat graf  bentuknya jadi berkeluk keluk. Andai kata perasaan ni diterjemah jadi roller coaster rasanya ni la roller coaster yang boleh buat jantung keluar jatuh tergolek golek.

Jalan kat dinding duduk lipat lutut rapat ke dada *nangis lagi.

Aku punya mood dah bertakung dalam jamban tak siap.

Tuesday, April 1, 2014

Ijazah dan ajijah

Segulung ijazah tak akan membantu skill pembinaan apatah lagi ajijah yang memang hanya tahu masak kuih gulung. Jangan nak buat muka tekejut beruk kalau radjinikand tukang tampal plaster atau ariel peterpan tukang pasang mozek hanya memanggil kamu kerani. Sumpah sikit sikit dalam hati boleh la, tapi jangan nak buat gila bagi pelempang sambil cakap "aku ini ada ijazah, apa kejadah panggil kerani". Memang diorang tak tahu bahawa kamu ini ada segulung ijazah yang melayakkan diri untuk dapat gaji beriban-riban tapi mereka tahu kamu ini hanya berkehendak kerja didalam opis yang ada penghawa dingin, keluar jalan-jalan disite hanya berbekalkan buku note kecil dikala matahari masih malu-malu nak keluar.

Kalau senior site supervisor minta tolong buat itu ini, tak payah nak cakap apa barang site engineer nak buat itu ini, aku ini ada segulung ijazah, title engineer lagi, atau, aku ini belajar pengurusan pembinaan, kerja aku itu macam project manager gitu, jangan nak arah2 aku buat itu ini. Itu kan kerja site supervisor.

Ijazah pembinaan langsung tidak menjamin kamu ini tahu kalau mahu baiki plaster kena tambah gam dalam plaster agar kerusakkan sama tidak akan berulang atau bila ada inspection kamu tidak akan melenting bila site supervisor suruh periksa itu ini walau dalam buku tebal yang dibaca itu semua kerja site supervisor. Apa kejadah aku yang title engineer ini mahu buat itu semua atau apa kejadah aku yang title bakal project manager 10 tahun akan datang nak periksa itu ini.

Nak jadi taiko dalam dunia pembinaan tak dipandang pada ijazah opss, tak.. pandang jugak sipi2 bila nak keluarkan gaji, tapi sumpah ilmu ijazah tak sama dengan ilmu bila dalam industri. Belajarlah, walopun disuruh ukur batu simen dan kamu tahu batu simen memang panjangnya 215mm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio