Friday, December 30, 2011

study macam nak mati, tak boleh jawab jugak.

You'll never get tired if you meet the knowledge with curiosity to know why it happen and why He decide to be like that.and it sick to learn and you leave the knowledge on paper leaving the hall and forget to bring along the knowledge with you.
kau tahu berapa stress aku nak jawab soklan siput sedut ni

 Assalamualaikum, salam jumaat yang penuh keberkatan, penghulu segala hari dan jangan lupa hari kiamat juga jatuh pada hari jumaat. Jumaat mana? Yang pasti bukan hari ini. Owh...happy study week also to all degree student that going to face final examination next week. 

Quotes kat atas tu diquoteskan oleh Saya-Yang-Perasan-Puitis. It just decrice me...really me when facing the examination week. Bukan setakat zaman kat uni ni, tapi ermm sejak high school lagi kot. Owh mazura memang begitu, dia sedar dia begitu dan dia tahu begitu tak akan membawa dia kemana-mana selain bertahan untuk keputusan yang lulus tapi bukan dengan cemerlang.

Ingat balik masa kat sekolah dulu sistem peperiksaan lebih kurang macam kat u jugak tapi terbalik sikit final 60%., test 20% n 10% assigmnet 10% lagi untuk quiz...ahh macm tue la kalau aku tak hilang ingatan sebab termakan buah kuinin yang ada ulat atau termininum air nescafe yang sekor semut tue guna untuk lemaskan diri.

Tapi yang bestnya soalan test tu cikgu subjek yang buat maknanya tak selaras 1 malaysia macam soalan final. So 2, 3 hari sebelum exam tu cikgu2 akan bagi tips lebih kurang apa yang nak kena study untuk jawab test. So aku akan study semata-mata untuk jawab soalan test tu maknyanya kalu tetiba cikgu tu nak buat retest memang kompem bin jelas tak boleh nak jawab. Sebabnya aku study bukan kerana ilmu, apatah Dia tapi sebab nak lulus and tak nak kena repeat paper.

Tapi rasanya bukan aku saja, mostly classmate aku, mostly 1 form..or even batch lain akan buat macam tu. Mungkin la ada sekelompok yang memang study dari awal dan 2,3 orang yang belajar kerana minat dan 1 orang belajar kerana minat +kerana ilmu itu dan kerana Dia Yang Maha Bijaksana.

Aku sendiri dah didik diri aku sendiri, dari sekolah menengah lagi, study because of the exam (tak boleh nak salahkan mak ayah sebab aku duduk asrama + tak boleh nak salahkan cikgu sebab diorang dah pesan suruh buat revision dari awal lagi). Penat? Ya sangat penat sebab aku tak temui keseronokan nak belajar.

Owh nak kasi tahu aku ni memang tak minat belajar, ada la 1 kisah tu kan...
Masa tu aku  form 4 dalam bas dengan bebudak kelas yang tak berapa disenangi cikgu haha...dan sorang cikgu kimia yang sangat bersemangat nak bagitahu kenapa acid dan alkali kalau bercampur jadi neutral.

Cikgu tu baru balik dari umrah dan kalau tengok penampilan, cara dia semua berubah, menyejukan hati, bak kata cikgu fizik tu cun tahap boleh buat isteri la..isteri ya bukan kekasih. Dalam bas tu semua orang duduk berkumpul depan dia sebab cikgu tu kata melalui riak muka, cara, perangai dia boleh tahu apa subjek yang orang tu suka. Tak payah susah nak pergi main application kat Friendster nak tahu subjek mana yang kita minat (masa tu fb tak femes macam sekarang ni).

"owh hassan...kalau muka macam ni..kening tebal rambut belah tepi ni, saya tahu awak minat kimia" kata cikgu tu...jari telunjuk dia mengetuk-ngetuk dagu. Dan hassan pun tesenyum melebar mengiakan, dalam erti kata dia berjaya menjadi anak murid kesayangan cikgu tersebut.

"kalau syukri pulak, memang tak dinafikan lah awak memang minat biology" dan syukri bertepuk tangan meraikan kehebatan cikgu itu. 

Dan aku pula terasa excited nak mati untuk tahu aku minat subjek apa. Walhal sepatutnya aku lah yang lebih tahu apa aku minat, bukan cikgu kimia itu, bukan syukri, bukan hassan dan bukan kawan2 yang lain yang sama2 terlopong menunggu cikgu tu memberi jawapan subjek apa yang paling aku suka. 

Lama cikgu tu berfikir. Bunyi ermmm dalam mulutnya buat aku berpeluh-peluh nak tunggu jawapan.
"awak mazura ermmm...awak ermmm...awak tak minat apa-apa" kata cikgu itu.
Yaks~! Betul ke aku tak minat apa2?

Mungkin kata-kata cikgu tu betul sebab hassan tengah amik course chemical engineering kat UTP dan syukri pulak dah terbang ke Rusia buat medic. Tinggalah aku yang tak minat apa2 kat UTHM amik kos yang aku mula minat, Construction Management. 

Atau mungkin cikgu tu silap. Dia tak boleh nak baca apa yang aku minat sebab masa tu tak ada subjek Construction Management...jadi konklusinya aku masih mencari-cari..bukan aku tak minat apa-apa...fuhhh!

Dalam hidup aku aku kenal seorang je yang belajar kerana dia seronok, dia minat. Dia tak perlu buku yang tebal macam big mac tu nak pahamkan konsep dan dia tak perlu nak stress dengan peperiksaan, macam mana nak jawab, owh ada soalan spot tak atau tips apa yang masuk atau macam aku tadi...pergi ke kelas intensif basic engineering sambil berharap dengan mulut terkumat kamit baca doa lectrurer tu akan bagi soalan bocor muahahah sadis la kamu ni mazura.

Tapi orang yang aku kenal tue boleh kira macam tak wujud...tak jugak sebab dia memang ada..tue la aku rasa kamu pun kenal Rancho haha..yup the guy in 3 idiots movie...kala tengok dia nampak sangat dia bahagia dengan belajar, sebab dia minat, dia suka bukan untuk jadi kaya bukan untuk dapat result gempak gumpita masa exam walopom...ha walopom Amir Khan berlakon jer...kononnya. 

Study because of the exam is exhausted, study because of Him is fun. Orang kata segalanya bermula dengan niat, niat kat mulut kena selaras dengan hati. Niat betul, cara belajar betul, tawakal kat Allah don't be surprised if you one of the deen lists (paham tak mazura oii)

P/s kesan daripada keinsafan minggu belajar. O Allah guide me to the truth.

kamu pikir bagaimana?
Nota Kaki: jangan nak marah menyesal nak rendam kepala dalam cawan kalau tak prepare awal2. kalau stdy mengharap pada soalan spot ngan tips exam the mark that you'll get you get are what you deserved.

2 comments:

who-my-ra said...

tiada yang senang di dunia nie..dugaan adalah untuk kita lebih maju kedepan....

chaotic. me. said...

agree.....dugaan tu rasa hidup. dugaan tanda Dia ingat kita

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio