Wednesday, October 12, 2011

Cerita kita: 2


Nadiela menekan remote ditangannya. Dia tersenyum kecil. tengok kartun kegemarannya beraksi di TV pagi subuh macam ni buat matanya segar bugar. Semalam tiba di stesen bas Ipoh mama dengan papa dah sedia menunggu. Balik rumah cuci muka, solat insya terus dia mati kecil atas katil. 

Papa lepas balik dari masjid terus terperap kat bilik bacaan. Mama lepas solat terus tidur. Dulu dia pun begitu tapi sejak jadi rakan sebilik dengan Siti Khadijah matanya automatik memang dah tak boleh nak lelap walaupun dia tengah cuti. Aci azan subuh je mesti dah tak boleh nak tidur.

Aahh Siti Khadijah. Bertuah la siapa jadi laki dia,jadi mak dia, jadi ayah dia. Aku pun bertuah sebab jadi rakan sebilik dia. 

“hai saya Nadiela, call me Lala. Saya nak katil atas. Awak duk bawah ye.” Nadiela memperkenalkan diri. Senyum. Dia tahu permintaannya lebih kepada arahan. Lantak kau la mak cik oi, melihat penampilan rakan sebiliknya dia tahu jenis yang lurus bendul, mendengar kata. Siapa boleh nafikan kalau cermin mata bingkai tebal dengan tudung bidang 60. Haha aku tahu tu bidang 60 jangan buat terkejut beruk pulak.

“Alhamdulillah, saya pun tak suka nak tidur atas sebenarnya. Saya Siti Khadijah, panggil Siti Khadijah.” Giliran dia pula memperkenalkan diri. Nadiela mengerutkan dahi. Cik kak oi kenapa tak panggil dengan binti dengan nama ayah sekali. Panjang betul.

“saya panggil khadi je la. Panjang bebeno nak menyebut Siti Khadijah tu” Nadiela menunjukkan muka manisnya. Tanggannya ligat menyusun baju dalam almari. Tipu la kalau tak cekap. Sebab dia ni kan produk berkualiti keluaran asrama.

“eh Khadi tak ada maksud. Panggil la Siti Khadijah. Tu nama isteri nabi” Siti Khadijah membetulkan cermin matanya. Tudung yang menutup kepala dilurut jatuh ke katil. 

Adoyai silap lawak pulak. Nadiela mengangguk kepala. Alamak dapat roomate bukan satu kapal la. Sungguh dia tak kisah kalau Siti Khadijah pakai tudung sampai kelutut pun atau cermin mata tebal macam ‘big mac’ tapi dia amat lah kisah kalau jenis yang tak sporting. Kat kolej dulu bukan dia tak biasa dengan gang-gang tudung labuh ni, tapi dia tak jumpa lagi yang panggilan nama pun nak amik kisah.

Dan bermula la kisah dia tak boleh nak tidur lepas subuh. Al kisahnya bila si Siti Khadijah ni suka pasang bacaan al Quran kuat-kuat. Minggu pertama tak ada lah pula. Tapi minggu kedua mendayu-dayu orang mengaji. Dari bacaan Syeikh Hanie Rifai sampai la Syeikh Muhammad Ayub Muhammad Yusuf       (yang ini dia tahu pun sebab Siti Khadijah juga) buat dia bengang sampai tak boleh nak tidur. Nak ditegur dia takut dikata buta agama. 

Nak dimarah takut dikata kafir (hehe boleh pulak). Penyudahnya memang dia dah tak boleh tidur.
Tapi bila difikir balik rasanya eh bukan rasa dah memang pasti Siti Khadijah ni tak nak bagi dia tidur lepas subuh. Mula-mula masuk kelas pagi memang ting-tong kepala otak. Tersengguk-sengguk mengalahkan burung belatuk. Tapi lama-lama jadi segar-bugar saja. Rasa nak melompat-lompat pun ada. Pagi-pagi asyik rasa nak menyanyi saja. Haha hebat betul penangan Siti Khadijah. 

walaupun berat akhirnya dia bertanya juga kenapa Siti Khadijah suka pasang bacaan al Quran kuat-kuat. dengan muka selamba ayam bersahaja Siti Khadijah menjawab.
"nak suruh Lala jadi orang yang bermanfaat, manfaatkan masa yang ada untuk saham akhirat, " dan Nadiela hanya buat muka selamba tikus. dia faham, dia tahu, tapi dia sengaja malas nak ambil tahu. Ingatkan nak kata rezeki lari macam yang opah selalu bising. ah hidup kau memang bermanfaat Siti Khadijah.



to be continued...


Nota Kaki: Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan bahawa beliau tidak pernah lagi jumpa mengenai larangan perihal perkara ini. Oleh kerana tidak ada dalil yang sahih, maka hukumnya harus. Walaupun begitu, amalan Rasulullah saw serta sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga matahari naik. Ini terdapat dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Adapun mengenai tidur selepas asar, memang terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:

“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Hadis di atas telah dikelaskan terlalu dhaif/lemah oleh Albani, Az-Dhahabi, Ibn Jawzee dlln. Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Ad-Du'afa' Wal Majruhin,dari susur Khalid Ibn Al-Qasim dari Al-Laith Ibn Sa'ad dari Uqail dari Az-Zuhri dari urwah dari Aisyah r.a

Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam Al-Maudu'at dengan katanya :"Hadis ini tidak benar,Khalid adalah seorang pendusta,dan hadis ini sebenarnya milik Ibnu Lahi'ah maka diambil oleh Khalid dan dinisbahkan kepada Al-Laith".

Itu jugalah yang dikatakan oleh Al-hakim dan lelainnya.

Ibnu Lahi'ah adalah seorang yang lemah dari segi hafalannya.


Al-Laith (salah seorang imam dalam hadis dan fikh pada zamannya) telah ditegur oleh Marwan kerana tidur selepas asar pada bulan Ramadhan dengan katanya :"Wahai Abu Al-Haris(Al-Laith)! Apalah engkau ini tidur selepas asar,sedangan telah dikhabaran kepada kami dari hadis Ibnu Lahi'ah!! Maka berkata Al-Laith:"Tidaklah aku meninggalan sesuatu yang memanfaatkan diriku hanya disebabkan oleh hadis Ibnu Lahi'ah dari Uqail tersebut! Maka kata2 ini tidak boleh disandarkan pada Rasulullah saw.


Kesimpulannya, tidaklah terdapat sebrang halangan utk tidur selepas subuh. Cuma sunnah yang sebenarnya adlaah tidak tidur tetapi memanfaatkan waktu tersebut dgn amalan2 seperti zikir dan seumpamanya. Begitu juga tidur slps asar. Walaupun begitu tidur ptg mmg terbukti boleh membuatkan kita lemah tapi tidaklah sampai gila. apa yang penting, kata2 di atas tidak boleh dikatakan hadis drpd Rasulullah saw. memadailah sebagai petua biasa utk tidak melemahkan badan. WA

p/s i  sumber petikan diatas dicopy dari belog INI.



p/s ii thanks to whose ever read this story....it is kinda lame but this is 'mine'.



p/s iii cara tulis p/s ni aku tiru dari belog INI




p/s iv xyah skroll...p/s da habis


Tuesday, October 11, 2011

Everlasting memory: sk sri bandan....advance nya kamu!

gedebance (advance) betul budak2 zaman sekarang. umur 10 tahun dah ada fesbuk. kenalan pun bukan lagi dikalangan kawan kat sekolah atau geng2 kampung sarip dol..malah dah melangkaui antarabangsa.gedebance nya kamu (sorry saya memang suka merosakkan bahasa)

p/s gedebance tidak boleh diguna pakai dalam karangan UPSR

gambar ramai2~

sabtu lepas ada program palapes kat sk sri bandan, alkisahnya merewang la kami kat sana mendemostrasi cara2 macam mana nak ikhtiar hidup dalam hutan walopom kenyataanya kalau aku ni dibuang kedalam hutan boleh mati kutu, mati segala kuman kat badan sebab dok memikir macam mana nak ikhtiar hidup.

lepas dah berjaya memasak ayam, ikan, telur, dan lemang versi nasi, memang tak payah nak cerita la kembang kempisnya hidung aku. awal2 lagi aku dah risau takut tak boleh nak hidup kan api...risau yang kedua tentu saja kalau nasi tu antah...dan berterusan mencongak2 kalau ayam dengan ikan rentung dalam kayu api.

tambah tragis pulak bila 'anak2 ikan' sume masih berhingus. aku pun tak paham macam mana darjah 2 pun dah boleh masuk koku. bukan kalau yang nak jadi pengakap ni budak budik darjah 4 ke? memang aku ngan enche jejai teruk dikerja kan oleh mereka yang macam bapak tiri kejam.....

aiyok akak ikan hangus....aiyok abang panggang nak runtuh...aiyok perut lapar~

aku ngan enche jejai pun bertungkus lumus la memasak makanan untuk perut-perut mereka yang penuh cacing kerawit. kamu tak tahu berapa gelen peluh kami sudah masuk dalam itu makanan. akak (wah akak) tak biasa taw....rumah akak semua pakai gas, elektrik sahaja.

kononnya kita ni jadi macam fasilitator. bila namanya fasilitator tentu sudah kerja nya menguide arah yang betul walopom kadang2 jarum kompas ada sikit lari tapi temanya masih menjadi seorang yang menunjukkan arah..tapi budik2 ni buat aku ngan enche jejai macam sindelela....atoyai. nasib baik semua makanan masak cantek sebab kalau nak tahu aku ngan enche jejai ni berlakon pandai je, nak buat tempat masak pun terkial2...hehehe.

bila dah habis program hari tu, sibuk la semua bertukar nama...eh bukan, nama awal2 lagi dah tahu,bertukar nombor, eh bukan jugak sebab budak budik ni macam tak heran dengan bunyi henpon aku yang murah tu, tapi bertukar alamat fb....yer la faceook tue. perghhh... darjah 2, darjah 4, darjah 6 dah ada fesbuk....adik oii gedebance betul la kamu ni...

akak (wahh akak lagi) dulu kalau ada program macam ni, tukar nama, alamat (sebab nanti boleh main kirim2 surat), pastu tulis kata-kata hikmah macam "agi idup agi ngelaban" "study smart don't study hard " haha....ortodoks betul la akak ni kan..

maka beduyun-duyun la adik2 mengadd kakak2 dengan abang wataniah....dan yang paling pandai melariskan diri tentu sudah abang 'aoron' (layan je la).....kiri kanan asyik dengan adik2 jerit abang aoron....abang aoron.....dan abang 'aoron' pun melayankan diri buat muka macam Aoron Aziz yang hensem nak mampos tu.

kenyataannya, akak ni tak la suka sangat nak bemanja dengan budak-budak tapi entah kenapa muka kamu semua yang comel sangat buat hati akak berdebar2 haha.....gatal betul akak ni kan.

tapi yang paling  gedebance tentu suda kamu blogger muda. berapa umur kamu ha? kenapa dah ada belog ni....gedebance betul la kamu ni...belog akak header pun tak ada 
(yang penting orang nak singgah pun malas)
ringkas dan menarik untuk dibaca....tapi belog akak memang panjang sebab akak memang suka membebel-bebel...haru betul la~

kesimpulannya akak memang beronok-ronok la kat sana. kamu memang sporting sebab sudi melayan kami yang memang best nie(haha perasan), nanti kalau nak buat event jangan lupa jemput kami lagi sebab akak memang teruja+terexited bila dapat baju+beg+cap transformer tapi yang lebih over excited tentu sudah sebab barng tu F.O.C...wachaaa!

meh skodeng sikit gambar2 kitaorang yang comel macam budik2 sk sri bandan

goyang2 kaki~ lalalala

bau asyim...ketiak siapa busuk lala~

cikgu akma~

abang oi...buat sambil berdiri boleh la...ce baring..ce baring.

abang aoron aziz kena belasah~ TTS

ular tu hidup lagi tau....tapi mcm nyawa2 ikan je

comel je~

adik2 yang comei~akaknya jugak. weks!

idupkan api pakai batu....idup ke cik leha...

kalo da lapar+penat+tu je yang ad....kompem hbs

mmg ikan tu untuk korang pun~

 kak fasi ngah bengang...adik2 makan xmo kemas haissshhh
yang baju oren tue baru pra sekolah....erm mantap la da amik koku

oh..yeah dpt brg transformer

tolong lipat khemah...erm perlu ke?
Nota Kaki: orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita menerima.

p/s: rindu aktiviti masa kat sekolah dulu. sangat3!

Friday, October 7, 2011

Cerita kita: 1



 “Lala, mama risau ni, kamu kat sana dah ada pakwe ke?”

Nadiela menarik nafas panjang. Pertanyaan mama semalam masih terngiang-ngiang kat telinga. Apa kalut sangat dengan mama ni. Tak menyempat tunggu aku sampai rumah. Soalan kritikal yang boleh membawa koma dia oleh tanya dalam talefon. Jawapan yang diberikan untuk mama kesayangannya hanyalah gelak besar. 


Memang kelakar. Apa mama ingat aku ni anak dara tua a.k.a andartu. Mama oi mama anak gadis mama ni belajar pun tak habis lagi. Mana ada masa nak bercintan cintun.

“bas ni pulak dari tadi tak bergerak-gerak lagi. Apa dia ingat aku nak tidur kat sini.” Nadiela merungut perlahan. Memang perlahan tapi ada juga telinga gajah selang 1 kerusi sebelahnya boleh menjeling dengan senyuman yang dia ingat mengoda tahap ulat bulu kaki seribu.

“orang perempuan kena la sabar sikit” balas abang yang tak berapa boleh dipanggil abang, mata kanannya dikenyit sekali. 

Pak cik je la kot. Dia buat pekak badak saja. Malas dilayan. Nanti menjadi-jadi pula. Kerusi kosong disebelah terus diletakkan beg sandangnya. Mana la tahu tiba-tiba mamat tu melompat kesebelah. Aku tahu la walaupun aku ni bukan awek cun melecun yang orang laki tak nak pandang pun….eh tak…mamat tue jeling aku tadi…cun jugak la kira ni.

“abang kenapa bas ni tak gerak lagi?” kedengaran akak yang kat depan aku bertanya.

“ada sorang lagi tak naik. Dia pergi beli panadol kejap.” Elok je abang tu habis cakap. Tercenguk la kepala ‘dia yang pergi beli panadol tu’. Nasib baik kau beli panadol kalau tak memang nak kena sembur dengan aku. Kira sebab kau sakit aku jadi baik hati sikit la.

Ditarik semula beg sandang disebelahnya. Dia tahu kerusi tu memang untuk mamat yang beli panadol. Mana ada kerusi kosong yang lain dah.

“adik boleh tukar tempat dengan abang ni tak”. Mamat panadol mengajukan ibu jarinya kearah pakcik ulat bulu.

Tapi mamat ni pun satu. Nak main tukar tempat pula. Macam la aku nak cabul kehormatan dia. Ingat aku gatal macam pakcik ni ke? Kalau aku gatal dah lama aku tarik pak cik ulat bulu duduk sebelah aku

Aku hanya mengangguk. Faham la. Tengok gaya dia pun aku tahu dia ni spesis anti dengan perempuan. Eh tak bukan yang suka sejenis tu. Lebih tepat, anti social la. Dengan kopiah putih dikepala ditambah pula dengan janggut sejemput takkan la aku nak buat hati keras batu tak nak beralih tempat. Buatnya dapat tazkirah percuma tak ke malu. Kalau dia suka biarlah dia duduk dengan pakcik ulat bulu ni. Elok-elok basuh sikit otak pak cik ni.

“ahh ipoh cepat la sampai” Nadiela bermonolog sendiri. Telingannya disumbat earphone. Bergema lagu intention dari native deen. Dia mengerling sekilas mamat panadol yang sudah memejamkan mata. telinganya juga bersumbat earphone. Pelipisnya berkerut-kerut. Kau kalau muntah memang nak kena pelakung la kepala tu. Dia juga memejam kan mata.

to be continued......


p/s: buah cempedak diluar pagar
       ambil galah tolong jolokkan
       saya budak baru belajar
       kalau salah tolong tunjukkan


Nota Kaki: i don't know how this story will be. i'm posting here hoping it makes me feel more enthusiastic  to write  the next chapter..waaalaaa~

Thursday, October 6, 2011

Jar of Heart



Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.



Dia mendapat pahala dari kebaikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.



mereka berdoa " ya Tuhan kami janganlah Enkau menghukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan,


Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami.



Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak kami memikulnya



maafkan lah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
 

Engkau lah perlindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang yang kafir.
 

<al baqarah: 286>


.
.
.
.
.
.
.
sakit itu satu rasa
hati itu satu benda
sakit hati itu perasaan.
kata maaf itu kelegaan


~caotic. me.~ 

p/s : sumber gambar >>Google

Tuesday, October 4, 2011

phewwwit..gadis pakai purdah!

semalam aci je bas berhenti depan pagar kolej cepat2 aku turun tak cakap pun terima kasih kat pakcik bas sebab nak cepat sangat kononya tapi kenyataannya aku takut tiba2 pakcik tu terjun bas sebab dia ingat aku ni laki pakai baju kurung. ye la kalau da suara macam hulk hogan tak ke sakit jantung pakcik tu.

lari laju2 lagi sebab nak pergi beli ubat batok kat sorlinaz je sebenarnya. takkan la sorlinaz tetiba nak buat cabutan bertuah..mintak kurang seposen pom dia tak nak bagi sob3.

nak beli ubat batuk cap kepala lutut afrika kapal laut afrika...sebab tengok cik dila minum terus nampak sihat. kalau aku minum mesti baik jugak ni. (dan aku dah lupa kesembuhan itu datang dari Dia). kalau ubat batuk cap ibu dan anak tu tak suka lah sebab alahai pekat macam minyak silinder hitam kereta atuk tiri aku sahaja. pekat, melekat.

tapi kat sini bukan nak cerita pasal ubat batuk (walopom dah tercerita) obejektif sebenar nak cerita pasal ni
.
.
.
.
.
.
.
.

mata yang bening~ sayu macam mata unta.

aku jumpa aweks tu pakai purdah. hehe mula2 tengok sekilas je sebab ingat kakak iqra mne la kan. tapi bila tengok mata dia....aku kenal. tu kawan kepada kawan aku (bunyi macam jauh saja). tapi nak sebut jugak sebab aku dapat kenal orang yang hebat macam tu.

kenapa hebat?
sebab nak tutup aurat itu satu cabaran
sebab nak pakai tudung itu satu cabaran
sebab nak pakai tudung labuh itu satu cabaran

apatah lagi nak berpurdah

sem lepas dia bertudung labuh je....tapi Alhamdullilah sem ni dia naik lagi satu tangga.

 untungnya bila dah berpurdah ni tak ada lagi mamat2 gatal berani nak suwiiitt, nak phewwwittt nak chubb2 ke.

mata sayu sinar berkaca
kain menutup pandangan tunduk
indah khabar dan juga rupa
hatinya penuh erti tawaduk

awak yang berpurdah, bermata sayu macam unta.....tahniah!


p/s cerita pasal purdah nak rekomen baca novel dari noor suraya "langsir biji remia". 


Nota Kaki: aku hanya mampu bertepuk tangan untuk dia~ sebab aku masih aku yang lama (=_=)V






Monday, October 3, 2011

malu nak baca quran

lecturer: write 10 interesting things happen to you

ni masa kelas technical writing. dan aku pom apa lagi mula la 
mengarang walopom lec tu nak dalam point form je
. nak buat macam mana, aku bajet hidup aku ni 
tersangat lah interesting.

lecturer: okay, one of  your friends found a 
foreigner reading Quran next to her in a 
bus is an interesting thing. nice.

aku terpempan, terpaku, tergaman. alamak 
sekarang jugak aku rasa nak koyak2 aku punyer esei. 
apalah nak dibanggakan dengan suara aku 
yang bertukar jadi lelaki maskulin dengan 
interesting thing happen to my friends.
bagi aku mestilah perkara itu menarik sebab kat 
u aku ni bukan senang nak jumpa orang yang baca 
quran kat tempat awam. mungkin kebanyakan 
IPTA lain pun macam ni jugak. atau tak?

why i found this is interesting too~

1) student tempatan tak akan jarang nak baca 
Quran kat tempat awam sebab takut dikatakan show off
2) student tempatan tak baca quran kat 
tempat awam sebab tak ada bawak mini Quran
3) student tempatan tak akan baca quran kat tempat
awam sebab malu ngan kawan2 yang brutal2
4) student tempatan sudah bina norma, 
baca quran hanya kat bilik, 
kat surau/masjid, kat majlis agama etc.

p/s: student tempatan itu adalah aku.

5) ramai foreigner yang datang dari timur tengah,
tapi jarang yang nak baca Quran kat tempat awam
walopom kat negara mereka kebiasaan sebab 
student tempatan tak buat begitu.
7) tak ramai foreigner baca Quran kat tempat awam 
sebab foreigner dah terikut tebiat 
tabiat student tempatan.


dalam satu ceramah agama, penceramah  tanya siapa 
yang bawa mini Quran bersama dengannya.
Dalam kuliah agama, orang yang berkeinginan ilmu Allah,
tak luak lima jari nak kira berapa 
orang yang bawa Quran.

p/s owh sekarang ni ada majalah Gen-Q (generasi Al-Quran). sudah lama atau aku yang baru tahu?



Sunday, October 2, 2011

cerminan diri

i'm gettin worst but i didn't realize it or i just blind 
my eyes on wat i'm doing

kalau tak nak kita tak akan buat~ org kata keputusan pertama adalah yang paling tepat
tapi kita manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan
>aku suka bermuka-muka, suka orang tengok aku macam aku lah mansia paling baik hati, paling suci tapi kenyataan macam bumi ngan planet pluto.
>semester baru ni, pergi kuliah aku azam nak pakai baju kurung je, nanti tak adalah aku pakai jeans yang macam wrapper makanan tu. padahal kalau ada kelas malam aku pakai je jeans tu.
>ataupun aku nak semua laki tengok aku macam aku lah perempuan melayu terakhir, berpura-pura ayu tapi gelak mengalahkan setan durjana.
>ada orang ajak pegi kuliah an nisa pun aku tak boleh nak ikut. ya lah dah hati tak mahu ke arah sana Allah pun malas nak beri kesempatan pada aku. cuba kalau hati teringin, saat, minit, jam datang berduyun2 menjemput.
>orang kata nak buat baik kena kawan dengan orang yang baik, masalah sekarang aku bukan orang yang baik dan kesian kawan aku yang kena kawan dengan orang yang macam aku ni. diaorang pun jadi jauh dengan kebaikan.

malaysia is gettin worst but i didn't realize it or i just blind my eyes on wat is happening

ramai yang ditangkap penjawat awam yang gajinya cukup untuk makan sebulan tapi mereka yang lagi 'besar' pandang sebelah mata pun tida
  >dalam sibuk aku bergelak ketawa aku tak sedar pun Malaysia ni makin teruk. aku buat bodo je bila orang sibuk dok cerita isu hudud sebab aku ingat isu ni macam spkulasi politik sahaja. beruk teruk betul aku ni. kalau boleh aku pun tak mahu hudud sebab nanti bila aku mencuri tangan aku kena potong. yalah...kalau orang berbuat salah mana ada yang mahu dipotong tangan.
>atau pun bila ada cerita pemimpin makan rasuah, dari yang tetinggi dalam kerajaan ataupun serendah-rendah pangkat macam tok penghulu aku buat dono je sebab dalam mind set aku ni dah disettingkan benda itu biasa. tepu dalam masyarakat Malaysia.
>bila ada orang bukan islam kutuk islam aku cepat je rasa hangin semacam tapi aku tak sedar orang islam+melayu sendiri merendah-rendah kan islam
>aku baru tahu Bukit Jalil nanti akan ada gereja terbesar+tercanggih kat Asia tapi aku tak boleh buat apa2 sebab aku tak tahu apa aku nak buat. tidaklah aku terfikir nak g bakar gereja tersebut sebab nanti aku mesti masuk penjara. dan kenyataan disini hati aku masih tidak boleh berjihad.
>bukak surat khabar macam2 cerita pelik, dari buang bayi dalam telaga, mencuri, merompak, membunuh menukar jantina, merogol aku tengok sekilas lalu sahaja sebab aku rasa dah jadi macam norma bila bukak surat khabar. macam jadi kebiasaan bila hari2 ada kes2 macam ni.
> semua orang sibuk menyampuk bila nak bercerita pasal hiburan kt Malaysia, ustaz/ustaz pun tahu aliran seni tapi bila nak bercakap tentang agama semua orang nak kena ada pengiktirafan ustaz/ ustazah sedangkan semua orang islam sepatutnya tahu, sepatutnya bercakap pasal agama bukan hanya melepaskan pada ustaz/ustazah. 
"Ada orang tanya kawan saya..."Wardina ni baru je pakai tudung, kenapa nak cakap pasal Islam...ada tauliah ke, bukannya Ustazah".... Saya pun terkedu...errr..apa itu Islam? Islam itu "segala aspek kehidupan", way of life dan bukan milik mutlak Ustazah...harap maklum...everyone SHOULD and can speak up about Islam... Wallau'alam..... We are all Daie's in our own way..we are Khalifah' that should encourage good..-biasa ke pemikiran mcm ni atau satu dlm seribu? How do we teach ISlam until yg cuma boleh bersuara hanya para Ustaz dan Ustazah..its bothering me.." ~wardina safiyyah


islamic world is getting worst but i know nothing and i do nothing

dengan Dia, batu kerikil boleh jadi bom~
 >pernah baca satu komen suruh dibubarkan OIC sebab tak ada relaven untuk wujud suatu organisasi yang tidak membawa manfaat pada negara islam. aku tak tahu apa fungsi OIC sebab aku tak pernah nak ambil tahu. OIC macam tak bleh nak buat apa2 pada Israel sebab Amerika lagi besar? Bila ada perkataan Islamic tentu sudah gayanya membela orang islam. tapi sedara yang jauh di palestine, iraq aku hanya dapat pandang dari jauh. paling tidak aku hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah tapi tak pernah nak ada inisiatif nak join sama2 membantu mereka paling tak pun nak memboikot mcD. aku tak mampu. aku boleh sebenarnya tapi hati aku tak mahu.

this world is gettin worst but i never care

bersyukur dengan apa yang ada, but for Muslims there're always space for improvement
>masalah sosial berleluasa, kalau orang malaysia dah menuetralkan hubungan lelaki ngan perempuan apatah lagi negara barat. semua orang mahu kesamaan dalam hidup. yang lelaki mahu payudara macam perempuan, yang perempuan sibuk nak buang segala bukit. isu sosial tak akan pudar dan setiap hari makin teruk. 
>orang muda tak kisah nak sepak mak bapak diorang sebab diorang rasa dah besar panjang dan tak perlu lagi ada orang nak jaga atau nak menyusahkan hidup diorang.
belum lagi cerita pasal pencemaran, pasal perang dalaman, pasal dadah pasal rampasan kuasa, berebut minyak ataupun yang paling sentimen isu agama. 
>kenyataanya agama bukan isu tapi hanya alat untuk dijadikan isu.realitinya manusia semua dahagakan kuasa kelaparan duit yang menimbun lalu lupa apa sebenarnya yang perlu dikejar.

imagine all the people 
living live in peace 
in the same deen
and the same purpose of life

the life after the day of repayment!

p/s peringatan untuk Cik Mazura Manru yang semakin rabun. semua masalah besar tapi sudah tepu hingga tak mampu dilihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio