Wednesday, September 19, 2012

MARI MENGUNDI UNTUK KUPON FREE :{

hari mengundi wakil pelajar uthm telah tiba. dan tahukan kamu (UTHMian) sesiapa yang mengundi besok akan dapat kupon free untuk makanan bagi jamuan hari raya universiti dan tahukah kamu bahawa bulan syawal sebenarnya telah berakhir. jadi besok tak payah nak beraya sangat lah.
anggap je tu jamuan penggalakkan untuk pelajar turun mengundi. anyways, everyone love free things right, mak jemah pun laju sahaja berebut nak mengundi. 

to the voters. 

so who do you voting? do not give me the answer. 
what the reason of the vote? tell yourself the answer.

manifesto?
friends?
admire?

walau apapun alasannya, we're free to vote. tapi biarlah kita mengundi kerana orangnya, kerana keperibadiaan, sifat kepimpinan.

bukan kerana,

pro-A atau pro-M

bila dengar, owh dia ni pro-A, kena undi ni walopom dia hanya tahu bercakap tapi tak tahu bekerja atau owh dia ni pro M, kena undi ni walopom dia sendiri tidak faham perubahan yang ingin dibawa. undi untuk apa-apa yang kamu rasa perubahan itu baik untuk kamu. sebab mpp tu kan suara rakyat (pelajar). (penyataan hanyalah sebagai CONTOH)

ramai yang tak faham apa fungsi pro A dan pro M. ramai yang terikut-ikut politik dunia luar.

to the mpp-become-to-be

bukan senang nak jadi pemimpin, pemimpin tu pemegang amanah. amanah tu berat tanggungannya. kalau rasa, bila aku jadi mpp aku akan jadi terkenal, berjawatan besar, dapat sijil mahal then you do not deserve to lead. 

p/s i am a small person.

p/s ii banyak manifesto yang tak macam pelajar universiti pun. macam sekolah menengah dulu2 pun ada.

Saturday, September 15, 2012

CERITA KITA : 4


“uish mariam, ni la anak dara kamu tu, amboi cantik sungguh la ha. Dah kawin ke?” mak cik yang entah mana-mana bertanya.  Aku memaniskan muka bukan setakat sekilo gula dengan madu aku campurkan sekali.baru tahu manis dan cun melecunnya anak Puan Mariam ni.

“saya belajar lagi mak cik. Tengah praktikal ni.” Tengok suara pun ala-ala perempuan melayu terakhir. Nadiela mengerling kearah mamanya. Selang dari beberapa makcik-makcik mama nya sedang duduk dalam kumpulan mengupas bawang. Memang  tabik spring la dengan mama ni. Walaupun anak jati Kuala Lumpur tapi mama tak kekok nak bergaul. Pendek kata campak kat gurun sahara pun mama tak ada masalah la nak berkomunikasi dengan biawak padang pasir.

“Owh belajar kat mana? Ambil jurusan apa?” sampuk makcik yang berbaju merah menyala. Dah la tengah buang tangkai cili. Boleh tertukar gamaknya baju dengan cili nanti.

“dekat UKM, belajar perubatan” bibirnya masih tersenyum. Bukan nak memikat jadi mak mertua tapi ya lah faham je lah…makcik-makcik kat sini kalau buat muka masam mencuka memang sengaja nak jadi mangsa kutukan.

“kalau begitu macam anak kak hajah la” makcik Kalsom pula menyampuk. Matanya menuju kearah mak cik yang memakai jubah coklat. Yang tu la agaknya Puan Hajah.

“eh tak, Aqil belajarnya dekat Mesir.  Dekat UKM tu dia kerja kat sana sekarang. Kat hospital UKM.” Jawab Puan Hajah. Dia duduk melunjur kan kaki. Disebelahnya pula seorang gadis yang sangat cantik. Agaknya anak perempuan dialah. Ermm boleh buat gang dengan Siti Khadijah la ni. Gang tudung labuh. Nadiela melemparkan senyuman pada gadis itu.

“Aqil balik tak akak?” Puan Kalsom bertanya lagi.

“sepupu dia kawin, balik la dia. Semalam sampai. Naik bas dari Bangi”.

“kenapa naik bas pulak? Keretanya kemana?” tanya makcik yang pakai baju merah menyala pula. aduhai orang kat kampung ni dah macam satu keluarga pulak. Prihatin betul. suka hati anak puan hajah la nak naik bas ke, nak naik kereta ke nak jalan itik balik ipoh ke apa yang disusahkan sangat. Nadiela mengomel dalam hati.

“katanya kereta masuk bengkel” puan hajah menjawab tenang tapi renungan matanya pada Nadiela tajam menusuk.

Amboi mak cik ni, aku tahu la aku ni cantik tapi jangan la pandang macam tu. Tak ingin eh jadi menantu awak. Konfirm anak awak ni stok dari stor masjid kan. Mesti pakai jubah dengan ketayap saja…erm jubah ye la kot sebab doctor kan…ketayap hehe tarataw la. Kalau nak stok pun, stok macam Siti Khadijah kan, tudung labuh macam anak perempuan kamu.

Nadiela jadi tidak keruan. Dilemparkan senyuman manis. Harap puan hajah tidak merenungnya lagi. Puhh amik kau…aku senyum manis ni. Jangan la pandang-pandang kan nanti ada yang kena siram dengan sambal belacan pulak.

Puan Hajah mengalihkan pandangannya. Segera dia bangun. Gadis disebelahnya turut serta. Nadiela senyum kemenangan. Menang apa? Entah.

Hatiku mula tidak keruan bila mama menarik tangan ku ke anjung. Dimeja kecil sudah terhidang 2 cawan teh dan secawan kopi. Tentu sudah kopi itu aku punya. Mama tahu. Mesti lah mama tahu aku kan satu-satunya anak dia. Tahu yang aku ni memang arlegik dengan rasa teh dan aku memang hantu kopi. Papa segera melipat surat khabar yang dibaca sebaik aku duduk didepannya. Mama senyum. Ahh sudah aku rasa panas tiba-tiba.

Belum pernah mama minta kebenaran untuk bercakap dan apa mama sudah menjadi terlalu sopan untuk berkata “boleh tak mama dengan papa nak bincang sesuatu dengan Lala”. Selalunya mama akan cakap sahaja apa yang dia ingin cakap. Mama kan memang banyak cakap. Keturunan sebelah mama semuanya begitu. Kalau balik kampung memang rumah tak pernah sunyi, ada sahaja cerita nak diberitahu. Rumah nenek memang bising walaupun mama hanya 4 beradik. Bising lah kalau semuannya memang suka bercakap. Dan sekarang penyakit banyak mulut ni sudah tentu diwarisi aku. Jadi kalau aku banyak cakap memang aku tahu nak salahkan siapa.

Mama mengujurkan cawan berisi kopi. Aku hanya memandang, belum terasa ingin minum. Papa sudah menyisip the yang masih berasap. Mama masih dengan senyum meleret. Aku kaget. Apa mama mahu? Aku tahu senyuman tu. Senyuman memujuk. Aku masih ingat bila mama berkeras mahu aku ambil perubatan dulu, senyuman ini la yang aku Nampak. Puas bertegang urat dengan aku mama gunakan taktik senyuman meleretnya..ahh mama, bukan hanya mama yang kenal Lala, tapi Lala pun kenal mama macam mana, tentu mama mahu sesuatu dari Lala, dan Lala rasa Lala tahu apa yang mama mahu.

“So praktikal lala bila habis? Nanti kerja dekat mana?” papa bersuara. Cawan diletak dipiring kembali.
“minggu depan habislah, erm dekat situ jugak lah, hospital KL. Terus je sambung nanti.” Aku menjawab. Bau kopi menggamit rasa. Tapi melihat asap yang menipis membuat aku menahan dahulu untk menikmati rasanya.
“you know what, zarfan dah decide nak stay kat Malaysia. Mungkin minggu depan dia balik” Mama bersuara ceria tiba-tiba. La ini ke ceritanya, aku menghela nafas lega.

“oh iya ke, baguslah, ingat nak kawen dengan minah blonde je”. Aku gelak. Zarfan, sepupu aku yang satu-satunya paling aku tak suka, ahh berlagak nak mati..nak mati..nak mati…tengok aku ulang sampai 3 kali. Tu sebab aku nak cakap dia memang berlagak. Aku rasa sebab dia rasa dia ni spesis manusia yang ada pakej lengkap. Mak bapak kaya raya, muka hensem katanya..katanya la, sebab aku rasa biasa-biasa je. Pandai. Iya memang dia pandai, sambung belajar di oxford university, ala bukan dia seorang yang belajar kat university tu, berpuluh ribu tahu tak…tapi dia pandai la sebab umur 16 tahun dah masuk university. Dan salah satu sebab aku ambil perubatan adalah disebabkan kan kata-kata penghinaan terhadap aku.

“perubatan, isn’t it you think that course quite challenge for you?”

Ahh penghinaan, penghinaan. Apa fasal la ada melaun macam ni atas dunia ni. Aku rasa sebab mak long dengan pak long dah manjakan sangat mamat seekor ni. Patutnya dihantar saja ke planet-planet yang tiada manusia. Pandai sangat kan, buat lah kajian kat sana sebab memang dia tak ada kapakaran untuk bergaul secara semulajadi dengan manusia tanpa bercerita kekayaan, kehenseman dan kerasaan kepandainya itu. Lala terima lah kenyataan dia memang pandai. Uhh….

“dia nak kawen…dengan orang melayu” sambung mama. Aku kembali menghadap realiti. Oh tak kusangka mamat saleh celup macam si zarfan tu nak kawen dengan orang melayu..ha ha ha. Aku ketawa jahat. Dalam hati je la. Tengok kau balik Malaysia jugak.

“bila dia nak kawen?” Tanya aku. Tak sabar nak tengok bakal sepupu. Pasti bin confirm perempuan tu mesti minah saleh celup macam si zarfan tu. Baguslah. Orang kata baru kena engang sama enggan, macam pinang dibelah dua, macam cincin dengan permata. Aku menghirup sedikit kopi. Merasa kenikmatannya.

“bila Lala setuju” purrggghhhh…..muka mama aku sebur dengan kopi. Serius bukan sengaja. Muka mama berkerut. Papa gelak. Aku tersengih. Itu lah mama siapa suruh buat lawak antarabangsa tak bagi signal dulu. Tak pasal kena air jampi. Aku bingkas bangun masuk kedalam rumah. Sekotak tisu aku capai dari atas meja.

“minggu lepas mak long kamu dengan pak long kamu dating kesini. Itu lah hajat nya. Nak jodohkan kamu dengan zarfan” papa bersuara. Mulut aku ternganga, ni kalau tulang rahang tak bersambung, mahu dagu aku tergolek jatuh. Aku tak percaya. Tapi papa tak pernah tipu, atau suka melawak macam mama. Mama, tak pasal kena sembur. Aku ingat mama bergurau tadi. Mama mengiyakan dengan menganguk.

“tak nak, Lala tak mahu.” Terus terang aku kata, ringkas dan padat. Kalau mama dengan papa tak faham aku tak kisah nak karang surat rasmi menyatakan anak kesayangan diorang ni memang tak nak khawin dengan malaun berlagak tu. Dalam fikiran aku, mama, papa, Lala di dah tua sangat ke? Am I have to be hurry about marrying?

to be continued...


CERITA KITA : 3


Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Aku masih bermalasan didepan TV. Tak payah nak pelik sebab aku rasa mana-mana budak asrama memang suka bertengek depan TV kala cuti. Kat university mana boleh nak tengok TV. Susun 10 jari la kalau dia nak menapak ke bilik TV ditingkat bawah sekali. Buat sakit kaki nak membilang anak tangga yang macam tiada penghujung. Ye la kalau dah ditingkat 4 nak menapak ketingkat 1 semata-mata nak tengok TV tak sanggup la eden.

Ataupun macam Kak Hawa yang sanggup bertengek depan komputer menunggu buffering TV kat internet. Kirim salam je la dia nak join sekaki dengan internet yang ala-ala siput sedut. Sesekali cuti macam ni rasa semua saluran menayangkan cerita best walaupun hanya sejarah penjajahan komunis hehe.

“Ya Allah budak ni tak mandi lagi. Nadiela get up. Pergi mandi, pakai baju kurung. Make up cantik-cantik. Kita nak pergi rumah Mak Cik Kalsom ni” kata Puan Mariam. Tangan nya masih membetulkan tudung dikepala. Ditarik ke kanan senget sebelah, ditarik kekiri senget juga. Akhirnya kakinya dihanyun kembali kebilik.
“Nadiela move now” kedengaran suaranya lagi. Sedikit nyaring. Nadiela hanya tersenyum. Walaupun payah dihayun juga kakinya kembali ke bilik. Tu baru mama jerit sikit. Nanti kalau sampai fasa ketiga mahu tecabut dinding kayu rumah ni.

Setelah mandi Nadiela menyarungkan baju kurung. Baju kurung raya tahun lepas. Masih baru lagi sebab dia pun jarang nak pakai baju kurung. Lain la mama, sejak pindah kesini tiap-tiap bulan dia jahit baju kurung. Ye la sebab papa dah tak bagi mama pakai seluar. Papa kata kena sesuai kan keadaan la. Dulu masa kat Kuala Lumpur boleh la mama nak bergaya sakan tapi kat kampung macam ni, boleh menimbulkan suara-suara sumbang kat belakang. Orang kampung kan prihatin tak macam orang kat bandar. Jiran mati sebelah rumah belum tentu tahu.

Tahun lepas papa dinaikan pangkat jadi pengurus dekat Ipoh jadi kami semua kenalah pindah kesini. Masa tu susah nak cari rumah yang berkenan kat hati mama yang citarasa mengalahkan kerabat-kerabat jadi papa cadangkan kitaorang tinggal dekat rumah pusaka arwah tokwan sementara papa dapat cari rumah lain. Rumah kayu tiang rendah. Rumahnya masih terpelihara elok. Dengan ketelitian ukiran dan kayu jati yang gagah papa jadi sayang nak tinggalkan rumah ni. Lagipun papa kan dibesarkan kat sini. mesti lah sayang.

Tanpa pengetahuan mama, papa dah hentikan pencarian rumah idaman mama. Tapi kantoi lah jugak. Suami  isteri mana boleh nak berahsia. Mama ugut nak balik KL tapi papa dapat pujuk. Katanya dia dah buat plan nak renovate kan rumah ni siap dengan kolam dalam rumah lagi. Pasang penghawa dingin, buat lanskap kat sekeliling rumah. Banyak juga lah yang habis. Lagipun kayu sekarang kan mahal. Lagi-lagi nak kena guna jati. Meleret saja senyum mama bila rumah dah siap di ubaH suai. Walaupun bukan rumah moden tapi aku tahu hidung mama kembang kuncup bila kawan-kawannya yang dekat Kuala lumpur berkunjung kesini. Semua memuji dengan hiasan ala bali.

“macam ni saja kamu bersiap?” Puan Mariam sudah berdiri tercongak kat depan pintu bilik Nadiela. Dilihat anak daranya sudah baring dikatil. Baju kurung tahun lepas dan rambut yang hanya dilepaskan bebas.
“ la nak siap macam mana, rumah Mak Cik Kalsom bukannya luar negeri…tu ha sebelah rumah je, mama lain la. Tak pe la kalau nak cantik-cantik pun. Lala malas la.” Nadiela sudah duduk di katil. muka nya kelat. Tak faham kenapa mama nak berhias cantik.

Puan Kalsom mengeluh.

“yer la. Tapi ikat elok la rambut tu, kan termasuk dalam gulai karang ada juga nak kena saman.” Nadiela hanya tersegih. Dia berdiri menghadap mamanya. Buat muka sepuluh sen pun boleh jugak. Hehe. Puan Mariam mencapai sikat, rambut anaknya diikat toncang 1, dan diikat kain riben di atas kepala. Selesai mereka menapak ke rumah jiran sebelah. Ada kenduri. Sebenarnya besok tapi hari ini gotong royong sediakan bahan untuk dimasak.




UNTUK KAMU YANG BAJET HOT

pernah tak anda bangun pagi, pergi depan cermin sengih sorang2 dan kata

"awat lah aku ni cantik/ kacak sangat?" walopom masa tu air liur basi kering kat pipi n tahi mata bertempek penuh.


pernah tak kamu rasa semua orang tergila-gila kan kamu?
pernah tak kamu rasa, orang disekeliling kamu tidak setanding/ setaraf dengan kamu?
pernah tak kamu rasa kamu adalah sempurna sebagai seorang manusia?

kalau pernah, silalah jalan terus kecermin dan hempuk2 muka kamu disitu, sebab kamu adalah antara manusia yang menyesakkan dunia dengan falsafah kesempurnaan yang menyampahkan manusia normal.

cantik/ kacak tu sifat subjektif. ada yang kata muka macam lisa surihani tu cantik sampai tujuh keturunan mimpi tak habis atau ada orang kata muka aaron aziz kacak nak mampos sampai mah jemah tengok boleh sakit jantung.

dan ramai yang tahu tapi tak sedar cantik/kacak luar tu akan terhapus dengan usia atau tragedi melampau macam badan kena sagat dengan jalan tar sebab sibuk duk tilik cermin masa tengah driving, atau muka bengkak2 sebab kena santau wahahaha.


kadang2 bila ada orang tengok kamu lama2, jangan perasan orang tu rasa kamu ni cantik/kacak sesengat sebab mungkin dia duk pikir kenapa lah ada manusia macam ni.

kacak/cantik + perangai buruk 

hodoh/ teruk + perangai buruk

kacak cantik + perangai elok

hodoh/ teruk + perangai elok

we own the choice, veil yourself from the eyes, and do not forget to veil your heart for the sin. kacak/cantik tu datang dengan pakej hati yang bersih. 

p/s choosed your soulmate based on attitude not the appearance, we'll lived with the attitude not the face.

p/s i at the end, the best cloth for muslim is taqwa.

p/s ii I call intelligent as handsome.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio