Monday, September 26, 2011

awak...jangan marah saya yer!!!

~rindu sama kamu budak hari jadi~
Dia tak pernah lupa besday aku.

Walopom sejak aku da remove tarikh besday aku dari fb dia tetap ingat.

 Dan aku tak kisah pun kalau dia letak alarm kat henpom dia semata-mata nak wish besday kat aku

Sebab tu tandanya dia usaha nak menghargai sahabat.

Walopom dah hampir 3 tahun tak jumpa  dia tetap jadi orang yang pertama akan ucap selamat.

Bukan hanya ucap selamat tapi tiap tahun dia akan jadi orang pertama yang ingatkan aku jangan lupakan persahabatan kami.

Tiap ulang tahun kelahiran dia akan doakan kesejahteraan aku.  

Suruh aku jadi anak yang solehah dan suruh aku cepat ada pakwe( erk betol ke)

Tapi aku tak seperti dia.

Aku ingat hari lahirnya bulan 8 tapi tak tahu bila.

Dan setiap tahun aku terpaksa menyiasat bila hari jadi nya. (Sorry aku bukan tak ingat tapi semut masuk dalam air minum aku….aku terus hilang ingatan.)

Aku pergi risik sama cik bonget tapi memang bongetnya teserlah sebab dia bagi tarikh yang silap

Nasib baik aku pergi jalan2 kat fb dia…baru aku tahu besday 25 bulan merdeka.

Aku tak set alarm pada henfon sebab aku yakin aku akan ingat.

2 3 hari sebelum besday nya aku berkira-kira nak wish macam mana

Nak buat sajak macam tahun lepas?

Sajak aku tak sedap tapi aku ikhlas. Cius. 

Tapi hari jadi dia berlalu pergi sebab aku tersangatlah sibuk berlatih mempertahankan Negara.

Dan tarikh 25 berlalu begitu sahaja. 

Semalam aku bukak fb. Aku tahu aku sudah terlambat. 

Tapi INTAN NURFAHANA BT MUSTAPAKMAL

Sorry sangat2….jangan marah sama aku.

HAPPY BELATED BESDAY WEH!!!

Kalau ko geram ngan aku ko pijak2 la gmbr aku yang ko simpan bawah bantal tu. Aku tak kisah. 



P/s cat….may Allah bless u here n after. Belajar rajin2. Hope all our dreams come true. Be anak solehah. Jangan tinggal solat. Sayang ko sangat2. May our frenship last forever. Muah3!!!

Fact: tahun lepas aku tewas ngan amir sepupu kesayangan ko....tahun ni aku kalah ngan semua orang. malunyaaa!!!



Thursday, September 22, 2011

Kucing itu Menakutkan

yang manis manja itu saya kucing (memang perasaan tak ingat dunia).

tadi pergi makan kat parit....bukan berkelah tepi parit tapi warung tu tepi parit. ada orang tak lalu nak makan tapi erm agknya bebudak budik perwira ni dah biasa nak makan kat situ semetelah semua tahu parit2 kat johor ni susah betul nak cari macam air terjun nirvana ke nirgina ke..tapi kalau dah perut lapar sental saja.

kalau nak kira owner baru ni..banyak la bersihnya dari yang lama walopom makanan dan service dah tak sesedap dan secekap dulu..tapi tara hal lah....kalau dah malas nak menapak jauh kita makan tepi parit sudaa.

ops cer citenya bukan lah pasal santap kat tepi parit tapi nak cakap bagitaw tadi alahai jumpa kucing kurap yang amatlah banyak kurapnya. serius bukan nak bangga tapi aku tak ada kurap okay..stakat jerawat 30 40 bijik kat muka aku buat dek je la...kira sama ke taraf jerawat aku dengan kurap kucing ni?..merapu saja. sekali lagi ceritanya bukan tentang jerawat vs kurap.

"kesiannya banyak gila kurap kucing ni, berketak-ketak" kata aku sambil tilik menilik dengan mata kasar aku.
"kucing ni binatang kesayangan nabi taw" kata rumate aku dengan bahasa ganu yang penuh dengan huruf g nya.

mak aku pun pernah kata kalau kita aniaya kucing nanti kat akhirat kelak dia pijak jer kita macam t-rex pijak semut merah...alahai memang penyek macam tempeyek la nanti.

dan memang aku kena buat confession bahawa aku pendosa yang amatlah dengan kucing-kucing kat rumah  mahupun kat sekolah.

masa kecik2 dulu aku suka sangat sakat kucing...dalam erti kata bukan lah bermanja-manja bergurau senda tapi aku memang mempersendakan kucing-kucing tersebut.

put your hands up

1) aku suka tengok kucing tidur, eh aku tak rasa comel pun tapi jahatnya aku, aku suka pijak perut ngan ekor dia...nanti mesti dia terkezut macam kena current 1000MW. semua bulu mesti tegak macam kena sapu minyak belcream saja.
2) aku pernah campak kucing dari tingkat rumah....tak ada lah tinggi sangat sebab aku tak duduk rumah flat tapi erm rumah kampung tiang tinggi mungkin agak tinggi untuk anak kucing. tapi tak pernah lagi ada yang mati atau cedera...parah pun tiada.
3) kutuk mengutuk kucing sebab bau dia busuk atau sebab mata dia selalu ada taik mata atau sebab badan dia ada kutu adalah perkara biasa. padahal masa tu aku tak ada lah wangi sangat, hingus meleleh je keluar hidung. rambut pun serabai-serabai saja.

tapi nak kata balasan tuhan, sejak masuk form 1 kucing2 ni macam suruh sedara dua pupu mereka balas dendam kat aku. yer la rumah dengan sekolah kan jauh. lagipun aku ni duduk asrama mana nak jumpa kucing2 yang selalu aku buli. 

bila kena kejar dengan kucing tentu sudah macam orang gila aku lari...yer la baru aku perasan kuku kucing ni tajam macam pisau...sakit ooo kalau kena cekau.
ataupun bila kat dewan makan kucing selalu lompat atas meja dan merampas ikan aku. walopom ikan tu keras macam kayu aku tetap nak makan tapi bila dah kena curik macam tu menyumpah saja lah yang aku mampu. masa ni aku tak ada fobia sangat macam kawan aku yang nampak kucing 100m kat depan di dah menjerit macam kena potong elaun sebulan.

tapi masa form 4 memang tragis bila kucing kejar aku dari pintu tandas sampai pintu kelas aku dan akhirnya beliau dapat membuat lompatan jauh dan bergantung pada baju kurung aku. aku jatuh dan tak payah tanya la sakit macam mana sebab sakitnya tidak la tragis macam kawan aku gelak bagai nak rak bila aku merangkak masuk kelas dan kucing tadi masih baik dok landing atas kain aku. menangis. ya. sabar je la. 

dan rentetan peristiwa itu classmate yang sengal selalu mengenakan aku. contohnya bila cik wana senang hati kata ada buah tangan untuk aku dalam paper beg. aku yang kompius tak pernah dapat hadiah pape dari dia amat lah teruja dan terexcited. bila aku seluk tangan aku rasa berbulu-bulu...bila aku keluarkan mak oi baik punya anak kucing bajet cumil kenyit mata kat aku.

tanpa niat nak menyiksa atau membunuh aku TERbaling anak kucing tu lalu terkena meja kat depan...serius tu namanya spontaneous action bukan sebab aku nak membalas dendam. nasib baik anak kucing tu tak mati walpom bila dia bangun dia jalan macam sikit puyeng~ 

comel+ menakutkan!

sekarang ni walopom aku tak suka kucing aku dah tak buat kerja bodoh cam bebudak dulu da. Ya lah pikir balik dia kan makhluk Allah..cer kalau aku kena pijak macam dia tak ke senak+sakit+sedih. 

dizaman rasulullah seorang wanita dimasukkan ke neraka sebab tak bagi kucing makan+minum sampai dia mati. dan adakah aku akan jadi macam wanita tu? kata ustaz....bertaubat dan berbuat baik pada binatang. kalau tak boleh nak berbuat baik jauhkan diri dari berbuat jahat. bukan kah itu sudah seperti jihad melawan dosa.

p/s: kucing ampunkan aku!

Nota kaki: tinggal bersama kucing boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dan stress


Wednesday, September 21, 2011

COATIC. ME.

Assalamualaikum.

welcoming~chaotic knock the door
      main-main mata dengan skrin lappy. 

sungguh idea dalam kepala macam kena ikat kat medula oblongata. 

'tulis untuk diri kamu'

ayat ni dok flash back je dalam kepala. 

belog dulu pun sama. 

bila mula menulis ayat ni diulang-ulang tapi lama kelamaan ia hilang. 

aku menulis bukan lagi untuk diri aku.

aku mengharap ada yang sudi membaca
.
aku mengharap ada yang memuji
.
aku mengharap ada yang mengfollow

dan minat menulis sudah menyimpang. 

aku bukan lagi menulis benda yang aku inginkan, 

tapi aku mula menulis apa yang orang ingin baca.

lalu
aku kuburkan belog yang lama.

dan sekarang kenalkan

chaotic. me. belog aku. tulisan aku.

p/s lepas ni kalau menyimpang jugak aku kena gali kubur sekali lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio