Friday, January 13, 2012

penjawat awam makan gaji buta?

Assalamualaikum dan salam jumaat, walopom ikut sebetulnya hari ni dah hari sabtu sebab kan perubahan hari dalam islam ialah pabila masukknya waktu maghrib. Tapi sebab dah ternoda dengan cara hidup omputih (omputih la sangat)  perubahan hari tu tetap nak dikira bila jarum jam menunjukkan pukul 12.

yay! hari ni dah pergi ambil baucar buku 1 malaysia. tak payah cerita la seronok macam mana bila pegang baucar tu. pegang je pun aku dah terbayang2 buku apa aku nak beli belum lagi pergi meroyan dekat popular, tak pun kalau sempat balik kelantan nak pergi SMO dengan PSI, akhaz!

hari ni sebenarnya kali kedua aku ke fakulti dengan nawaitu nak ambil baucar buku. semalam atas sebab musabab yang tak dapat nak disetelkan aku terlambat 4 minit sampai ke fakulti. sampai je depan pejabat fakulti aku bertembung dengan kawan sekelas aku.

"woi nak ambik baucar ke?" tegur aku dengan cara omputihnya haha

"yer la, da tutup da ni ha, tak boleh ambil." kata dia dengan senyuman ayu macam gadis ayu. (tetiba teringat kat kawan aku yang nyanyi lagu gadis ayu untuk persembahan choral speaking masa kat matrik huk3).

"la da tutup." 

aku mengerling jam ditangan. memang la dah pukul 4.04. salah aku, lambat. tapi usha juga kat cuba2 tolak pintu kaca tu sebab aku nampak lampu kat dalam masih menyala.kalau aku buat2 kenal dengan kakak yang jaga kaunter tu mana tahu besok aku dah tak payah nak datang sini. tapi yup kunci. dan memang terpampang tulis kat situ CLOSE/TUTUP. 

maka besoknya aku menapak ke fakulti sekali lagi. sambil2 keluar cari makan. aku dengan seorang lagi kawan merempit dengan berhemahnya, walopom kat lesen aku tulis D je dan memang B tak ada langsung. lalu aku buat muka kental dan senyum dengan ramahnya pada abang polis yang macam robot, angkat tangan, jatuh tangan kat semua kenderaan yang lalu pintu gerbang.

masa aku sampai kat fakulti dah pukul 3.00. kira okay la aku tunggu sekejap sebab hari ni kan hari jumaat. kemungkinan untuk pejabat fakulti buka lambat sedikit memang banyak. dari tempat parking aku dah nampak ada la dalam 20 orang berdiri depan pejabat tu. bukan buat demostrasi ya, tapi semua dok melangut tunggu pejabat bukak.

aku nampak 2 orang budak kelas aku, yang ni yang lain pulak, bukan yang semalam dok tunggu dekat situ.

"woi lama dah tunggu?" macam biasa la kalau woi2 tu mazura manru la yang tegur.

"agak la. lepas jumaat tadi terus mai sini" jawab dia dengan suara insaf dalam baju melayu biru hitam. kesan khutbah jumaat agaknya.

"bukak pukul berapa ni" tanya aku lagi.

"kat situ tulis 2.30, ni dah pukul 3 tak bukak lagi"

"owh, moh la kita bako je faulti ni" senda aku. nasib bek la hari ni mood cemerlang gemilang yang amat. tak ada la aku nak menyumpah2. aku tunggu je la sambil sembang kosong dengan budak kelas aku tue, alang2 dah sampai sini tuggu je la. aku pun dah malas nak berulang alik.

dalam 20 minit lepas tu lampu pejabat pun menyala, tapi pintu aku terbuka lagi. ada sorang akak ni dah bengang. lalu dia pun ketuk2 pintu kaca tu. orang kat dalam pejabat pula boleh pergi on tv kat lobi dulu baru nak buka pintu. lalu menyerbu la masuk orang yang dah lama menunggu. aku pun ikut sama sebab malas pulak nak tunggu lama2.

ada 2 3 orang pakck pun nak ambik baucar tapi kena pergi pusat siswazah sebab untuk pelajar master dengan PhD bukan ambik dekat fakulti. owh kesian betul tengok pakcik2 yang masih berkopiah. mungkin datang terus dari masjid lepas jumaat tadi, tunggu lama2 tapi tak boleh jugak dapat baucar. abang yang kat kauter jawab pun hendak tak hendak je, minta maaf sebab lambat bukan pun idak.

tengah2 aku nak sign kat kertas tu, akak yang bengang tadi tanya abang kat kaunter tu;

"macam mana nak buat aduan" suaranya tertahan-tahan. memang temperature dah naik agaknya sebab dia hulur 2 kad marik kat abang tu. 2 2 bukan dia punya, kawan dia punya. katanya kawan dia dah balik kampung, jadi tak sempat nak ambik baucar. last2 abang tu cakap tak boleh amik untuk kawan. kompem mengelegak, dah la dah tunggu lama, tak boleh nak ambik pulak.

"ya aduan untuk apa?" abang tu jawab. muka dia macam gabra je

"aduan pasal fakulti ni la, lambat buka" kata akak tu

"owh boleh terus buat aduan secara on9" kata abang tu.

dan akak tu pun blah, bersama amarah yang belum sejuk.

dan motif cerita aku yang berjela-jela tu sebenarnya nak bercakap kenapa kalau pekerja kerajaan ni susah nak bagi komitmen masa kerja, suka curi tulang atau bahasa kasarnya makan gaji buta. aku takla kata semua macam tu, tapi kalau tanya pandangan orang awam mesti orang akan kata;
biasalah tu bukak lambat, kerajaan kan.

biasalah tu tutup awal, kerajaan kan. pukl 4.59 tu tunggu nak punch card je
biasalah tu lambat proses, kerajaan kan.

biasalah tu, klinik/hospital kerajaan bukan rawat elok2 pun, test sikit2 bagi paracetemol.

dan realitinya memang begitu. kalau tidak tak kan la adanya dasar pensaswataan yang dikeluarkan pada tahun 1983 yang mana salah satu objektifnya untuk meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja. 

aku ingat lagi masa form 4, dalam kelas sejarah. entah sapa tanya hentah, kenapa nak buat dasar pensaswataan ni. dan cara jawab cikgu aku tu aku ingat sampai sekarang.

"kita ambil TNB sebagai contoh. kalau kampung awak ni tak ada elektrik pukul 10 malam sebelum dasar pensaswataan dikeluarkan tak kan ada yang datang nak baiki, kecuali pagi esok pukul 8 pagi. itu pun kalau ada sebab selalunya sampai tempat kerja, punch card dulu, buat kopi, sembang kenapa si pulan tu yang naik pangkat walopom di malas kerja bla3, cik kiah jual kerepek pulak kat pejabat, layan bangla datang jual kain pasang bla3...minggu depan dorang datang la baiki.
tapi bila diswastakan automatik kerja bukan waktu pejabat akan dapat elaun, jadi kalau putrajaya tu tetiba tak ada elektrik CEO TNB tu pun kalau boleh nak turun tolong check."

dalam erti kata lain kepentingan kedudukan untuk dilayan juga penting. (yang ni nanti kalau ada masa aku nak cerita dalam entri lain).

 kesimpulan dari tulisan yang berjela keatas tu, aku cuma nak tahu kenapa kalau berkaitan dengan penjawat awam mesti lambat dan kualiti kerja yang kureng. tak boleh ke akak2, abang2, pakcik2 makcik2 yang kerja dengan kerajaan terutamanya yang perlu berkomunikasi dengan orang awam untuk tingkatkan lebih kualiti dan prestasi, saya tak kisah pun kalau masa kerja nak bukak youtube ke, fesbuk ke, nak men DOTA ke, nak men farm ville ke, jangan terlena dalam kesenangan tiap bulan gaji masuk, wang pencen lepas bersara suda~

kerja bukan lagi dikatakan beban
kalau dah tu memang benda yang
kita suka lakukan
~hlovate, contegan jalanan.
 

p/s tadi aku kata tak semua penjawat awam malas nak kerja, encik2 puan2 fakulti sains komputer dan multimedia sangat ramah dan layanan diberikan sangat baik. saya sangat berpuas hati. terima kasih.

Nota Kaki: aku menulis sampai hari sabtu ikut masa orang putih. lama betul nak siap satu entri huhu.

Monday, January 9, 2012

Aku yang tak mengenang budi, Dia yang selalu memberi.

Assalamualaikum, salam barakah milik Dia yang Esa.

sempat lagi nak mengupdate belog walopom tengah final exam sekarang ni. dengan air hidung yang meleleh macam paip bocor buat aku makin berserabut nak belajar. owh air hidung ya, bukan hingus lagi macam mok nik jiran lama aku kata air hidung ni air jernih yang cair macam air la, kalau hingus tu pekat, ops nanti jadi hijau haha....kalau air hidung tu macam permulaan selsema , lama-lama nanti jadi makin pekat (yaks kenapa pembukaan entri nak cakap benda ni).

orang kata bila umur meningkat kita makin suka bercakap perihal yang semakin mendorong kearah agama. aku petik kata seorang ustaz "kalau umur dah masuk 40 tahun, tapi masih jauh dengan agama ternyata hatinya bermasalah". dan melihat kawan-kawan yang ramai berubah buat aku tertanya bila giliran aku untuk jadi orang yang lebih baik dari sekarang, untuk belajar lebih banyak dari apa yang aku punya sekarang.

pernah seorang kawan bercerita, hidayah akan datang pada kita setiap waktu, samada kita sendiri untuk menerima atau menolak. jika menolak hidayah akan pergi mencari pencari yang lain. kadang aku rasa takut kalau rasa untuk cinta pada agama hilang, dan aku berasa senang dengan apa yang aku ada sedang hakikatnya aku masih tidak punya apa-apa.

Ya Allah jadikanlah cintaku kepadaMu, melebihi cintaku  kepada harta, keluarga dan air yang dingin ~Muhammad bin Abdullah

bila aku sakit, sama macam sekarang demam, aku terfikir akan kuasa Dia. penat menahan bersin, pedih hidung, rasa panas dan sejuk yang tak terkawal buat aku rasa kerdil, aku hanya hamba yang dimiliki oleh Dia. sekelip mata aku rasa aku lah orang yang paling hina. bila sakit aku merintih padaNya sedang bila aku bergelak ketawa aku lupa mati boleh datang menjemput pada bila-bila masa.

baru aku faham bila aku baca satu cerita menceritakan sahabat-sahabat Rasulullah yang begitu gembira jika ditimpa kesakitan bahkan berdoa agar biar kekal. setakat faham yang begitu, untuk merasai rasa cinta seperti mereka, untuk dibandingkan rasa takwa mereka pada Allah tentu sudah aku ini seperti semut hitam kecil. sudahlah kecil, hitam pula, tenggelam ditelan malam.

aku juga pernah terfikir apa Allah akan membantu aku jka aku ditimpa kesusahan lagi, sebab bila aku ditimpa masalah baru lah aku berdoa hingga mengalir air mata, sedang jika aku gembira terkadang aku berdoa hanya lalu dibir sahaja. sedar sahaja sudah aku aminkan. tapi Dia yang Maha Penyayang pantas menjawab setiap persoalan aku tanpa aku sedar.

teringat lagi masa zaman sekolah dahulu, aku ponteng dari kesurau. menyorok dalam loker. bila warden buat spot check aku tanpa segan silu berdoa padaNya janganlah aku ditangkap warden. sungguh tak malu, aku berbuat salah tapi minta pertolongan Dia untuk selamatkan aku. lalu aku Dia selamatkan, dan aku yang penuh dengan sikap takbur bercerita pada rakan bagaimana aku menyorok dan tak ditangkap warden lupa bertapa bersungguhnya aku memohon pertolongan Dia. lupa segala yang terjadi Dia yng menentukan dan aku lansung tidak berkuasa.

manusia selalu lupa bila ketawa gembira, bila berduka lara Kekasih hati juga dicarinya. dan Dia tak pernah kedekut untuk menghamparkan rasa cinta pada khalifah dunia. Allah kan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

p/s Ya Allah beri kemudahan untuk pekerjaanku.

Nota kaki: aku gembira melihat kawan kawan sekolah rendah, menengah, matrik bahkan universiti cepat mencari redha Dia, berubah kearah yang lebih baik dari masa lalu dan aku cemburu kerana aku masih aku yang lama.

Sunday, January 8, 2012

dosa tanggung sendiri,kubur lain2


Assalamualaikum.

Yeah akhirnya mood nak tulis entri baru dah datang. Serius susah mood tu nak datang kalau tak percaya tengok la berapa kali je aku update entri. Ni bukan entri nak bercerita kekalahan Man City sebab pengadil nampak sangat macam buyer, ataupun nak buat entri kenapa shanaaz ahmad yang jadi hero bicara hati sebab dia tak ada rupa Tengku pun. 

Ni entri pasal 

MATI~

muahaha (gelak seram).

Yang hidup pasi mati, yang bernyawa pasti akan meninggalkan dunia tapi bila kita tak tahu. Kalau tahu kompem, tak payah nak cerita jiran mak cik jual kuih lepat la, aku ni ha contoh terdekat, memang kompem wa tak mahu turun dari sejadah, takutnya bila tahu bila Izrail nak datang menjemput.

Semalam lepas dah makan malam dekat warung tu aku singgah kat kedai burger. Nak beli burger la sebab kompem memang bro tu tak jual mee segera. Bro tu memang tahu aku orang Kelantan sebab aku ni antara pelanggan setia nasi lemak dia. Tadi burger ni nasi lemak pulak kan. Actually he sells nasi lemak petang2, malam pulak baru bukak gerai burger. Sambil sembang2 kosong meraikan gol pertama Kelantan abang tu tanya lebih kurang macam ni..dan aku jawab lebih kurang macam ni. 

“kat Kelantan kalau laki tak pergi sembahyang jumaat kena tangkap kan” tanya abang tu sambil membalik lambung daging burger.

“tangkap tu ada jugak, tempat2 tertentu je, tapi kalau kampung saya tak la dia tangkap sebab….dah jumaat kan mesti la pergi sembahyang.” 

“owh tak tangkap ek? semua orang pergi sembahyang la?”

“saya tak kata semua pergi, ada jer yang tak jumaat kan tapi walopom tak pergi jumaat dorang ni masih ada malu. Diorang menyorok je la. Maknanya tak ada macam kat sini. boleh selamba radok je lepak kat kedai makan. Buat2 lupa hari ni hari jumaat.”

 “yer la kat sini hak masing2 la, nak pergi solat jumaat ke tak. Kubur kan masing-masing. Dosa pun tanggung sendiri”. 

“yer la sebab keranda pun jalan sendiri kan” kata aku sambil gelak sendiri dengan lawak aku walopom abang tu buat muka keras je.


beku salji putih, terbitnya mentari lebur menjadi air, kalau beku hati merah?

Ni la norma orang Melayu islam kat Malaysia ni, suka sangat dengan quotes kubur masing2. Aku dulu pun suka jugak sebab tak boleh nak terima orang tegur aku buat salah. Kubur memang masing2 tapi tak boleh nak pakai jugak sebab mana lah tahu kita mati masa gempa bumi, lepas tu abang2 bomba cari gali. Jumpa. Tanam beramai-ramai. Penat oo nak gali 123 kubur. Senang panggil jengkaut gali besar2 tanam ramai.

Quotes dosa tanggung sendiri pun tak boleh nak pakai jugak. Contohnya masa Tsunami dulu. Orang kata tu balasan untuk orang yang suka berbuat maksiat. Tapi dalam satu tempat tu mesti ada orang baik kan, kesannya orang buat baik kena sekali.

Kalau mati normal, memang la kubur lain-lain tapi jangan lupa sebelum nak kena kambus masuk liang lahad, siapa yang mandikan jenazah, siapa yang tolong kapankan, sapu wangian, siapa yang sembahyangkan, siapa yang usung keranda. Semua bukan kita. Hidup beramal macam mana sekali pun kita tak akan bangun sendiri jalan masuk liang lahad. 

Nak tragis sikit masa mati sebelum masuk liang lahad dah dapat pembalasan, mayat bau busuk ke, berat nak angkat sampai terkucil tukang angkat keranda (suka tengok tanah kubur kat astro prima), semua bukan kita yang setel kan tapi orang lain. 

Zura oi ko nak nasihat kan orang lagi ke? Dah rasa baik sangat ke?

Ini bukan nasihat, ini hanya pandangan dari sisi aku je la sebab ponteng monteng jumaat ni memang aku tak pernah buat sebab perempuan tak diwajibkan pun nak pergi jumaat. (kat Negara luar perempuan digalakkan pergi jumaat, Cuma kat Malaysia ni dah jadi kebiasaan jumaat = lelaki).

Ingat mengingatkan saya suka. Ingatkan saya juga kalau saya terlupa. Peace no war (=_=)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio