Friday, November 23, 2012

Ada Kita Kisah?


Kita tak kisah untuk buat assignment kawan bila dia ada masalah tapi tak bermakna dia tak kisah untuk tolong buatkan assignment kita bila kita ada masalah.

Kita tak kisah bila kawan guna barang kita tanpa minta kebenaran tapi tak bermakana kawan kita tak kisah bila kita guna barang dia tanpa kebenaran.

Kita tak kisah bila kawan sepahkan bilik tapi tak bermakna dia tak kisah bila kita sepahkan bilik.

Kita tak kisah untuk bersusah payah untuk rakan tapi tak bermakna dia tak kisah untuk bersusah payah untuk kita.

Kita tak kisah bila kawan kata kita annoying tapi tak bermakna dia tak kisah bila kita kata dia annoying,

Kita tak kisah bila kawan panggil kita dengan panggilan yang tak elok tapi tak bermakna dia tak kisah bila kita panggil dia gila atau bodoh.



Kalau nak buat senarai kita tak kisah ni sampai tahun depan pun takkan habis, kesimpulannya manusia ni ada bermacam macam rupa bentuk, ada yang cantik, ada yang hodoh ada yang pandai ada yang bodoh tapi ini bukan penyebabnya.

Manusia ada yang positif ada yang negative tapi cerita diatas bukan kebaikan dan keburukan. Ianya tentang memberi dan menerima. Ada manusia yang suka menerima sahaja, tak suka memberi dan jarang untuk kita jumpa orang yang suka memberi tapi tak suka menerima dan yang suka menerima memang ramai dalam dunia ni.

Hidup bermasyarakat kalau tangan selalu dibawah lama-lama orang menyampah. Tidak salah kalau sekali-sekala memberi, kalau tidak mampu harta kudrat masih ada. Resmi manusia hidup tolong orang dan akan ada orang yang akan menolong bila susah.


p/s waaah~ kelas gitu, 2nd post hari ni. Tak pernah2.
                                                                               

Thursday, November 22, 2012

Aku Tak Pernah Mati.



2120 2862012 dalam bilik atas sejadah merah.

Perkara yang paling membuat kita ingat tentang kematian adalah menziarah orang sedang menghadapi sakaratul maut, menghadiri  majlis pengebumian dan menziarahi kubur. Sakit menghadapi kematian itu berbeza-beza, bezanya sudah tentu pada iman kita. Katanya kalau kita orang yang beriman izrail akan menghadirkan diri dalam keadaan yang cantik dan tenang dan jika kita orang yang dilaknat Allah wajah Izrail sangat menggerunkan dan kesakitan terputusnya nyawa adalah kesakitan yang hakiki. Entah aku tak pernah mati.

Sedangkan Nabi Muhammad mengalirkan air mata menghadapi sakitnya sakaratul maut kita pula umat dihujung dunia, nak dibandingkan iman kita dengan seorang Nabi memang tak akan sama, jangankan Nabi Wali pun tak tersaing. Kita manusia biasa tapi jangan jadi biasa sebab kematian tak akan jadi biasa, sakitnya seperti kulit dilapah lapah, seperti oragan direntap satu persatu…itu orang kata ahh aku tak tahu, aku tak pernah mati dan sekarang aku tak bersedia pun nak mati. Iman aku mungkin berubah disaat syaitan menggoda apabila nyawa dihujung tanduk, Nauzubillah.

Ada satu kematian yang aku kira sangat memberikan aku satu pengajaran. Kematian ibu kepada kawan sekampung, satu sekolah. Kami pernah rapat tapi sekarang bila semua dewasa masing-masing mempunyai fikiran yang berbeza. Keluarganya antara yang setia menghadirkan diri setiap kali bilal melaungkan azan, ohh dan bilal itu atuk saudaranya, imam itu pun saudaranya.  

Sesampainya aku dirumah arwah, jenazah masih belum disimpan, mandi pun belum. Baru sangat nyawanya dicabut. Kawan aku pun tiada, kata makciknya dia dalam perjalanan pulang. Dia pelajar yang pintar belajar di Universiti terkemuka, yang aku pernah impikan. Tapi ia…hanya yang bijak pandai layak disana..rezeki aku ditempat lain. Kakaknya yang disabah pun dalam perjalanan pulang.

Paling aku terkesan adalah adiknya yang bongsu, berumur 10 tahun kukira. Mendengar tangisannya membuat aku sayu, lalu aku terfikir andai mak atau ayah meninggalkan dunia bagaimana adik-adikku nanti..ahhh aku sendiri pun mungkin hilang tuju. Kakaknya yang dari sabah tiba, mukanya merah, dipapah oleh suaminya. Kesian. Dia mengandung, perutnya kelihatan sarat.  Dan selepas itu kawanku tiba, bersama beberapa kawan dari universitinya. Untunglah dia. Ada kawan yang menemani dikala kesediahan melanda.
Segera jenazah disempurnakan, dia dan kakak-kakaknya ikut serta memandikan jenazah, dan abang-abangnya menyediakan kain kapan. Aku menangis. Aku hanya dua beradik perempuan kuatkah kami jika diminta memandikan jenazah. Aku tak tahu apa-apa tentang menguruskan jenazah. Seminar semasa aku bersekolah dulupun aku sudah lupa, tak aku tak lupa tak aku tak hadir, sibuk dengan program lain dan aku anggap ianya remeh. Tidak sedar kematian itu tibanya tak siapa tahu.

Aku kira 90% pengurusan jenazah ibunya disiapkan oleh abang-abang, kakak-kakaknya dan dia juga. Disampaing mendapat bantuan dari saudara mara terdekat. Aku menangis lagi. Apa adik lelakiku yang bongsu akan turut serta menguruskan jenazah mak atau ayah jika sakaratul menjemput. Hanya dia seorang lelaki. Aku tidak mahu dia hanya tahu memikul keranda. Aku mahu seperti abang sahabatku, memyembahyangkan jenazah ibunya, membacakan talkin dan dia juga yang membacakan doa. Aku mahu adik lelakiku tahu caranya bagaimana.

Dan bertuah lah ibunya mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah, bijak dan pandai, tahu jaga batas pergaulan dan tahu menutup sempadan aurat. Dan ku kira tiada apa lagi yang diperlukan oleh ibunya untuk berada dialam barzakh melainkan doa anak-anaknya yang soleh dan amal kebajikan yang dibawa bersamanya. Sesungguhnya seorang ibu itu penuh dengan kenikmatan dalam hidupnya jika anak yang dididik menjadi seperti yang dia mahu, ikut acuan Islam ikut acuan yang dia dorongkan.  Semoga ibunya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan mendapat ganjaran syurga kelak.

Aku sudah 21 tahun, ibuku 43 dan ayahku 52,adik-adikku 18 dan 14. Tapi ada apa pada nombor kerana kematian tidak mengira angka. Izrail datang mengikut takdir yang tertulis, yang tetap tidak terubah. Persediaan menghadapi mati tidak akan berakhir, kerana Allah itu sempurna dan kita hambanya perlu cari kesempurnaan dalam erti kata sebagai hamba. Pintu taubat tak akan tertutup selagi nyawa tidak melepasi kerongkong, dan bersyukurlah kamu yang bertemu hidayah kerana hidayah itu perlu dicari. Hanya yang berusaha akan menemui. I’m looking for it, it has found me but I missed it then it goes for another lucky hamba Allah.

Demi masa.
Sesunggunya manusia dalam kerugian.
Kecuali yang beramal soleh.
Yang berpesan pesan dengan kebenaran.
Dan berpesan pesan dengan kesabaran.

p/s maaf aku x reti nak buat post pendek. hulaaaa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio