Thursday, March 22, 2012

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. it's a lovely friday noon after all since it's not raining and not too hot but hot enough to dry my clothes (ceh nak cakap aku baru basuh baju je benonyer), but truly, this is a great day. mood aku plak positif yang amat sampai rasa nak nangis, yer la terlampau positif hak3 (cam gitu pulak)

it's a nice day after all and i'm not doing anything and He gives me this time to take a deep breath and be grateful for what i have.

hidup itu tenang kalau bersyariat....

 udara
.
.
.
.
kasih sayang
.
.
.
.
makan dan minum
.
.
.
.
kesihatan
.
.
.
.
ketawa
.
.
.
.
kawan-kawan
.
.
.
.
umur yang panjang
.
.
.
.
masa
.
.
.
.
untuk belajar
.
.
.
.
mak
.
.
.
ayah
.
.
.
.
adik2
.
.
.
.
anggota badan yang sempurna...



dengan semua kesenangan yang aku dapat, aku masih manusia yang selalu lupa untuk bersyukur. 
it's not difficult to say Alhamdulillah but it's difficult to sincere upon it. dan kadang2 aku suka ucap tanpa aku sedar pun apa maksudnya, apa rasanya.


nota kaki: peringatan untuk aku yang selalu lupa untuk membalas semula kebaikan dan kemurahan Dia.


p/s: aku suka update entri hari jumaat...sebab aku memang tak ada keje bila tiba hari jumaat. satg nak tambah lebel words of friday.


 p/s ii: kamu selalu bersyukur?

Friday, March 16, 2012

PALAPES: seronok ke hidup pentingkan diri?

Assalamualaikum.

patah tumbuh hilang berganti, tapi tiada ganti yang serupa, sama.

hidup tanpa kenangan hanya pada orang yang hilang akalnya, aku pencinta kenangan
Heh, tajuk memang tak boleh nak blah kan. Macam la aku tak pernah penting kan diri dan macam lah aku tak tahu apa rasa bila penting kan diri. Tapi serius jawapan aku, rasanya memang tak seronok....seronok pun mungkin sekejap je sebab perasaan bersalah tu melangkaui segala2nya. Tak tahu la kalau kamu boleh bergumbira sedangkan orang lain sakit kerana kamu.

Ni bukan satu contoh, tapi satu kenyataan, sikap aku yang orang lihat sebagai penting kan diri. Mulanya aku lihat sebagai berani tapi bila difikirkan balik ya aku memang pentingkan diri, selfish! 

Masa annual camp lepas kan, adalah satu malam tu, tengah2 seronok kami tidur walaupun hanya berlapikkan sehelai ponco berloreng2 dibawah teduhan pokok kelapa sawit, dihujani dengan embun malam, diterangi dengan rembulan cerah dan berlagukan cengkerik menyanyi girang, hanya manusia yang tahu apa itu penat+sakit badan+mengatuk bertapa empuknya tanah yang melapik belakang.

Tiba2 entah manusia mana terjerit2 suruh kumpul kat depan, dengan malasnya aku bangun. Sangat malas ya, sebab aku seret je M16 aku. Gila kau nak tinggal, bukan setakat kena hempuk dengan m16 boleh cipta sejarah aku golek guling2 balik uthm. 

Sampai je kat depan dorang suruh kumpul senjata kat depan pastu duduk dan dengar lawak jenaka yang tak berapa jenaka. Mungkin lawak jugak kalu ingat balik tapi orang gila je agaknya yang boleh tengok zizan ngan johan buat lawak bila penat2 balik kerja, pastu rumate terjerit2 suruh bangun tengok rambut johan yang banyak kutu....ni perumpaan jela...macam korang ngantuk nak mati pastu ada orang ajak bergeli-geli....karipap betul la.

Pastu dengan tersenguk2 dan muka yang penuh dengan kefadeupan, tahan jela sampai la, one of the captain said "siapa2 yang mengantuk boleh ambil senjata dan masuk tidur" banyak kali juga dia ulang2 macam "aku tak ada nak cakap apa2 pun, korang kalau ngantuk pergi la tidur" atau "eh tak nak tidur ke? Korang tak penat ke?"

Lepas tu ada la beberapa orang angkat kaki, amik senjata dan blah dengan gumbiranya...ye la dapat sambung tidur balik kan. Serius dalam hati aku, nak blah dari situ sangat2. Kepala ni dah sakit dengan lawak2 yang sengal, bergeli2 dengan sweet2 kapel ngeee. Homai homai nak blah sesengat.

Tapi dalam otak aku ni pikir, mesti dia nak uji apa2 ni. Takkan lah aku nak pergi tidur, padahal orang lain semua duk kat sini lagi...ehhh tapi kan kita hidup ni kena berani, kena buat apa yang kita rasa betul, jangan hipokrit, kena buat ikut kata hati. Dan berpandukan dengan mengatakan aku mesti jadi berani, aku pun bangun, amik senjata dan nak blah dari situ.

Huhu tapi aku tak blah lagi, tetiba tekak aku gatal sangat, bukan gatal sebab ada kurap kat kerongkong tapi gatal nak batuk tu lah, hentah la weh, bayang je la aku terbatuk-batuk, terbahak-bahak kat situ..pastu captain tu panggil, dia bagi strepsil...uhhh~sweetnya, ni ngantuk hilang ni ni, hak3 gatal2

Aku duduk sambil peluk M16 kat tepi pokok sawit, niat nak blah la jap lagi ni kan. Tapi kang tak jadi nak blah pulak. Bukan sebab kapten tu bagi strepsil tapi sebab stap aku dok bagi tazkirah kat situ. Dia cakap perlahan je lakan sebab kapten tu dok tengah melawak lagi kat depan.

"saya ni rasa terkilan sangat dengan sapa yang masuk tidur tadi. Awak tahu tak kapten2 ni nak uji awak. Nak tengok macam mana semangat pasukan. Kalau sorang tak tidur, semua jangan  tidur. Saya ni pun mengatuk, tapi tetamu datang tempat kita takkan la kita nak tidur. Semua yang masuk tidur tu tak ada adat, pentingkan diri"

Dush3!! Memang kena kat muka. Walopom aku tak pergi tidur lagi tapi aku salah seorang dari mereka yang dah masuk tidur. Aku dah angkat senjata. Aku memang niat aku nak pergi tidur. Ngeeee. Niat untuk berani nyatakan apa yang aku rasa tak kena pada tempat. Persepsi aku dan kamu lain. 

Aku mengaku, ya aku memang selfish, tak fikir, orang lain juga penat. 1/2 jam lepas tu kepten tu pun blah. Dan kitaorang pun masuk tidur. Tapi serius sampai ke subuh aku dok fikir benda ni je. Apa tadi kalau aku masuk tidur. Aku tidur senyenyaknya walopom tak ada tilam, walopom nyamuk dok cari lubang telinga aku, walopom sejuk sampai ke tulang hitam aku tahu kalau aku blah dari tadi memang aku akan tidur selenanya dan mereka yang setia akan terus menahan kantuk.

Jadi seronok ke jadi orang yang pentingkan diri? Seronok ke orang lain bersusah untuk kita dan kita bergumbira?

Skuad yang sama seperti aku….
Seronok ke nak pergi main futsal yang bukan satu kewajipan, tapi untuk suka2…datang latihan untuk tanda tangan, dan berjimba2 dengan bola bulat sedangkan skuad yang lain ukur padang kawad?

Seronok ke dapat elaun yang bukan hak kita?

Seronok ke bergolek golek atas katil, sedang q minta orang ke markas untuk fitik dan kita bagi alasan ada kelas?

Seronok ke kita lihat orang yang sama saja fitik.

Seronok ke kita ponteng aktiviti rabu, sedang skuad yang lain diperlekeh oleh peringkat junior?

Kalau aku, aku fikir 10 kali mana nak cari seronoknya. Sebab aku tahu, serius tak seronok pun jadi orang yang pentingkan diri.

Kalau dulu aku pernah kata “A kita tak sama dengan A orang awam dan C kita tak sama dengan C diorang”, tapi sekarang, kita dengan diorang tak ada bezanya. Kalau kita dapat dekan sekali pun tapi bila latihan bagi alasan assignment, discussion untuk skip latihan, result kita tak ada beza dengan orang awam.

p/s kalau masa depan tu kata kita skuad reput, takkan kita nak redha saja?

p/s ii kalau arwah masih ada, tentu kita bukan kita yang sekarang.

Nota kaki: rasa macam semalam baru MSK, sem depan dah nak jadi senior, masa berlalu dengan pantas dan aku tak sedar banyak benda yang keciciran dibelakang.




Sunday, March 4, 2012

jaga mata, nanti hati buta :O

Assalamualaikum. Hari minggu yang berlalu terlalu lambat. menci betul. hari jumaat yang free melampau, ditambah dengan hari sabtu dan ahad yang hanya diguna untuk berpoya-poya depan laptop. serius aku tak sabar nak tunggu esok. 

minggu depan latihan PALAPES dah bermula, maknanya tak ada lagi hari2 macam ni. siapa tahu minggu depan aku merunggut pula sebab jadual dah padat, assigment mungkin bertambah, lab dah bermula dan aku dah tak ada hujung minggu untuk berpoya-poya dengan muvie hantu.

“Dan sesungguhnya Tuhanmu sentiasa melimpah ruah kurnia Nya kepada umat manusia, tetapi kebanyakkan mereka tidak bersyukur”. (Surah Al Naml ayat 73).

dan akulah manusia yang tidak tahu bersyukur itu. 

semalam sempat juga aku menghaibkan diri dari lappy, joging dengan Inche Jeja dan Senorita Hafe. tapi petang ni pergi jogging sensorang sebab nak g sembang dengan pokok yang kat tepi parit tu. yer la, kalau pergi dengan diaorang jugak mesti diorang ingat aku dah gila sebab stress tak ada asemen akhaz!

masa dok jogging semalam teserempak dengan sorang mamat tu,nak kata kawan tak jugak, tapi kenal la. sembang pun ada lah gitu2 je sebab truly i said aku memang segan giler dengan dia. malu3 (lompat-lompat katak gedik) hehe. so in the awkward moment aku senyum nipis je la kat dia..ehemm dia balas balik ya hak3.

disebabkan dia balas balik senyuman aku, maka kejelesan Inche jeja meruap-ruap hak3 (ja bole ek macam ni), lalu dengan nada cemburunya dia cakap

 "amboi boleh balas-balas senyum, kenal ke?"

"kenal la, hihi, tapi aku segan gila dengan dia" jawab aku dengan senyum simpul siput sedutnya.

"kenapa? kau suka dia" tanya Inche Reza lagi. wakaka ja kau jeles ek?

"tak la weh. 1st time aku kenal dia macam besa2 la, pastu makin lama2 makin alim pulak, yer la join kelab tu, buat benda2 tu...kat fb dia tak yah cakap suma post islamic2 je. segan la aku, aku ni dah la tak berapa nak beriman, sebab tu kalau terjumpa dia aku malu sesengat" jawab aku sambil blushing2 *wink3

"alim, tapi dia balas senyum ko, ermm may be tak cukup alim la kan. sebab kalau lelaki alim ya lah jaga pandangan kan" kata Inche Jeja.

"uhh uhh...ya jugak" balas aku.
Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan" ( surah An-Nur :  ayat 30).

tapi ya lah salah aku jugak sebab kalau aku tak senyum, mesti mamat tu tak payah nak balas. kang kalau dia tak balas mesti dia takut aku kata dia sombong. salah aku sebab tak jaga pandangan? hehe
.
Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 31) 

ya aku lah pendosa yang tidak menjaga pandangan. kalau tengok lelaki tak pakai baju baru aku tutup mata, tu pun buka jelah jari bagi nampak sikit2. righto!  mazura ni bukan gadis beriman tapi masih beragama. banyak lagi benda salah aku suka buat, dan banyak benda betul aku masih susah nak ikut.!

kata orang nak buang tatu dikulit itu sakit, nak buang tatu dosa dihati tu lagi perit ~hlovate, cotengan jalanan
nice to be heard and should be think deeply.
Nota kaki: dia tetap dia, alim dia bukan aku yang layak untuk menghakimi. hati dia, hati aku Allah yang tahu mana lagi bersih.i'm sorry to You, Allah.

p/s Senorita Hafe, i just impressed with you, semalam ko lari agak laju ya. keep it up :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio