Monday, October 17, 2016

17/10/16

jika tuhan buka aib, tentulah kita ini manusia terhina. 

kau kata kita kawan dunia akhirat. aku tak tahu kau sudah terlalu jauh.  

demi sedekad masa, moga kita jumpa jalan pulang. 

demi Allah aku sayang kau dunia dan akhirat. 

Saturday, September 24, 2016

25-09-16

Dear Chaotic.Me

It is very unpleasant Sunday morning, tak dak air, period cramp, lapar tapi malas masak but apparently rajin update blog :B. 

Group Whatsapp kerja bertubi-tubi message masuk. Eco World ni tak tahu ke, kitaorang ni kalau kerja Ahad bos bayar 10 ringgit je sejam. Memang tak la nak buang masa pergi ronda site, which is this is the only day yang boleh rehat. Semalam time orang kerja tak ada pulak nak mintak update, nak tanya kenapa mozek tak ada grouting. Stress wey!!!! 

Dah lah tengah period. Tak pasal nangis seround.

Dan cerita minggu ni, dah 2nd week attend master's class. Wey rasa macam tak percaya aku sambung master, Dah la Semenyih- Shah Alam makan sejam jugak nak travel sana. Sejam kalau tak jam. Sejam yang akan jadi sangat penat-mengantuk-tapi-berkobar nak pergi belajar :D

Jumaat lepas punya kelas, lecturer boleh buat sejam kelas berkenalan dan decide nak ada replacement class untuk cover topic yang dia tertinggal. gitu. Full time student okay la, tapi tuh, 4 orang part time student yang kerja sabtu- nak negotiate macam mana lagi dengan bos? one of them  aku lah! 

Tapi sebab kelas berkenalan dia tu la aku macam terfikir kejap sebab aku sambung master. Dalam kelas tu ada 25 student. 

15 full time student 
10 part time

13 fresh graduate yang belum sambut graduation day yang nak mendalami ICPM (13 jawapan sama-cliche sangat)

1 amik study leave untuk sambung master sebab nak apply ICPM dalam kerja (kalau kerja dengan goverment, boleh apply study leave and gaji jalan ke?)

2 part time student yang frust dengan system government, nak belajar ICPM dan apply kat tempat kerja

1 part time student nak amik alih company bapak. 

1 part time student kerja dengan company international, tapi in process nak bukak company sendiri

1 part time student, registered architect yang nak explore ilmu ICPM sebab dia selalu jadi PM. 

1 full time, former statistician yang frust sebab dulu dapat kos lelong. nak belajar pasal construction tapi tak ada peluang time degree. 

1 part time, based civil engineering yang dah ada strong career, tapi nak strengthen lagi sebab dah naik pangkat

1 part time student, saja nak amik master and dah boring dengan routine kerja <----Aku. 

Bila fikir-fikir balik antara sebab aku nak ambil master; 

1. Hari tu aku attend full day course dengan CIDB, and i was like, Allah aku still boleh belajar ni ( sit in a class and listen to the lecture with concern and argue)

2, Aku dah penat kerja dekat site, so with this master i hope it can bring me to the planning team. 

3. Aku nak ada master. Bukan nak jadi lecturer, It just aku nak master. ( This one is my wish list after not performing in SPM)

4. Aku dah tua, So nak kena ambil master cepat-cepat sebelum aku lagi tua. 

Bila orang tanya, zura nak sambung PhD tak?


No, not yet. not in the planning yet. Tapi masa hadapan siapa yang tahu kan. 

Love. 
Zuuu'raaaa.

Wednesday, August 3, 2016

Mengalah

"never give up on this project" 

Haha, I'm give up since 23.11.2015

Sejak aku hantar surat resign ke 2. 
Sejak aku tak kerja lebih dari 6. 
Sejak aku balik awal tepat jam 5. 
Sejak aku tak menangis lagi hal kerja. 

I'm done. 

Dan hari ni, aku kat broga. Di taman permainan dengan durian masam sebiji, cuba cari semula rasa mengalah yang hilang dalam meeting lewat petang semalam. 



03082017

review meeting dengan bos- bos eco majestic. Sampai hati bos aku "ada meeting dekat hq". 

to SPM eco majestic, thanks for digging back how I regret, frustrated and "hate-but-love-so-much-relationship with this project. 

nanti lah cerita. nak pergi nangis kejap. 

Sunday, July 17, 2016

Syukur

i was way too complaining about my job and it is getting too much. padahal aku suka kerja ni, suka dengan rakan sekerja, dengan bos-bos pun sangat okay. it is just the client. 

ya client. aku dah menyampah. serabut. sakit hati yang amat. 

tak boleh nak jadi positif. permudahkan ya Allah. i choose to start this, so i have to finish this. a month more may be. 

rindu nak rasa excited pergi kerja. macam hari tu cuti raya 8 hari, dekat kampung lagi aku dah planning nak buat apa, apa nak setle, inspection semua. punya lah excited. 

sampai hari Khamis aku just nak hari ahad cepat-cepat sampai. Allahu. 

grant me patient 
grant me tolerance
make me wise 
make me positive

bagi aku rasa kesyukuran. 
bersyukur dengan semua nikmat yang Kau bagi pada aku. 

Wednesday, July 13, 2016

Sama

sama 

site manager
project executive
site supervisor 

scope kerja banyak sangat.

thanks 

sebab aku naik pangkat lagi 

project manager. 

seronok betul. 

bos bagi arahan. 

tau-tau kerja dah siap. tip top. 

woi aku pun nak jadi bos la. 

or 

senior supervisor aku. 

tolong ulang balik arahan bos. 

cis bedebah. Bukan dia cakap bahasa cina pun dengan aku. 

ko tak nak buat tak apa. 

baik ko diam. 

korang nak tengok projek ni melingkup. 

tengok lah nanti. 

Mai mood menyampah aku. aku cuti tak datang kerja. biar mereput semua kat sini. 

tunggu je lah.

tunggu sampai aku mereput. 

Monday, July 11, 2016

#2 girlfriends

intan nur fahana

minah ni dah jadi mak buyung dah. aku ni single mingle lagi. nampak tak kau dah tua 😏. 

kami panggil dia pacat. kesian. padahal nama punya la sedap. last- last melekat nama pacat. kalu sebut intan aku buat tak kenal je, buat tak dengar. siapa entah nama intan tu huhu. nama pacat melekat sebab ada senior nama pacat. aku dah lupa either dia duk suka senior tu or senior tu duk suka dia. kalu prep malam ada la LDP duk bertingguk kat meja guru. jaga kelas la kononya sampai nak g jamban pun nak bagitahu LDP huh! dan kelas pacat ni pacat senior tu la y jaga. sampai sekarang la duk melekat nama pacat tu. nanti dia dah beranak aku nak panggil lintah pula. pacat pernah dapat surat dari pacat senior. tapi tu surat tipu. aku dengan Nadwa yang tulis. jahat sungguh. 

cat ni dia punya perangai nampak je macam naif, stok baik-baik padahal dia la yang duk ajar buat benda- benda jenayah ni. pacat ni dia punya jahat dalam diam. tahu- tahu dah kena. sensetif jugak kadang- kadang. tambah- tambah bila mai PMS dia kekeke. kalau bab belajar pandai sikit je dari aku, sebab dia duk kelas depan- depan. aku dari form 1 selalu duk kelas belakang. padahal sekolah tu takde pun duk bagi ranking kelas. tahu-tahu hujung tahun kelas aku la banyak budak kena repeat paper, dekan boleh bilang dengan jari. kelas produce paling banyak penjenayah dan kelas yang cikgu tak berapa suka. gitu. kelas aku la tu. pacat ni kalu duk kelas aku, lebih kurang aku je pandainya hahaha

dia ni pengawas pusat sumber, padahal rajin baca novel je pun. aku ni baca buku teks sejarah dari baring boleh bangun duduk, punya la eager bab- bab membaca ni. last- last aku g interview pengawas pusat sumber tak dapat der. yang ni takyah cerita la frust dia macam mana. pengawas pusat sumber ni cita- cita aku dari darjah satu kot. pacat oni selamba je cikgu pilih. huh! pilih kasih. 

nak print lirik lagu, cerpen pendek bagai sume bagi kat minah ni. tanggung beres. kat sekolah dulu mana ada kedai komputer bagai. kau boleh print kat makmal komputer atau pusat sumber je. bahan nak print pulak mesti lah bahan pelajaran. lirik lagu tak termasuk dalam bahan pelajaran k. paham-paham je la macam mana nak seludup. 

kenangan yang aku takleh lupa ngan dia, hurmm pecah rumah warden amik telefon yang kena rampas. dia duk teman aku. rumah warden tu tak kunci. telefon yang kena rampas ada dalam drawer kat rak TV. macam mana kami tahu? malas la aku nak cerita. yang duk suggest kat aku, yang bagitahu teknik nak gi amik, malas lah aku nak cerita. hurmm. kenangan yang buat aku sedih sepanjang form 4. sobs. 

pacat ni sangat lah mementingkan persahabatan yang terjalin. hari jadi semua orang dia ingat. sebelum dia kahwin tiap-tiap tahun dia la orang pertama yang ucap selamat kat aku. aku pulak hurmm, orang yang ke 124 kot. tapi sejak kawen dia dah slow sikit, dah jadi orang ke 3 gitu hahahaha. kesian jugak kat dia sebab kadang- kadang tu nampak la dia punya effort nak coop ngan activity orang single. tak apa cat, tahun depan lepas 3 lagi kawen aku ni ha a yang kena coop dengan bini-bini orang. entah- entah aku ni mereput je kat rumah. tunggu anak raja mari pinang aku. 

berita paling happy tahun ni, bila pacat pregnant. aku punya happy rasa nak pergi cerita kat semua orang. excited yang amat. rasa macam nak dapat anak sedara sendiri. moga Allah perlihara dan permudahkan semua urusan kau cat. moga dapat baby comel macam aku ni ha kikiki. moga, suami and coming baby bahagia dunia akhirat cat. 

Intan Nur Fahana moga kita bersahabat sampai surga. 

pacat dan suami 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Blog Template by Delicious Design Studio