Saturday, December 31, 2011

innermost: tolong ingatkan aku: it's new and i'm the old

Tolong ingatkan aku
Salah tetap salah
Haram tetap haram
Jangan dbetulkan
Dengan lidah
Dengan perbuatan
Jangan dibiasakan
Kelak makin melarut
Kelak makin hanyut                                                               
Tolong ingatkan aku
Salah tetap salah
Haram tetap haram
Apatah sekadar latihan
Apatah sekadar gurauan
Bukan itu caranya
Hilang agama
Hilang panduan
Hilang norma
Aku permpuan
Engkau bukan mahram
Haram tetap haram
Salah tetap salah
Bukan salahmu, salahku
Jadi ingatkan aku
Menyentuhmu adalah haram
Salah tetap salah
Haram tetap haram
Bilang jangan dibiasakan.

This is one of the Innermost in my former blog, Miracle Thought. I wrote this as a reminder for me a.k.a my wish for the recent years. Seem like it doesn’t change me while the days fly leaving me without my intention. It’s new years and I can’t see any improvement even feel it. The feeling of guilty being with me while I wrote this but the feeling doesn’t belong to me through out the days. O Allah guide me along the right path. Bilang jangan dibiasakan.

p/s am i celebrating the new year? pfuuuuhhh!

Nota Kaki:
rasa itu anugerah tuhan
kadang ia datang
kadang ia meninggalkan
rasa sakit ditinggalkan Dia
belum pernah aku rasa
kerna Dia selalu setia
sakit meninggalkan
selalu aku jumpa
kerna aku manusia alpa.

Friday, December 30, 2011

study macam nak mati, tak boleh jawab jugak.

You'll never get tired if you meet the knowledge with curiosity to know why it happen and why He decide to be like that.and it sick to learn and you leave the knowledge on paper leaving the hall and forget to bring along the knowledge with you.
kau tahu berapa stress aku nak jawab soklan siput sedut ni

 Assalamualaikum, salam jumaat yang penuh keberkatan, penghulu segala hari dan jangan lupa hari kiamat juga jatuh pada hari jumaat. Jumaat mana? Yang pasti bukan hari ini. Owh...happy study week also to all degree student that going to face final examination next week. 

Quotes kat atas tu diquoteskan oleh Saya-Yang-Perasan-Puitis. It just decrice me...really me when facing the examination week. Bukan setakat zaman kat uni ni, tapi ermm sejak high school lagi kot. Owh mazura memang begitu, dia sedar dia begitu dan dia tahu begitu tak akan membawa dia kemana-mana selain bertahan untuk keputusan yang lulus tapi bukan dengan cemerlang.

Ingat balik masa kat sekolah dulu sistem peperiksaan lebih kurang macam kat u jugak tapi terbalik sikit final 60%., test 20% n 10% assigmnet 10% lagi untuk quiz...ahh macm tue la kalau aku tak hilang ingatan sebab termakan buah kuinin yang ada ulat atau termininum air nescafe yang sekor semut tue guna untuk lemaskan diri.

Tapi yang bestnya soalan test tu cikgu subjek yang buat maknanya tak selaras 1 malaysia macam soalan final. So 2, 3 hari sebelum exam tu cikgu2 akan bagi tips lebih kurang apa yang nak kena study untuk jawab test. So aku akan study semata-mata untuk jawab soalan test tu maknyanya kalu tetiba cikgu tu nak buat retest memang kompem bin jelas tak boleh nak jawab. Sebabnya aku study bukan kerana ilmu, apatah Dia tapi sebab nak lulus and tak nak kena repeat paper.

Tapi rasanya bukan aku saja, mostly classmate aku, mostly 1 form..or even batch lain akan buat macam tu. Mungkin la ada sekelompok yang memang study dari awal dan 2,3 orang yang belajar kerana minat dan 1 orang belajar kerana minat +kerana ilmu itu dan kerana Dia Yang Maha Bijaksana.

Aku sendiri dah didik diri aku sendiri, dari sekolah menengah lagi, study because of the exam (tak boleh nak salahkan mak ayah sebab aku duduk asrama + tak boleh nak salahkan cikgu sebab diorang dah pesan suruh buat revision dari awal lagi). Penat? Ya sangat penat sebab aku tak temui keseronokan nak belajar.

Owh nak kasi tahu aku ni memang tak minat belajar, ada la 1 kisah tu kan...
Masa tu aku  form 4 dalam bas dengan bebudak kelas yang tak berapa disenangi cikgu haha...dan sorang cikgu kimia yang sangat bersemangat nak bagitahu kenapa acid dan alkali kalau bercampur jadi neutral.

Cikgu tu baru balik dari umrah dan kalau tengok penampilan, cara dia semua berubah, menyejukan hati, bak kata cikgu fizik tu cun tahap boleh buat isteri la..isteri ya bukan kekasih. Dalam bas tu semua orang duduk berkumpul depan dia sebab cikgu tu kata melalui riak muka, cara, perangai dia boleh tahu apa subjek yang orang tu suka. Tak payah susah nak pergi main application kat Friendster nak tahu subjek mana yang kita minat (masa tu fb tak femes macam sekarang ni).

"owh hassan...kalau muka macam ni..kening tebal rambut belah tepi ni, saya tahu awak minat kimia" kata cikgu tu...jari telunjuk dia mengetuk-ngetuk dagu. Dan hassan pun tesenyum melebar mengiakan, dalam erti kata dia berjaya menjadi anak murid kesayangan cikgu tersebut.

"kalau syukri pulak, memang tak dinafikan lah awak memang minat biology" dan syukri bertepuk tangan meraikan kehebatan cikgu itu. 

Dan aku pula terasa excited nak mati untuk tahu aku minat subjek apa. Walhal sepatutnya aku lah yang lebih tahu apa aku minat, bukan cikgu kimia itu, bukan syukri, bukan hassan dan bukan kawan2 yang lain yang sama2 terlopong menunggu cikgu tu memberi jawapan subjek apa yang paling aku suka. 

Lama cikgu tu berfikir. Bunyi ermmm dalam mulutnya buat aku berpeluh-peluh nak tunggu jawapan.
"awak mazura ermmm...awak ermmm...awak tak minat apa-apa" kata cikgu itu.
Yaks~! Betul ke aku tak minat apa2?

Mungkin kata-kata cikgu tu betul sebab hassan tengah amik course chemical engineering kat UTP dan syukri pulak dah terbang ke Rusia buat medic. Tinggalah aku yang tak minat apa2 kat UTHM amik kos yang aku mula minat, Construction Management. 

Atau mungkin cikgu tu silap. Dia tak boleh nak baca apa yang aku minat sebab masa tu tak ada subjek Construction Management...jadi konklusinya aku masih mencari-cari..bukan aku tak minat apa-apa...fuhhh!

Dalam hidup aku aku kenal seorang je yang belajar kerana dia seronok, dia minat. Dia tak perlu buku yang tebal macam big mac tu nak pahamkan konsep dan dia tak perlu nak stress dengan peperiksaan, macam mana nak jawab, owh ada soalan spot tak atau tips apa yang masuk atau macam aku tadi...pergi ke kelas intensif basic engineering sambil berharap dengan mulut terkumat kamit baca doa lectrurer tu akan bagi soalan bocor muahahah sadis la kamu ni mazura.

Tapi orang yang aku kenal tue boleh kira macam tak wujud...tak jugak sebab dia memang ada..tue la aku rasa kamu pun kenal Rancho haha..yup the guy in 3 idiots movie...kala tengok dia nampak sangat dia bahagia dengan belajar, sebab dia minat, dia suka bukan untuk jadi kaya bukan untuk dapat result gempak gumpita masa exam walopom...ha walopom Amir Khan berlakon jer...kononnya. 

Study because of the exam is exhausted, study because of Him is fun. Orang kata segalanya bermula dengan niat, niat kat mulut kena selaras dengan hati. Niat betul, cara belajar betul, tawakal kat Allah don't be surprised if you one of the deen lists (paham tak mazura oii)

P/s kesan daripada keinsafan minggu belajar. O Allah guide me to the truth.

kamu pikir bagaimana?
Nota Kaki: jangan nak marah menyesal nak rendam kepala dalam cawan kalau tak prepare awal2. kalau stdy mengharap pada soalan spot ngan tips exam the mark that you'll get you get are what you deserved.

Saturday, December 17, 2011

Mission Impossible: Ghost Protocol

Assalamualaikum.

semalam niatnya nak pergi dating dengan awek tu tapi cik apipah sibok nak mengekor sama. katanya kalau berdua mesti ada yang ketiga. kang kena tangkap khalwat siapa susah.(nak kena lempang juga cik apipah ni)
kacau daun saja. tapi kira okay jugak sebab kalau cik apipah ikut cik zura ngan cik yam ni tak payah la nak ngorat konduktor bas pergi bp sebab cik apipah ada kenderaan roda 4.

kenyataannya pergi bp sebab nak berombak rindu tapi cik apipah yang dah tengok cerita tue terus hasut kitaorang tengok ghost protocol. yer la dia kata ombak rindu tu tak best macam novel dia. tapi dia tak tahu cik zura ni bukan la nak tengok sangat cerita dia macam mana. cik zura nak tengok aoron aziz yang hensem nak mati tu je. tapi kira okay je la..ghost protocol pom ghost protocol la.....cik zura tak kisah sebab ada tom cruise kan.


well let forget what i bubble up there. lets review what is interesting about this movie.



The IMF is shut down when it's implicated in the bombing of the Kremlin, causing Ethan Hunt and his new team to go rogue to clear their organization's name. Actually Ethan Hunt had given a mission hand off by the secretary of IMF but he doesn't know (or he know but pretend do not know or i the one who do not what really happen haha) that the secretary is a traitor. after hand off the mission in a car they being ambush by i don't know who again, the secretary died but Ethan Hunt manage to save himself with a analyst.
they have to stop a nuclear bomb that will explode America because the Russian think Kremlim had bombed by terrorist from America (selalunya orang islam akan jadi pengganas kan3). to activate the bomb the terrorist need a code that is been seized by a contract killer. then the mission again....get the code from the contract killer.
but all the mission was failed, nuclear bomb have been activated, but once again typical movie that pampered the audience, the bomb isn't explode, it just hit a skyscraper then fall into the ocean. mission accomplish and the bomb was tag as a meteor to avoid any speculation. hahaha....

cool tu hebat, hebat macam poster ini.

1) the cast is okay, it is a sequel of mission impossible so the hero should be there, Ethan Hunt played by The-getting-old Tom Cruise (seriously he is getting old, in this movie you can see his wrinkle kuang3) *tak taw la kenapa aku nak tengok dia punyer kedut hak3

2) this is action movie so no wonder la there lots of action scene, jumping here and there from building to building, car racing, explosion and bla3.....typical action scene but it succeed to make you feel eager to watch another shot of action.

3) they travel form Russia to America, then Dubai and a few scene in Mumbai. the most excited scene is when Tom Cruise doing Tarzan swing around the Burj Khalifa. imagine la...if you can't just go to nearer cinema and buy a ticket.

4) Anil Kapoor also played a role in this movie as a rich man who own a satellite to activate the nuclear. just a few scene i don't know why they should ask him to play a role like that. a few scene flirting with Paula Patton doesn't shows who really Anil Kapoor as a big star in bollywood. None action involve him and seriously ahhh kenapa anil kapoor blakon untuk scene macam tu je (T_T).

5) conflict occur when Brand the analyst actually a former agent that was assigned to protect Ethan Hunt wife in the sequel before. but he failed that mission and Ethan's wife had been killed by don't know -who-killed her. that why he stop being an agent and turn to being a crime analyst.

6) the question is...why ghost protocol. sebab cerita ni cuma dalam 2 scene sahaja disebut apa itu ghost protocol. when kremlin had been bombed, the preseident of IMF had activate the ghost protocol. a protocol when the existing of IMF had been been denied by the world..tajuk yang tak patut lansung sebab kalau orang missed 2 scene tu dorng takkan tahu kenapa tajuk dy mesti ghost protocol.

7) Ethan's did not die. dari awal cerita, semuanya dah dirancang sebab IMF tahu ada pengkhianat tapi tak tau spe. ermmm.....pape la~

8)overall a great action movie actually. as expected from hollywood. i give 3.5 over 5 despite 1.5 because i've still wondering how the ombak rindu would be.

p/s the contract killer was awesome!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tak jumpa gambar yang tulisan omputih




















spe nak g tengok ombak rindu?~ despite it's  already too late~ 


Wednesday, December 14, 2011

single itu bukan dosa

Nak start maca mana pun dah tak tahu, dah lama sangat3 tak update entry kat sini. so the 1st word from my heart Assalamualaikum!
tadi ingat nak tengok2 je kat sini, tak de niat pun nak update entry, nak tengok la tkot2 google da terminate coatic me ni sebab Encik Sergey Brin ngan Encik Larry Page da fade up ngan belog caotic me yang buat kulat kat saluran2 data diorang (pe aku merepek ni) .Nak tengok follower baru pun tak sebab tahu kalau dah bekulat tak update entry tak payah berangan la nak ada follower.

tapi thanks for those who leave sweet hi in the chat box >>>>> 
kang tadi da cakap take niat pun nak update entry, tapi sebab korang bagi saya senyum so entry ni saya dedicate sama kamu puhhhhhhh!

minggu lepas after a bit discussion about my project with my group, one of my friend ask me weather i pernah bercinta ngan mana2 jejaki dari mana2 zaman, tak kira la zaman batu ke kalau masa tu saya dah lahir, zaman tadika yang hingus meleleh ke atau zaman high school musical yang hypening yang amat.

okay fine, couple C.O.U.P.L.E
tak tahu kenapa rasa macam terhina sangat dengan pertanyaan tu. rasa macam dia tengok i tak laku, tak ada orang nak or minah ni garang yang amat, masuk pulak palapes, tangan pun dah bermuscle so laki2 mesti takut nak dekat dengan kamu.

masa PLKN pun pun sama, ada sorang girl yang sama dorm tanya. soalan lain maksud yang sama. "kau ada pakwe tak?"
"tak ada"
"patut la" dengan muka tambah ngan senyum sinis nak mampos (atau perasaan aku je) dia blah.
walopom hanya "patut la" aku rasa terhina sangat. weh aku lagi cun dari kau la, kalau nak pakwe boleh je sob3

ataupun masa bermusical kat sekolah menengah dulu, rumate i tanya, zura ko ni les ke?
ahhh soalan penghinaan lagi...lagi dan lagi.
aku tak les la weh.......dulu, kini dan selamanya.


so untuk menjawab ketiga-tiga soalan yang lain tapi maksudnya sama walopom tahun yang berlainan.

ya saya pernah couple
ya saya pernah ada pakwe
tidak saya bukan lesbian

why should i have bf....sbf....
"ko ingat ko tu alim ke zura oi nak boikot2 pasal kapel mapel ni. alah baju kau pakai pun sendat, tudung pun kau selempang je la weh....bukan selalu orang jenis macam kau ni ada pakwe ke. kalau orang tenung muka kau pun dah tahu minah galak macam kau ni mesti layan je kalau ada mamat nak berkenalan kan..kan...kan...betul tak aku cakap ni..."

>>sebab saya galak, saya tak jaga sepenuhnya pakaian, saya tak kisah nak makan kongsi pinggan ngan laki jadi biar saya jaga pasal couple. yang ni saja saya mampu dan saya akan pertahankan sampai saya kawen. i don't mind if u looking at me same as the other girl yang couple. tapi yang penting saya tak buat macam diaorang buat.

''kalau ko tak ada pakwe mesti ko ada skandal, alah takkan kau boleh tahan tengok orang dok bekepit ngan tepon ketimur barat selatan punsing pergi tenggara...kan..kan. ''

>>Alhamdullilah Dia bagi saya kekuatan untuk kata kat laki yang pernah mesej ngan saya bukan atas dasar kawan atau kerja atau family "stop mesej me, stop calling me, u may mesej if only u  have VERY2 important thing."

ya saya pernah kapel...lama dulu and i'm not regret about that. the experience teach me the true feeling of love..it comes when i starts to love Him more than i eager to find boy's love. yes i'm not that alim to denied about couple or prevent any girl or any friend to love someone but for me, for my sake for my future i'm proud being single. it is not a sin then don't look at me as i'm doing a large mistake for being alone.

p/s this is for me~

Nota Kaki: adik2 aku yang macam siput sedut cakap "garangnya, patutla tak ada laki nak kat kau"

nak tengok gambar yang menyejukan hati boleh masuk  SINI



p/s: if you feel what i feel and think what i think....surely we share the same heart :)


>>>>taw tak Encik Sergey Brin ngan Encik Larry Page ni founder Google......kalau tak caya bukak kamus bergambar muka surat 17 1/2



Tuesday, November 22, 2011

A letter to Him: Happy Birthday Che Na


in the name of Allah..the mercy giving the merciful.
praise be to Allah the Lord of the universe
the mercy giving the merciful.

HAPPY  BIRTHDAY CHE NAZIRAH BT CHE ESA

thank you for your barakah, long-live her life until now.
without her intention you give all what she want and 
you give what she wish for.

O Allah in this blissful day and a day that will creat a momment
do bless my friend for her birthday
forgive all her sin
guide her to the truth
along the right path

bring happiness in her life and fade away all of the sorrow.
meeting her with the true joy of life and
make her heart calm as the flows of your river.

O Allah fulfill all her dreams 
and makes her as anak solehah
may she get dekan in this semester examination and
be an excellent student.



p/s happy birthday yank.....tulus ikhlas dari ati aku yang suci lagi bersih (prasan je lbih)


p/s ii nk adiah ko?

p/s iii hahaha...ak oyap dh mg tuo bako dh.

Wednesday, October 12, 2011

Cerita kita: 2


Nadiela menekan remote ditangannya. Dia tersenyum kecil. tengok kartun kegemarannya beraksi di TV pagi subuh macam ni buat matanya segar bugar. Semalam tiba di stesen bas Ipoh mama dengan papa dah sedia menunggu. Balik rumah cuci muka, solat insya terus dia mati kecil atas katil. 

Papa lepas balik dari masjid terus terperap kat bilik bacaan. Mama lepas solat terus tidur. Dulu dia pun begitu tapi sejak jadi rakan sebilik dengan Siti Khadijah matanya automatik memang dah tak boleh nak lelap walaupun dia tengah cuti. Aci azan subuh je mesti dah tak boleh nak tidur.

Aahh Siti Khadijah. Bertuah la siapa jadi laki dia,jadi mak dia, jadi ayah dia. Aku pun bertuah sebab jadi rakan sebilik dia. 

“hai saya Nadiela, call me Lala. Saya nak katil atas. Awak duk bawah ye.” Nadiela memperkenalkan diri. Senyum. Dia tahu permintaannya lebih kepada arahan. Lantak kau la mak cik oi, melihat penampilan rakan sebiliknya dia tahu jenis yang lurus bendul, mendengar kata. Siapa boleh nafikan kalau cermin mata bingkai tebal dengan tudung bidang 60. Haha aku tahu tu bidang 60 jangan buat terkejut beruk pulak.

“Alhamdulillah, saya pun tak suka nak tidur atas sebenarnya. Saya Siti Khadijah, panggil Siti Khadijah.” Giliran dia pula memperkenalkan diri. Nadiela mengerutkan dahi. Cik kak oi kenapa tak panggil dengan binti dengan nama ayah sekali. Panjang betul.

“saya panggil khadi je la. Panjang bebeno nak menyebut Siti Khadijah tu” Nadiela menunjukkan muka manisnya. Tanggannya ligat menyusun baju dalam almari. Tipu la kalau tak cekap. Sebab dia ni kan produk berkualiti keluaran asrama.

“eh Khadi tak ada maksud. Panggil la Siti Khadijah. Tu nama isteri nabi” Siti Khadijah membetulkan cermin matanya. Tudung yang menutup kepala dilurut jatuh ke katil. 

Adoyai silap lawak pulak. Nadiela mengangguk kepala. Alamak dapat roomate bukan satu kapal la. Sungguh dia tak kisah kalau Siti Khadijah pakai tudung sampai kelutut pun atau cermin mata tebal macam ‘big mac’ tapi dia amat lah kisah kalau jenis yang tak sporting. Kat kolej dulu bukan dia tak biasa dengan gang-gang tudung labuh ni, tapi dia tak jumpa lagi yang panggilan nama pun nak amik kisah.

Dan bermula la kisah dia tak boleh nak tidur lepas subuh. Al kisahnya bila si Siti Khadijah ni suka pasang bacaan al Quran kuat-kuat. Minggu pertama tak ada lah pula. Tapi minggu kedua mendayu-dayu orang mengaji. Dari bacaan Syeikh Hanie Rifai sampai la Syeikh Muhammad Ayub Muhammad Yusuf       (yang ini dia tahu pun sebab Siti Khadijah juga) buat dia bengang sampai tak boleh nak tidur. Nak ditegur dia takut dikata buta agama. 

Nak dimarah takut dikata kafir (hehe boleh pulak). Penyudahnya memang dia dah tak boleh tidur.
Tapi bila difikir balik rasanya eh bukan rasa dah memang pasti Siti Khadijah ni tak nak bagi dia tidur lepas subuh. Mula-mula masuk kelas pagi memang ting-tong kepala otak. Tersengguk-sengguk mengalahkan burung belatuk. Tapi lama-lama jadi segar-bugar saja. Rasa nak melompat-lompat pun ada. Pagi-pagi asyik rasa nak menyanyi saja. Haha hebat betul penangan Siti Khadijah. 

walaupun berat akhirnya dia bertanya juga kenapa Siti Khadijah suka pasang bacaan al Quran kuat-kuat. dengan muka selamba ayam bersahaja Siti Khadijah menjawab.
"nak suruh Lala jadi orang yang bermanfaat, manfaatkan masa yang ada untuk saham akhirat, " dan Nadiela hanya buat muka selamba tikus. dia faham, dia tahu, tapi dia sengaja malas nak ambil tahu. Ingatkan nak kata rezeki lari macam yang opah selalu bising. ah hidup kau memang bermanfaat Siti Khadijah.



to be continued...


Nota Kaki: Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan bahawa beliau tidak pernah lagi jumpa mengenai larangan perihal perkara ini. Oleh kerana tidak ada dalil yang sahih, maka hukumnya harus. Walaupun begitu, amalan Rasulullah saw serta sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga matahari naik. Ini terdapat dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Adapun mengenai tidur selepas asar, memang terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:

“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Hadis di atas telah dikelaskan terlalu dhaif/lemah oleh Albani, Az-Dhahabi, Ibn Jawzee dlln. Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Ad-Du'afa' Wal Majruhin,dari susur Khalid Ibn Al-Qasim dari Al-Laith Ibn Sa'ad dari Uqail dari Az-Zuhri dari urwah dari Aisyah r.a

Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam Al-Maudu'at dengan katanya :"Hadis ini tidak benar,Khalid adalah seorang pendusta,dan hadis ini sebenarnya milik Ibnu Lahi'ah maka diambil oleh Khalid dan dinisbahkan kepada Al-Laith".

Itu jugalah yang dikatakan oleh Al-hakim dan lelainnya.

Ibnu Lahi'ah adalah seorang yang lemah dari segi hafalannya.


Al-Laith (salah seorang imam dalam hadis dan fikh pada zamannya) telah ditegur oleh Marwan kerana tidur selepas asar pada bulan Ramadhan dengan katanya :"Wahai Abu Al-Haris(Al-Laith)! Apalah engkau ini tidur selepas asar,sedangan telah dikhabaran kepada kami dari hadis Ibnu Lahi'ah!! Maka berkata Al-Laith:"Tidaklah aku meninggalan sesuatu yang memanfaatkan diriku hanya disebabkan oleh hadis Ibnu Lahi'ah dari Uqail tersebut! Maka kata2 ini tidak boleh disandarkan pada Rasulullah saw.


Kesimpulannya, tidaklah terdapat sebrang halangan utk tidur selepas subuh. Cuma sunnah yang sebenarnya adlaah tidak tidur tetapi memanfaatkan waktu tersebut dgn amalan2 seperti zikir dan seumpamanya. Begitu juga tidur slps asar. Walaupun begitu tidur ptg mmg terbukti boleh membuatkan kita lemah tapi tidaklah sampai gila. apa yang penting, kata2 di atas tidak boleh dikatakan hadis drpd Rasulullah saw. memadailah sebagai petua biasa utk tidak melemahkan badan. WA

p/s i  sumber petikan diatas dicopy dari belog INI.



p/s ii thanks to whose ever read this story....it is kinda lame but this is 'mine'.



p/s iii cara tulis p/s ni aku tiru dari belog INI




p/s iv xyah skroll...p/s da habis


Tuesday, October 11, 2011

Everlasting memory: sk sri bandan....advance nya kamu!

gedebance (advance) betul budak2 zaman sekarang. umur 10 tahun dah ada fesbuk. kenalan pun bukan lagi dikalangan kawan kat sekolah atau geng2 kampung sarip dol..malah dah melangkaui antarabangsa.gedebance nya kamu (sorry saya memang suka merosakkan bahasa)

p/s gedebance tidak boleh diguna pakai dalam karangan UPSR

gambar ramai2~

sabtu lepas ada program palapes kat sk sri bandan, alkisahnya merewang la kami kat sana mendemostrasi cara2 macam mana nak ikhtiar hidup dalam hutan walopom kenyataanya kalau aku ni dibuang kedalam hutan boleh mati kutu, mati segala kuman kat badan sebab dok memikir macam mana nak ikhtiar hidup.

lepas dah berjaya memasak ayam, ikan, telur, dan lemang versi nasi, memang tak payah nak cerita la kembang kempisnya hidung aku. awal2 lagi aku dah risau takut tak boleh nak hidup kan api...risau yang kedua tentu saja kalau nasi tu antah...dan berterusan mencongak2 kalau ayam dengan ikan rentung dalam kayu api.

tambah tragis pulak bila 'anak2 ikan' sume masih berhingus. aku pun tak paham macam mana darjah 2 pun dah boleh masuk koku. bukan kalau yang nak jadi pengakap ni budak budik darjah 4 ke? memang aku ngan enche jejai teruk dikerja kan oleh mereka yang macam bapak tiri kejam.....

aiyok akak ikan hangus....aiyok abang panggang nak runtuh...aiyok perut lapar~

aku ngan enche jejai pun bertungkus lumus la memasak makanan untuk perut-perut mereka yang penuh cacing kerawit. kamu tak tahu berapa gelen peluh kami sudah masuk dalam itu makanan. akak (wah akak) tak biasa taw....rumah akak semua pakai gas, elektrik sahaja.

kononnya kita ni jadi macam fasilitator. bila namanya fasilitator tentu sudah kerja nya menguide arah yang betul walopom kadang2 jarum kompas ada sikit lari tapi temanya masih menjadi seorang yang menunjukkan arah..tapi budik2 ni buat aku ngan enche jejai macam sindelela....atoyai. nasib baik semua makanan masak cantek sebab kalau nak tahu aku ngan enche jejai ni berlakon pandai je, nak buat tempat masak pun terkial2...hehehe.

bila dah habis program hari tu, sibuk la semua bertukar nama...eh bukan, nama awal2 lagi dah tahu,bertukar nombor, eh bukan jugak sebab budak budik ni macam tak heran dengan bunyi henpon aku yang murah tu, tapi bertukar alamat fb....yer la faceook tue. perghhh... darjah 2, darjah 4, darjah 6 dah ada fesbuk....adik oii gedebance betul la kamu ni...

akak (wahh akak lagi) dulu kalau ada program macam ni, tukar nama, alamat (sebab nanti boleh main kirim2 surat), pastu tulis kata-kata hikmah macam "agi idup agi ngelaban" "study smart don't study hard " haha....ortodoks betul la akak ni kan..

maka beduyun-duyun la adik2 mengadd kakak2 dengan abang wataniah....dan yang paling pandai melariskan diri tentu sudah abang 'aoron' (layan je la).....kiri kanan asyik dengan adik2 jerit abang aoron....abang aoron.....dan abang 'aoron' pun melayankan diri buat muka macam Aoron Aziz yang hensem nak mampos tu.

kenyataannya, akak ni tak la suka sangat nak bemanja dengan budak-budak tapi entah kenapa muka kamu semua yang comel sangat buat hati akak berdebar2 haha.....gatal betul akak ni kan.

tapi yang paling  gedebance tentu suda kamu blogger muda. berapa umur kamu ha? kenapa dah ada belog ni....gedebance betul la kamu ni...belog akak header pun tak ada 
(yang penting orang nak singgah pun malas)
ringkas dan menarik untuk dibaca....tapi belog akak memang panjang sebab akak memang suka membebel-bebel...haru betul la~

kesimpulannya akak memang beronok-ronok la kat sana. kamu memang sporting sebab sudi melayan kami yang memang best nie(haha perasan), nanti kalau nak buat event jangan lupa jemput kami lagi sebab akak memang teruja+terexited bila dapat baju+beg+cap transformer tapi yang lebih over excited tentu sudah sebab barng tu F.O.C...wachaaa!

meh skodeng sikit gambar2 kitaorang yang comel macam budik2 sk sri bandan

goyang2 kaki~ lalalala

bau asyim...ketiak siapa busuk lala~

cikgu akma~

abang oi...buat sambil berdiri boleh la...ce baring..ce baring.

abang aoron aziz kena belasah~ TTS

ular tu hidup lagi tau....tapi mcm nyawa2 ikan je

comel je~

adik2 yang comei~akaknya jugak. weks!

idupkan api pakai batu....idup ke cik leha...

kalo da lapar+penat+tu je yang ad....kompem hbs

mmg ikan tu untuk korang pun~

 kak fasi ngah bengang...adik2 makan xmo kemas haissshhh
yang baju oren tue baru pra sekolah....erm mantap la da amik koku

oh..yeah dpt brg transformer

tolong lipat khemah...erm perlu ke?
Nota Kaki: orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita menerima.

p/s: rindu aktiviti masa kat sekolah dulu. sangat3!

Friday, October 7, 2011

Cerita kita: 1



 “Lala, mama risau ni, kamu kat sana dah ada pakwe ke?”

Nadiela menarik nafas panjang. Pertanyaan mama semalam masih terngiang-ngiang kat telinga. Apa kalut sangat dengan mama ni. Tak menyempat tunggu aku sampai rumah. Soalan kritikal yang boleh membawa koma dia oleh tanya dalam talefon. Jawapan yang diberikan untuk mama kesayangannya hanyalah gelak besar. 


Memang kelakar. Apa mama ingat aku ni anak dara tua a.k.a andartu. Mama oi mama anak gadis mama ni belajar pun tak habis lagi. Mana ada masa nak bercintan cintun.

“bas ni pulak dari tadi tak bergerak-gerak lagi. Apa dia ingat aku nak tidur kat sini.” Nadiela merungut perlahan. Memang perlahan tapi ada juga telinga gajah selang 1 kerusi sebelahnya boleh menjeling dengan senyuman yang dia ingat mengoda tahap ulat bulu kaki seribu.

“orang perempuan kena la sabar sikit” balas abang yang tak berapa boleh dipanggil abang, mata kanannya dikenyit sekali. 

Pak cik je la kot. Dia buat pekak badak saja. Malas dilayan. Nanti menjadi-jadi pula. Kerusi kosong disebelah terus diletakkan beg sandangnya. Mana la tahu tiba-tiba mamat tu melompat kesebelah. Aku tahu la walaupun aku ni bukan awek cun melecun yang orang laki tak nak pandang pun….eh tak…mamat tue jeling aku tadi…cun jugak la kira ni.

“abang kenapa bas ni tak gerak lagi?” kedengaran akak yang kat depan aku bertanya.

“ada sorang lagi tak naik. Dia pergi beli panadol kejap.” Elok je abang tu habis cakap. Tercenguk la kepala ‘dia yang pergi beli panadol tu’. Nasib baik kau beli panadol kalau tak memang nak kena sembur dengan aku. Kira sebab kau sakit aku jadi baik hati sikit la.

Ditarik semula beg sandang disebelahnya. Dia tahu kerusi tu memang untuk mamat yang beli panadol. Mana ada kerusi kosong yang lain dah.

“adik boleh tukar tempat dengan abang ni tak”. Mamat panadol mengajukan ibu jarinya kearah pakcik ulat bulu.

Tapi mamat ni pun satu. Nak main tukar tempat pula. Macam la aku nak cabul kehormatan dia. Ingat aku gatal macam pakcik ni ke? Kalau aku gatal dah lama aku tarik pak cik ulat bulu duduk sebelah aku

Aku hanya mengangguk. Faham la. Tengok gaya dia pun aku tahu dia ni spesis anti dengan perempuan. Eh tak bukan yang suka sejenis tu. Lebih tepat, anti social la. Dengan kopiah putih dikepala ditambah pula dengan janggut sejemput takkan la aku nak buat hati keras batu tak nak beralih tempat. Buatnya dapat tazkirah percuma tak ke malu. Kalau dia suka biarlah dia duduk dengan pakcik ulat bulu ni. Elok-elok basuh sikit otak pak cik ni.

“ahh ipoh cepat la sampai” Nadiela bermonolog sendiri. Telingannya disumbat earphone. Bergema lagu intention dari native deen. Dia mengerling sekilas mamat panadol yang sudah memejamkan mata. telinganya juga bersumbat earphone. Pelipisnya berkerut-kerut. Kau kalau muntah memang nak kena pelakung la kepala tu. Dia juga memejam kan mata.

to be continued......


p/s: buah cempedak diluar pagar
       ambil galah tolong jolokkan
       saya budak baru belajar
       kalau salah tolong tunjukkan


Nota Kaki: i don't know how this story will be. i'm posting here hoping it makes me feel more enthusiastic  to write  the next chapter..waaalaaa~

Thursday, October 6, 2011

Jar of Heart



Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.



Dia mendapat pahala dari kebaikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.



mereka berdoa " ya Tuhan kami janganlah Enkau menghukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan,


Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami.



Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak kami memikulnya



maafkan lah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
 

Engkau lah perlindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang yang kafir.
 

<al baqarah: 286>


.
.
.
.
.
.
.
sakit itu satu rasa
hati itu satu benda
sakit hati itu perasaan.
kata maaf itu kelegaan


~caotic. me.~ 

p/s : sumber gambar >>Google

Tuesday, October 4, 2011

phewwwit..gadis pakai purdah!

semalam aci je bas berhenti depan pagar kolej cepat2 aku turun tak cakap pun terima kasih kat pakcik bas sebab nak cepat sangat kononya tapi kenyataannya aku takut tiba2 pakcik tu terjun bas sebab dia ingat aku ni laki pakai baju kurung. ye la kalau da suara macam hulk hogan tak ke sakit jantung pakcik tu.

lari laju2 lagi sebab nak pergi beli ubat batok kat sorlinaz je sebenarnya. takkan la sorlinaz tetiba nak buat cabutan bertuah..mintak kurang seposen pom dia tak nak bagi sob3.

nak beli ubat batuk cap kepala lutut afrika kapal laut afrika...sebab tengok cik dila minum terus nampak sihat. kalau aku minum mesti baik jugak ni. (dan aku dah lupa kesembuhan itu datang dari Dia). kalau ubat batuk cap ibu dan anak tu tak suka lah sebab alahai pekat macam minyak silinder hitam kereta atuk tiri aku sahaja. pekat, melekat.

tapi kat sini bukan nak cerita pasal ubat batuk (walopom dah tercerita) obejektif sebenar nak cerita pasal ni
.
.
.
.
.
.
.
.

mata yang bening~ sayu macam mata unta.

aku jumpa aweks tu pakai purdah. hehe mula2 tengok sekilas je sebab ingat kakak iqra mne la kan. tapi bila tengok mata dia....aku kenal. tu kawan kepada kawan aku (bunyi macam jauh saja). tapi nak sebut jugak sebab aku dapat kenal orang yang hebat macam tu.

kenapa hebat?
sebab nak tutup aurat itu satu cabaran
sebab nak pakai tudung itu satu cabaran
sebab nak pakai tudung labuh itu satu cabaran

apatah lagi nak berpurdah

sem lepas dia bertudung labuh je....tapi Alhamdullilah sem ni dia naik lagi satu tangga.

 untungnya bila dah berpurdah ni tak ada lagi mamat2 gatal berani nak suwiiitt, nak phewwwittt nak chubb2 ke.

mata sayu sinar berkaca
kain menutup pandangan tunduk
indah khabar dan juga rupa
hatinya penuh erti tawaduk

awak yang berpurdah, bermata sayu macam unta.....tahniah!


p/s cerita pasal purdah nak rekomen baca novel dari noor suraya "langsir biji remia". 


Nota Kaki: aku hanya mampu bertepuk tangan untuk dia~ sebab aku masih aku yang lama (=_=)V






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio