Tuesday, December 25, 2012

Jangan Aku Dimakan Janji.

credit.
Ia catatan lama
lama benar hingga aku hampir terlupa
bukan hanya cerita biasa
kerana ceritanya aku berjanji
tangan terkaku, lutut menggigil
sejuk terkelu, peluh membutir
apa aku akan dimakan janji?
janji yang bukan janji biasa
janji untuk bertemu muka
dengan dia yang sabar menunggu
 sabar yang bukan sebarang sabar
kerana usia janji bertahun lamanya
dan jika waktunya sampai 
apa aku sudah bersedia?
apa dia akan tiba, atau aku yang
tidak kesampaian.
apa jika harinya muncul
semangatku rapuh belum utuh
apa dia ingin menunggu lagi
lalu nyawaku dicabut pergi
 aku serah jiwa dan raga
dengan segala kata dan rasa
aku seru semangatMu
agar bila tiba hari dijanji 
aku teguh menunaikan
kerana penuntut janji
bukan jasad bernyawa
yang boleh aku manipulasi.


#make me better, make me stronger#

p/s selamat berminggu belajar. 

Sunday, December 23, 2012

reflection.

Assalamualaikum wbt.


did you realize that when we get older we doesn't know how to forget and forgive. orang kata manusia ni fikirannya rumit, tapi keadaan sebenar kita yang merumitkan benda yang senang, banyak fikir...fikir...fikir dan fikir sampai kita tak tahu pun macam mana nak enjoy dengan benda yang kita buat (pe kau merepek ni sengal)

#apa-apa la#

budak-budak gaduh, kau kutuk aku aku kutuk engkau, marah2...jangan datang main masak-masak dengan aku (ada ke lagi budak sekrang main masak2?) sapu hinggus dengan tangan, lap air mata dengan lengan. besok datang main dengan kawan yang sama. gelak yang sama. cerita semalam tinggal sejarah.

bila budak besar gaduh (remaja) kau sumpah aku, aku sumpah kau, gaduh bertumbuk muka, lempang melempang. nangis? memang tak la. jumpa lagi 10 tahun boleh pulak jabat tangan, balas senyum. dan cerita 10 tahun lepas tinggal cerita. marah bukan berpanjangan.

kalau orang tua gaduh...huh kubur panggil2 pun siap pesan, kalau aku mati jangan datang tengok mayat aku, tak payah datang nak baca yassin ke, nak tolong tanam2 ke...tak payah....huh!
huduh bebeno. makin tua makin menjadi. forget and forgive tu apa? aku tak paham la budak!

budak-budak lagi positif dari kita yang dah tua bangka ni.

 #tengok cermin tengok perangai bukan tengok jerawat#

p/s random.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio