Tuesday, December 25, 2012

Jangan Aku Dimakan Janji.

credit.
Ia catatan lama
lama benar hingga aku hampir terlupa
bukan hanya cerita biasa
kerana ceritanya aku berjanji
tangan terkaku, lutut menggigil
sejuk terkelu, peluh membutir
apa aku akan dimakan janji?
janji yang bukan janji biasa
janji untuk bertemu muka
dengan dia yang sabar menunggu
 sabar yang bukan sebarang sabar
kerana usia janji bertahun lamanya
dan jika waktunya sampai 
apa aku sudah bersedia?
apa dia akan tiba, atau aku yang
tidak kesampaian.
apa jika harinya muncul
semangatku rapuh belum utuh
apa dia ingin menunggu lagi
lalu nyawaku dicabut pergi
 aku serah jiwa dan raga
dengan segala kata dan rasa
aku seru semangatMu
agar bila tiba hari dijanji 
aku teguh menunaikan
kerana penuntut janji
bukan jasad bernyawa
yang boleh aku manipulasi.


#make me better, make me stronger#

p/s selamat berminggu belajar. 

Sunday, December 23, 2012

reflection.

Assalamualaikum wbt.


did you realize that when we get older we doesn't know how to forget and forgive. orang kata manusia ni fikirannya rumit, tapi keadaan sebenar kita yang merumitkan benda yang senang, banyak fikir...fikir...fikir dan fikir sampai kita tak tahu pun macam mana nak enjoy dengan benda yang kita buat (pe kau merepek ni sengal)

#apa-apa la#

budak-budak gaduh, kau kutuk aku aku kutuk engkau, marah2...jangan datang main masak-masak dengan aku (ada ke lagi budak sekrang main masak2?) sapu hinggus dengan tangan, lap air mata dengan lengan. besok datang main dengan kawan yang sama. gelak yang sama. cerita semalam tinggal sejarah.

bila budak besar gaduh (remaja) kau sumpah aku, aku sumpah kau, gaduh bertumbuk muka, lempang melempang. nangis? memang tak la. jumpa lagi 10 tahun boleh pulak jabat tangan, balas senyum. dan cerita 10 tahun lepas tinggal cerita. marah bukan berpanjangan.

kalau orang tua gaduh...huh kubur panggil2 pun siap pesan, kalau aku mati jangan datang tengok mayat aku, tak payah datang nak baca yassin ke, nak tolong tanam2 ke...tak payah....huh!
huduh bebeno. makin tua makin menjadi. forget and forgive tu apa? aku tak paham la budak!

budak-budak lagi positif dari kita yang dah tua bangka ni.

 #tengok cermin tengok perangai bukan tengok jerawat#

p/s random.

Friday, November 23, 2012

Ada Kita Kisah?


Kita tak kisah untuk buat assignment kawan bila dia ada masalah tapi tak bermakna dia tak kisah untuk tolong buatkan assignment kita bila kita ada masalah.

Kita tak kisah bila kawan guna barang kita tanpa minta kebenaran tapi tak bermakana kawan kita tak kisah bila kita guna barang dia tanpa kebenaran.

Kita tak kisah bila kawan sepahkan bilik tapi tak bermakna dia tak kisah bila kita sepahkan bilik.

Kita tak kisah untuk bersusah payah untuk rakan tapi tak bermakna dia tak kisah untuk bersusah payah untuk kita.

Kita tak kisah bila kawan kata kita annoying tapi tak bermakna dia tak kisah bila kita kata dia annoying,

Kita tak kisah bila kawan panggil kita dengan panggilan yang tak elok tapi tak bermakna dia tak kisah bila kita panggil dia gila atau bodoh.



Kalau nak buat senarai kita tak kisah ni sampai tahun depan pun takkan habis, kesimpulannya manusia ni ada bermacam macam rupa bentuk, ada yang cantik, ada yang hodoh ada yang pandai ada yang bodoh tapi ini bukan penyebabnya.

Manusia ada yang positif ada yang negative tapi cerita diatas bukan kebaikan dan keburukan. Ianya tentang memberi dan menerima. Ada manusia yang suka menerima sahaja, tak suka memberi dan jarang untuk kita jumpa orang yang suka memberi tapi tak suka menerima dan yang suka menerima memang ramai dalam dunia ni.

Hidup bermasyarakat kalau tangan selalu dibawah lama-lama orang menyampah. Tidak salah kalau sekali-sekala memberi, kalau tidak mampu harta kudrat masih ada. Resmi manusia hidup tolong orang dan akan ada orang yang akan menolong bila susah.


p/s waaah~ kelas gitu, 2nd post hari ni. Tak pernah2.
                                                                               

Thursday, November 22, 2012

Aku Tak Pernah Mati.



2120 2862012 dalam bilik atas sejadah merah.

Perkara yang paling membuat kita ingat tentang kematian adalah menziarah orang sedang menghadapi sakaratul maut, menghadiri  majlis pengebumian dan menziarahi kubur. Sakit menghadapi kematian itu berbeza-beza, bezanya sudah tentu pada iman kita. Katanya kalau kita orang yang beriman izrail akan menghadirkan diri dalam keadaan yang cantik dan tenang dan jika kita orang yang dilaknat Allah wajah Izrail sangat menggerunkan dan kesakitan terputusnya nyawa adalah kesakitan yang hakiki. Entah aku tak pernah mati.

Sedangkan Nabi Muhammad mengalirkan air mata menghadapi sakitnya sakaratul maut kita pula umat dihujung dunia, nak dibandingkan iman kita dengan seorang Nabi memang tak akan sama, jangankan Nabi Wali pun tak tersaing. Kita manusia biasa tapi jangan jadi biasa sebab kematian tak akan jadi biasa, sakitnya seperti kulit dilapah lapah, seperti oragan direntap satu persatu…itu orang kata ahh aku tak tahu, aku tak pernah mati dan sekarang aku tak bersedia pun nak mati. Iman aku mungkin berubah disaat syaitan menggoda apabila nyawa dihujung tanduk, Nauzubillah.

Ada satu kematian yang aku kira sangat memberikan aku satu pengajaran. Kematian ibu kepada kawan sekampung, satu sekolah. Kami pernah rapat tapi sekarang bila semua dewasa masing-masing mempunyai fikiran yang berbeza. Keluarganya antara yang setia menghadirkan diri setiap kali bilal melaungkan azan, ohh dan bilal itu atuk saudaranya, imam itu pun saudaranya.  

Sesampainya aku dirumah arwah, jenazah masih belum disimpan, mandi pun belum. Baru sangat nyawanya dicabut. Kawan aku pun tiada, kata makciknya dia dalam perjalanan pulang. Dia pelajar yang pintar belajar di Universiti terkemuka, yang aku pernah impikan. Tapi ia…hanya yang bijak pandai layak disana..rezeki aku ditempat lain. Kakaknya yang disabah pun dalam perjalanan pulang.

Paling aku terkesan adalah adiknya yang bongsu, berumur 10 tahun kukira. Mendengar tangisannya membuat aku sayu, lalu aku terfikir andai mak atau ayah meninggalkan dunia bagaimana adik-adikku nanti..ahhh aku sendiri pun mungkin hilang tuju. Kakaknya yang dari sabah tiba, mukanya merah, dipapah oleh suaminya. Kesian. Dia mengandung, perutnya kelihatan sarat.  Dan selepas itu kawanku tiba, bersama beberapa kawan dari universitinya. Untunglah dia. Ada kawan yang menemani dikala kesediahan melanda.
Segera jenazah disempurnakan, dia dan kakak-kakaknya ikut serta memandikan jenazah, dan abang-abangnya menyediakan kain kapan. Aku menangis. Aku hanya dua beradik perempuan kuatkah kami jika diminta memandikan jenazah. Aku tak tahu apa-apa tentang menguruskan jenazah. Seminar semasa aku bersekolah dulupun aku sudah lupa, tak aku tak lupa tak aku tak hadir, sibuk dengan program lain dan aku anggap ianya remeh. Tidak sedar kematian itu tibanya tak siapa tahu.

Aku kira 90% pengurusan jenazah ibunya disiapkan oleh abang-abang, kakak-kakaknya dan dia juga. Disampaing mendapat bantuan dari saudara mara terdekat. Aku menangis lagi. Apa adik lelakiku yang bongsu akan turut serta menguruskan jenazah mak atau ayah jika sakaratul menjemput. Hanya dia seorang lelaki. Aku tidak mahu dia hanya tahu memikul keranda. Aku mahu seperti abang sahabatku, memyembahyangkan jenazah ibunya, membacakan talkin dan dia juga yang membacakan doa. Aku mahu adik lelakiku tahu caranya bagaimana.

Dan bertuah lah ibunya mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah, bijak dan pandai, tahu jaga batas pergaulan dan tahu menutup sempadan aurat. Dan ku kira tiada apa lagi yang diperlukan oleh ibunya untuk berada dialam barzakh melainkan doa anak-anaknya yang soleh dan amal kebajikan yang dibawa bersamanya. Sesungguhnya seorang ibu itu penuh dengan kenikmatan dalam hidupnya jika anak yang dididik menjadi seperti yang dia mahu, ikut acuan Islam ikut acuan yang dia dorongkan.  Semoga ibunya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan mendapat ganjaran syurga kelak.

Aku sudah 21 tahun, ibuku 43 dan ayahku 52,adik-adikku 18 dan 14. Tapi ada apa pada nombor kerana kematian tidak mengira angka. Izrail datang mengikut takdir yang tertulis, yang tetap tidak terubah. Persediaan menghadapi mati tidak akan berakhir, kerana Allah itu sempurna dan kita hambanya perlu cari kesempurnaan dalam erti kata sebagai hamba. Pintu taubat tak akan tertutup selagi nyawa tidak melepasi kerongkong, dan bersyukurlah kamu yang bertemu hidayah kerana hidayah itu perlu dicari. Hanya yang berusaha akan menemui. I’m looking for it, it has found me but I missed it then it goes for another lucky hamba Allah.

Demi masa.
Sesunggunya manusia dalam kerugian.
Kecuali yang beramal soleh.
Yang berpesan pesan dengan kebenaran.
Dan berpesan pesan dengan kesabaran.

p/s maaf aku x reti nak buat post pendek. hulaaaa~

Saturday, October 13, 2012

PALAPES NEVER STOP


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum, dan salam hari yang penuh barakah. Yesterday is the day of handing over all the document of new cadet to their staff. Rasa nak bergelak ketawa sambil belari pusing uthm sebab gumbira sampai rasa nak jadi gila. It’s been 2 month from those preparations to recruit new cadet for PALAPES UTHM. Dari buat proposal nak mintak bajet u yang asyik tak ada duit, dari berlari-lari naik turun hep, pph, ppa, pku…such a great effort from all seniors to ensure everything went well.

For me, myself this isn’t just a moment it’s a succession. Sebab banyak halangan dan kekangan untuk menjayakan program2 ni. Contohnya proposal yang kami dapat untuk rujukan ialah proposal back years yang memang tak up to date and just know that all the seniors are so noob in planning those activities.


Banyak yang dirancang tak menjadi dan ramai yang berkorban masa,tenaga, duit untuk program ni. Dan tentulah yang paling tragis korban 2 minggu cuti. Sedang orang lain sibuk berpoya-poya dengan lemang dan ketupat ktorang sibuk menampar menampal2 fail, sedang orang lain sibuk melantak rendang ktorang sibuk mengukur trek untuk UKA. It’s a mental tortured sebab orang lain sedang bergumbira dengan family ktorang pulak sibok  buat persediaan untuk pengambilan pegawai kadet baru.

Seniors seniorita~

Terima kasih pada yang membantu,

yang faham apa itu makna tanggungjawab

yang sedia berkorban cuti

yang sedia bekorban masa dan tenaga

yang senang membatu stap sazali dan stap amran.

Ini bukan hanya satu program pengambilan kadet baru, ia adalah suatu tempoh masa yang buat kita semakin kenal diri sendiri dan rakan sepasukan. Andai ada tika aku terjerit2 termarah2 kat korang, ampun maaf sesangat. Well, emotion is woman and the woman is me :P.

Juniors juniorita~

Know that, PALAPES bukan sekadar kelab dan PALAPES bukan hanya hadir latihan tempatan, latihan berterusan atau latihan tahunan. Banyak lagi aktiviti kamu kena join, kadang2 siap kena keluar duit sendiri lagi.

Kalau masuk PALAPES sebab elaun, change your mind set, sebab elaun yang masuk banyak akan dikitar semula untuk pentauliahan.

Kalau masuk PALAPES sebab suka aktiviti lasak, change your mind set sebab PALAPES bukan untuk orang yang lasak tapi untuk orang yang tahan mental. Bila kena totured bertahan je, layan je sebab makin kamu marah makin stap suka usik. Being in PALAPES u’ll learn how to control yourself, how to enhance your self-confidence and how to coop with other people.

Ingat, Education always be the first. Tujuan kita datang universiti adalah untuk belajar. PALAPES hanya sampingan. Manage your time, your study, homework, tutorial ngan test. Bila ada latihan hujung minggu make sure korang dah siapkan semua tugasan.

Jangan hisap darah kawan. PALAPES always will be one for all and all for one. Jangan curi2 tak nak datang latihan, korang seronok tidur kat rumah tapi kawan korang yang sakit kena dengan stap, dan ingat sorang buat salah, satu skuad akan kena.

Hehe..da macam membebel kan (nanti sambung masa baris pagi rabu.)

Welcome new cadet officer!

p/s tahniah The Red Warrior!



Wednesday, September 19, 2012

MARI MENGUNDI UNTUK KUPON FREE :{

hari mengundi wakil pelajar uthm telah tiba. dan tahukan kamu (UTHMian) sesiapa yang mengundi besok akan dapat kupon free untuk makanan bagi jamuan hari raya universiti dan tahukah kamu bahawa bulan syawal sebenarnya telah berakhir. jadi besok tak payah nak beraya sangat lah.
anggap je tu jamuan penggalakkan untuk pelajar turun mengundi. anyways, everyone love free things right, mak jemah pun laju sahaja berebut nak mengundi. 

to the voters. 

so who do you voting? do not give me the answer. 
what the reason of the vote? tell yourself the answer.

manifesto?
friends?
admire?

walau apapun alasannya, we're free to vote. tapi biarlah kita mengundi kerana orangnya, kerana keperibadiaan, sifat kepimpinan.

bukan kerana,

pro-A atau pro-M

bila dengar, owh dia ni pro-A, kena undi ni walopom dia hanya tahu bercakap tapi tak tahu bekerja atau owh dia ni pro M, kena undi ni walopom dia sendiri tidak faham perubahan yang ingin dibawa. undi untuk apa-apa yang kamu rasa perubahan itu baik untuk kamu. sebab mpp tu kan suara rakyat (pelajar). (penyataan hanyalah sebagai CONTOH)

ramai yang tak faham apa fungsi pro A dan pro M. ramai yang terikut-ikut politik dunia luar.

to the mpp-become-to-be

bukan senang nak jadi pemimpin, pemimpin tu pemegang amanah. amanah tu berat tanggungannya. kalau rasa, bila aku jadi mpp aku akan jadi terkenal, berjawatan besar, dapat sijil mahal then you do not deserve to lead. 

p/s i am a small person.

p/s ii banyak manifesto yang tak macam pelajar universiti pun. macam sekolah menengah dulu2 pun ada.

Saturday, September 15, 2012

CERITA KITA : 4


“uish mariam, ni la anak dara kamu tu, amboi cantik sungguh la ha. Dah kawin ke?” mak cik yang entah mana-mana bertanya.  Aku memaniskan muka bukan setakat sekilo gula dengan madu aku campurkan sekali.baru tahu manis dan cun melecunnya anak Puan Mariam ni.

“saya belajar lagi mak cik. Tengah praktikal ni.” Tengok suara pun ala-ala perempuan melayu terakhir. Nadiela mengerling kearah mamanya. Selang dari beberapa makcik-makcik mama nya sedang duduk dalam kumpulan mengupas bawang. Memang  tabik spring la dengan mama ni. Walaupun anak jati Kuala Lumpur tapi mama tak kekok nak bergaul. Pendek kata campak kat gurun sahara pun mama tak ada masalah la nak berkomunikasi dengan biawak padang pasir.

“Owh belajar kat mana? Ambil jurusan apa?” sampuk makcik yang berbaju merah menyala. Dah la tengah buang tangkai cili. Boleh tertukar gamaknya baju dengan cili nanti.

“dekat UKM, belajar perubatan” bibirnya masih tersenyum. Bukan nak memikat jadi mak mertua tapi ya lah faham je lah…makcik-makcik kat sini kalau buat muka masam mencuka memang sengaja nak jadi mangsa kutukan.

“kalau begitu macam anak kak hajah la” makcik Kalsom pula menyampuk. Matanya menuju kearah mak cik yang memakai jubah coklat. Yang tu la agaknya Puan Hajah.

“eh tak, Aqil belajarnya dekat Mesir.  Dekat UKM tu dia kerja kat sana sekarang. Kat hospital UKM.” Jawab Puan Hajah. Dia duduk melunjur kan kaki. Disebelahnya pula seorang gadis yang sangat cantik. Agaknya anak perempuan dialah. Ermm boleh buat gang dengan Siti Khadijah la ni. Gang tudung labuh. Nadiela melemparkan senyuman pada gadis itu.

“Aqil balik tak akak?” Puan Kalsom bertanya lagi.

“sepupu dia kawin, balik la dia. Semalam sampai. Naik bas dari Bangi”.

“kenapa naik bas pulak? Keretanya kemana?” tanya makcik yang pakai baju merah menyala pula. aduhai orang kat kampung ni dah macam satu keluarga pulak. Prihatin betul. suka hati anak puan hajah la nak naik bas ke, nak naik kereta ke nak jalan itik balik ipoh ke apa yang disusahkan sangat. Nadiela mengomel dalam hati.

“katanya kereta masuk bengkel” puan hajah menjawab tenang tapi renungan matanya pada Nadiela tajam menusuk.

Amboi mak cik ni, aku tahu la aku ni cantik tapi jangan la pandang macam tu. Tak ingin eh jadi menantu awak. Konfirm anak awak ni stok dari stor masjid kan. Mesti pakai jubah dengan ketayap saja…erm jubah ye la kot sebab doctor kan…ketayap hehe tarataw la. Kalau nak stok pun, stok macam Siti Khadijah kan, tudung labuh macam anak perempuan kamu.

Nadiela jadi tidak keruan. Dilemparkan senyuman manis. Harap puan hajah tidak merenungnya lagi. Puhh amik kau…aku senyum manis ni. Jangan la pandang-pandang kan nanti ada yang kena siram dengan sambal belacan pulak.

Puan Hajah mengalihkan pandangannya. Segera dia bangun. Gadis disebelahnya turut serta. Nadiela senyum kemenangan. Menang apa? Entah.

Hatiku mula tidak keruan bila mama menarik tangan ku ke anjung. Dimeja kecil sudah terhidang 2 cawan teh dan secawan kopi. Tentu sudah kopi itu aku punya. Mama tahu. Mesti lah mama tahu aku kan satu-satunya anak dia. Tahu yang aku ni memang arlegik dengan rasa teh dan aku memang hantu kopi. Papa segera melipat surat khabar yang dibaca sebaik aku duduk didepannya. Mama senyum. Ahh sudah aku rasa panas tiba-tiba.

Belum pernah mama minta kebenaran untuk bercakap dan apa mama sudah menjadi terlalu sopan untuk berkata “boleh tak mama dengan papa nak bincang sesuatu dengan Lala”. Selalunya mama akan cakap sahaja apa yang dia ingin cakap. Mama kan memang banyak cakap. Keturunan sebelah mama semuanya begitu. Kalau balik kampung memang rumah tak pernah sunyi, ada sahaja cerita nak diberitahu. Rumah nenek memang bising walaupun mama hanya 4 beradik. Bising lah kalau semuannya memang suka bercakap. Dan sekarang penyakit banyak mulut ni sudah tentu diwarisi aku. Jadi kalau aku banyak cakap memang aku tahu nak salahkan siapa.

Mama mengujurkan cawan berisi kopi. Aku hanya memandang, belum terasa ingin minum. Papa sudah menyisip the yang masih berasap. Mama masih dengan senyum meleret. Aku kaget. Apa mama mahu? Aku tahu senyuman tu. Senyuman memujuk. Aku masih ingat bila mama berkeras mahu aku ambil perubatan dulu, senyuman ini la yang aku Nampak. Puas bertegang urat dengan aku mama gunakan taktik senyuman meleretnya..ahh mama, bukan hanya mama yang kenal Lala, tapi Lala pun kenal mama macam mana, tentu mama mahu sesuatu dari Lala, dan Lala rasa Lala tahu apa yang mama mahu.

“So praktikal lala bila habis? Nanti kerja dekat mana?” papa bersuara. Cawan diletak dipiring kembali.
“minggu depan habislah, erm dekat situ jugak lah, hospital KL. Terus je sambung nanti.” Aku menjawab. Bau kopi menggamit rasa. Tapi melihat asap yang menipis membuat aku menahan dahulu untk menikmati rasanya.
“you know what, zarfan dah decide nak stay kat Malaysia. Mungkin minggu depan dia balik” Mama bersuara ceria tiba-tiba. La ini ke ceritanya, aku menghela nafas lega.

“oh iya ke, baguslah, ingat nak kawen dengan minah blonde je”. Aku gelak. Zarfan, sepupu aku yang satu-satunya paling aku tak suka, ahh berlagak nak mati..nak mati..nak mati…tengok aku ulang sampai 3 kali. Tu sebab aku nak cakap dia memang berlagak. Aku rasa sebab dia rasa dia ni spesis manusia yang ada pakej lengkap. Mak bapak kaya raya, muka hensem katanya..katanya la, sebab aku rasa biasa-biasa je. Pandai. Iya memang dia pandai, sambung belajar di oxford university, ala bukan dia seorang yang belajar kat university tu, berpuluh ribu tahu tak…tapi dia pandai la sebab umur 16 tahun dah masuk university. Dan salah satu sebab aku ambil perubatan adalah disebabkan kan kata-kata penghinaan terhadap aku.

“perubatan, isn’t it you think that course quite challenge for you?”

Ahh penghinaan, penghinaan. Apa fasal la ada melaun macam ni atas dunia ni. Aku rasa sebab mak long dengan pak long dah manjakan sangat mamat seekor ni. Patutnya dihantar saja ke planet-planet yang tiada manusia. Pandai sangat kan, buat lah kajian kat sana sebab memang dia tak ada kapakaran untuk bergaul secara semulajadi dengan manusia tanpa bercerita kekayaan, kehenseman dan kerasaan kepandainya itu. Lala terima lah kenyataan dia memang pandai. Uhh….

“dia nak kawen…dengan orang melayu” sambung mama. Aku kembali menghadap realiti. Oh tak kusangka mamat saleh celup macam si zarfan tu nak kawen dengan orang melayu..ha ha ha. Aku ketawa jahat. Dalam hati je la. Tengok kau balik Malaysia jugak.

“bila dia nak kawen?” Tanya aku. Tak sabar nak tengok bakal sepupu. Pasti bin confirm perempuan tu mesti minah saleh celup macam si zarfan tu. Baguslah. Orang kata baru kena engang sama enggan, macam pinang dibelah dua, macam cincin dengan permata. Aku menghirup sedikit kopi. Merasa kenikmatannya.

“bila Lala setuju” purrggghhhh…..muka mama aku sebur dengan kopi. Serius bukan sengaja. Muka mama berkerut. Papa gelak. Aku tersengih. Itu lah mama siapa suruh buat lawak antarabangsa tak bagi signal dulu. Tak pasal kena air jampi. Aku bingkas bangun masuk kedalam rumah. Sekotak tisu aku capai dari atas meja.

“minggu lepas mak long kamu dengan pak long kamu dating kesini. Itu lah hajat nya. Nak jodohkan kamu dengan zarfan” papa bersuara. Mulut aku ternganga, ni kalau tulang rahang tak bersambung, mahu dagu aku tergolek jatuh. Aku tak percaya. Tapi papa tak pernah tipu, atau suka melawak macam mama. Mama, tak pasal kena sembur. Aku ingat mama bergurau tadi. Mama mengiyakan dengan menganguk.

“tak nak, Lala tak mahu.” Terus terang aku kata, ringkas dan padat. Kalau mama dengan papa tak faham aku tak kisah nak karang surat rasmi menyatakan anak kesayangan diorang ni memang tak nak khawin dengan malaun berlagak tu. Dalam fikiran aku, mama, papa, Lala di dah tua sangat ke? Am I have to be hurry about marrying?

to be continued...


CERITA KITA : 3


Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Aku masih bermalasan didepan TV. Tak payah nak pelik sebab aku rasa mana-mana budak asrama memang suka bertengek depan TV kala cuti. Kat university mana boleh nak tengok TV. Susun 10 jari la kalau dia nak menapak ke bilik TV ditingkat bawah sekali. Buat sakit kaki nak membilang anak tangga yang macam tiada penghujung. Ye la kalau dah ditingkat 4 nak menapak ketingkat 1 semata-mata nak tengok TV tak sanggup la eden.

Ataupun macam Kak Hawa yang sanggup bertengek depan komputer menunggu buffering TV kat internet. Kirim salam je la dia nak join sekaki dengan internet yang ala-ala siput sedut. Sesekali cuti macam ni rasa semua saluran menayangkan cerita best walaupun hanya sejarah penjajahan komunis hehe.

“Ya Allah budak ni tak mandi lagi. Nadiela get up. Pergi mandi, pakai baju kurung. Make up cantik-cantik. Kita nak pergi rumah Mak Cik Kalsom ni” kata Puan Mariam. Tangan nya masih membetulkan tudung dikepala. Ditarik ke kanan senget sebelah, ditarik kekiri senget juga. Akhirnya kakinya dihanyun kembali kebilik.
“Nadiela move now” kedengaran suaranya lagi. Sedikit nyaring. Nadiela hanya tersenyum. Walaupun payah dihayun juga kakinya kembali ke bilik. Tu baru mama jerit sikit. Nanti kalau sampai fasa ketiga mahu tecabut dinding kayu rumah ni.

Setelah mandi Nadiela menyarungkan baju kurung. Baju kurung raya tahun lepas. Masih baru lagi sebab dia pun jarang nak pakai baju kurung. Lain la mama, sejak pindah kesini tiap-tiap bulan dia jahit baju kurung. Ye la sebab papa dah tak bagi mama pakai seluar. Papa kata kena sesuai kan keadaan la. Dulu masa kat Kuala Lumpur boleh la mama nak bergaya sakan tapi kat kampung macam ni, boleh menimbulkan suara-suara sumbang kat belakang. Orang kampung kan prihatin tak macam orang kat bandar. Jiran mati sebelah rumah belum tentu tahu.

Tahun lepas papa dinaikan pangkat jadi pengurus dekat Ipoh jadi kami semua kenalah pindah kesini. Masa tu susah nak cari rumah yang berkenan kat hati mama yang citarasa mengalahkan kerabat-kerabat jadi papa cadangkan kitaorang tinggal dekat rumah pusaka arwah tokwan sementara papa dapat cari rumah lain. Rumah kayu tiang rendah. Rumahnya masih terpelihara elok. Dengan ketelitian ukiran dan kayu jati yang gagah papa jadi sayang nak tinggalkan rumah ni. Lagipun papa kan dibesarkan kat sini. mesti lah sayang.

Tanpa pengetahuan mama, papa dah hentikan pencarian rumah idaman mama. Tapi kantoi lah jugak. Suami  isteri mana boleh nak berahsia. Mama ugut nak balik KL tapi papa dapat pujuk. Katanya dia dah buat plan nak renovate kan rumah ni siap dengan kolam dalam rumah lagi. Pasang penghawa dingin, buat lanskap kat sekeliling rumah. Banyak juga lah yang habis. Lagipun kayu sekarang kan mahal. Lagi-lagi nak kena guna jati. Meleret saja senyum mama bila rumah dah siap di ubaH suai. Walaupun bukan rumah moden tapi aku tahu hidung mama kembang kuncup bila kawan-kawannya yang dekat Kuala lumpur berkunjung kesini. Semua memuji dengan hiasan ala bali.

“macam ni saja kamu bersiap?” Puan Mariam sudah berdiri tercongak kat depan pintu bilik Nadiela. Dilihat anak daranya sudah baring dikatil. Baju kurung tahun lepas dan rambut yang hanya dilepaskan bebas.
“ la nak siap macam mana, rumah Mak Cik Kalsom bukannya luar negeri…tu ha sebelah rumah je, mama lain la. Tak pe la kalau nak cantik-cantik pun. Lala malas la.” Nadiela sudah duduk di katil. muka nya kelat. Tak faham kenapa mama nak berhias cantik.

Puan Kalsom mengeluh.

“yer la. Tapi ikat elok la rambut tu, kan termasuk dalam gulai karang ada juga nak kena saman.” Nadiela hanya tersegih. Dia berdiri menghadap mamanya. Buat muka sepuluh sen pun boleh jugak. Hehe. Puan Mariam mencapai sikat, rambut anaknya diikat toncang 1, dan diikat kain riben di atas kepala. Selesai mereka menapak ke rumah jiran sebelah. Ada kenduri. Sebenarnya besok tapi hari ini gotong royong sediakan bahan untuk dimasak.




UNTUK KAMU YANG BAJET HOT

pernah tak anda bangun pagi, pergi depan cermin sengih sorang2 dan kata

"awat lah aku ni cantik/ kacak sangat?" walopom masa tu air liur basi kering kat pipi n tahi mata bertempek penuh.


pernah tak kamu rasa semua orang tergila-gila kan kamu?
pernah tak kamu rasa, orang disekeliling kamu tidak setanding/ setaraf dengan kamu?
pernah tak kamu rasa kamu adalah sempurna sebagai seorang manusia?

kalau pernah, silalah jalan terus kecermin dan hempuk2 muka kamu disitu, sebab kamu adalah antara manusia yang menyesakkan dunia dengan falsafah kesempurnaan yang menyampahkan manusia normal.

cantik/ kacak tu sifat subjektif. ada yang kata muka macam lisa surihani tu cantik sampai tujuh keturunan mimpi tak habis atau ada orang kata muka aaron aziz kacak nak mampos sampai mah jemah tengok boleh sakit jantung.

dan ramai yang tahu tapi tak sedar cantik/kacak luar tu akan terhapus dengan usia atau tragedi melampau macam badan kena sagat dengan jalan tar sebab sibuk duk tilik cermin masa tengah driving, atau muka bengkak2 sebab kena santau wahahaha.


kadang2 bila ada orang tengok kamu lama2, jangan perasan orang tu rasa kamu ni cantik/kacak sesengat sebab mungkin dia duk pikir kenapa lah ada manusia macam ni.

kacak/cantik + perangai buruk 

hodoh/ teruk + perangai buruk

kacak cantik + perangai elok

hodoh/ teruk + perangai elok

we own the choice, veil yourself from the eyes, and do not forget to veil your heart for the sin. kacak/cantik tu datang dengan pakej hati yang bersih. 

p/s choosed your soulmate based on attitude not the appearance, we'll lived with the attitude not the face.

p/s i at the end, the best cloth for muslim is taqwa.

p/s ii I call intelligent as handsome.



Thursday, May 31, 2012

Happy Birthday



Assalamualaikum, salam jumaat yang penuh barakah.

Kenapa entri pasal birthday? Birthday aku ke? Tak pun, my birthday passed 2 weeks ago. Today is one of my bestie birthday.  So Maizatul Nadwa bt Haji Razi, Happy birthday too you, this entry I’ve dedicate to you as for myself too. Hope this will be our reminder year after year.



Dearie nadwa, 
Happy birthday to you
Thought I haven’t met you for so many years
Hope you are happy instead of tears
Pleasure reign as I’m doing this greeting send

This is the day you have been given another chance from him to enhance your life. I always said to you to be anak solehah because without her who are us to Him. His bless come after her bless, our mother. It’s not like I asked you to cry out (aku tau ko pun gembeng)  just remember this is the day your mom feel the pain to deliver you to the world. Add one in the list, thanked your mother for giving you a life in Allah wills.

Study smart, well I should ask too even I know you are already a smart person (skema bio), love your course, of cause your job when doing practical, love your patient but don’t fall in love to the doctors hehehe. May you succeed in your career and this is your choice for your future. The future always there, it was fated but in Allah wills, we always have chance to choose.

All praised to Him for your long-life, make it meaningful, to you, to your friends, your parents even your sisters and islam so do Malaysia (nyanyi lagu Negaraku). May Allah bless you here n after. May you’ll be one of the jannah member and may Allah forgive all your sin todays and the future.

Birthday is another day for us to admit His power against us. We’re the caliph in this life and 21 years for being in His power is long enough for us to think more mature and act like an adult. Teen life is fun and fun can be feel in the right way.. this note i've wrote (typing) sincerely for you. friends till jannah. Remind me as i remind you because human never slip from doing sin.

happy birthday. may all your dreams come true. love you still :)

p/s (^___________________^) senyum tak perlu kata apa-apa.

Tuesday, May 1, 2012

Sumbangan Ikhlas.

Assalamualaikum.



salam lama tak tulis entri baru hehehe.
sibuk? tak pun..
malas? ya.
dan malas memang tiada obatnya(memang sengaja nak eja macam ni).


OMA! OMA! semalam aku menderma tapi tak ikhlas. tengok aku cerita kat belog aku menderma, dan memang telah menimbulkan spekulasi tak ikhlas dan riak dan takbur...abaikan riak dan takbur sebab objektif sekarang ialah tak ikhlas.

semalam lepas park kereta sewa...ia kereta sewa sebab aku belum mampu nak berkenderaan dan bukan aku pun yang parkin kan...kakak tua tu yang drive sebab aku belum yakin dengan lesen P aku untuk bawa anak-anak gadis chomel menghabiskan duit di mall terpilih.

turun je kereta ada sorang abang dengan kakak dengan kakak datang hulur buku doa mustajab.

"eh, tak nak, xpe" kata aku dengan malasnya. kat rumah dah ada 2,3 buku yang sama jenis aku beli dari adik yang datang dengan baju compang camping minta beli buku yang dia jual.

"eh tak, ni sumbangan ikhlas...bukan nak jual" abang tu hulur lagi pada aku. kakak tu tersenyum.

anak-anak gadis chomel "sumbangan ikhlas".

aku pun ambil lah buku tu dan nak blah....tapi abang tu tahan dia cakap
"sumbangan ikhlas".

"aa..aaa yer, terima kasih" aku dan anak-anak gadis nak pergi lagi tapi abang tu tahan.

"sumbangan ikhlas, nak bagi seringgit sorang pun boleh, nak bagi berapa pun tak kisah, sumbangan ikhlas"

aku pandang buku, pandang abang tu, pandang anak-anak gadis

"sumbangan ikhlas"

aku hulur rm5, tu je duit paling kecik ada dalam dompet. derma tu bukan derma sebab aku rasa bersalah aku dah pegang buku tu, bukan derma, sebab aku tak ikhlas.

"cara abang tu tak betul" Dongi.

see abang or kakak...i'd prefer you come to me and ask weather i can donate some money for your whatever organization instead of give me the book and let the misunderstanding there. that is not the right way. abang buat orang rasa serba salah.

aku nak marah kat siapa kalau aku tak ikhlas? sebab ni masalah hati aku sendiri...marah diri sendiri je la and abang there are little anger for you...huh.

kalau abang baca belog ni (anggap je la) lepas ni kalau abang jumpa mana-mana orang untuk bagi ambil sumbangan ikhlas tu abang cakap macam ni "assalamualaikum adik, abang dari rumah anak yatim sekian-sekian nak minta sumbangan ikhlas. kalau adik bagi sumbangan abang bagi buku doa mustajab ni kat adik. boleh tak adik bagi sumbangan ikhlas?" and it is not lower your status either

Nota Kaki: ”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari).

p/s if i died before the sincerity meet me, the rm5 just burn without any goodness.

p/s nasihati saya (-_-)


Friday, April 20, 2012

saim gilo (^____________^)''

"man kan best kalau aku ambik course yang pasal make-up2...buat2 rambut, polish kuku, waahhh mesti cantik. aku kan cantik"

"mg suko kecek nipu...mg taw dok tuhan marah ore suko kecek nipu"

"aku tak nipu...sungguh..aku meme comey"

"nak tahu bakpo mg amik construction?"

"bakpo?"

"sebab tuhan sayang kat mg, kalu mg amik course make-up2 mesti mg pakai skirt pendek, rambut warna biru make-up supo lutong"

"eh dok la..ak key meme comey...mg nk taw sebab apo ak amik course ni?"

"bkpo?"

"sebab tuhan nak suruh aku jupo ore gilo supo mg"

antara aku dengan kau, kau lagi gila.

then i'm glad that i'm crazy to knowing you lalala~
(^_________^) V

p/s a great friend is a friend who always reminds us to Him.


Wednesday, April 18, 2012

Ketayap Dosa



assalamualaikum. selamat pagi khamis yang cun melecun....hehe

cam besa lama da tak update entri kat sini. agaknya belog aku ni memang antara blog yang menyemakkan rangkaian belog kat google je kan. serius aku memang berusah nak update entri tapi selalunya separuh jalan...selalu.

"kau satu kelas dengan 'dia' tu ek?" tanya kawan aku yang tidak sama kelas haha.

"aa..a kenapa"

"dia macam mana? okay tak?"

"okay je, baguskan, rajin, aktif, nampak baik, nak kata lebih sikit iman dari kita pun bole~"

"huh, kau tak tahu ek? macam haram" haram yang bukan gurauan yep...serius.

"erkk kenapa?"

"kau satu kelas dengan dia, kau tak tahu?"


"entah, aku sibuk ngan budak ensem jep muahaha"

"malas la nak cerita, tapi serius don't jugde a book by it's cover. jangan sebab dia asyik pergi program agama, sebab post dekat fb nak bagi tazkirah je, kau ingat dia baik. aku dah lama kenal dia, aku rasa orang yang jahil macam kita ni lagi baik."

 "hehe, baik ke?"

"baik ler hehe"

dia sekelas dengan aku, dan aku tak pernah nak ambik tahu konflik budak kelas, tambah2 budak lelaki..memang tak la~ budak perempuan gadoh2 aku suka~ hak3

"nanti zura tanya kak" sampuk kawannya disebelah dia a.k.a salah satu budak lelaki kelas aku.

nak cakap bersungguhnya aku nak tahu, memang aku tanya kak dan dia pun tertanya-tanya kenapa aku tak tahu.

"nampak baik kan, tapi kalau kacau budak perempuan dialah raja nya. kak pun pernah kena. sebab tu kalau zura puji dia rasa menyirap je. patut la, zura tak tahu"

"huh gelikan, ada juga manusia macam ni".

dan entri ni bukan untuk aku mengaibkan sesiapa. kadang-kadang kita boleh jadi hipokrit tapi hipokrit yang positif la, macam kau tak suka nak pergi masjid pastu buat-buat suka, kang lama-lama boleh jatuh suka.

bukan hipokrit bercakap pasal agama bagai, iman yang utuh..hak wanita sedangkan kau lah raja manipulasikan hak2 wanita (ni ucapan spare masa aku jadi menteri pembangunan wanita nanti).

jangan sebab kau, orang yang macam aku ni anggap orang yang beragama ni sebenarnya tak bermoral dan kebaikan cukup untuk dilihat pada orang yang sejahil aku...lepas ni tak ada orang baik da.


tak perlu jadi sempurna untuk beri peringatan, tapi perlu pandang diri kita dahulu.

Positif: mungkin sekarang kau dah berubah, tapi mungkin kau tak tahu, walaupun manusia tiada hak untuk menghukum,walaupun kau dah bertaubat, kejahatan semalam tetap akan jadi bayang2 hari ini.

p/s aku ni pantang jumpa orang yang pakai jubah, ada latar belakang agama, suka cakap pasal agama mesti aku keluarkan cop mohor atas dahi budak ni memang baik because you have the eager to talk about islam, to act like muslim and behave like muslim in fact i don't know who you are. i try my best to think positif about you. seriously!

Nota Kaki: manusia suka selindung kejahatan dengan manusia, tapi dengan tuhan tiada yang segan. aku juga begitu :'(


p/s ii bila baca balik rasa macam tak layak nak tulis entri ni, sebab aku pun banyak hipokritnya. peringatan. peringatan.peringatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio